Monday, August 22, 2011

Aidilifitri Tahun Ini

Assalamualaikum w.b.t

Tak berapa hari lagi je bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Syawal pula akan menjengah tiba. So camne persediaan raya kengkawan? Saya? Aidilfitri saya tahun ni ada perbezaan sikit banyak kot. hehehe. Antaranya sebab beraya pertama kali sebagai isteri kepada Mr.Teddy, pertama kali beraya di rumah sendiri, pertama kali beraya jauh dari family tahun ni turn rumah mentua sob...sob...pertama kali beraya tanpa Ayah di sisi.

Perasaan pertama kali nak beraya dengan Mr. Teddy bercampur baur. hahaha. Happy, excited, nervous pun ada gak. Persiapan untuk diri sendiri n Mr. Teddy boleh dikatakan hampir settle. Tema warna kami tahun ni Purple. Baju raya pun siap dah. Saya tempah tiga pasang je. Takut tak muat kalau tempah banyak. Ada banyak lagi kain yang belum tempah. Tunggu lepas-lepas ni la pulak. hehehe. Pastu hari tu ada beli satu jubah maxi. Jadi la empat pasang baju raya. Baju Melayu Mr.Teddy pun siap dah. T-shirt pun dah siap beli. Tinggal nak cari seluar Mr.Teddy. Saya pun plan nak cari blouse n seluar gak. Sebab yang ada sekarang ni semua ada la hasil sumbangan ikhlas kakak ipar saya. hehehe. Baju-baju maternity dia semua elok-elok lagi. So saya pun belasah je la. Baju kurung sendiri pun tak muat dah. Nasib baik baju raya muat. Berdebar je time fitting. hahaha. Ni paling penting yang kami tak buat lagi kot. Tukar duit. Dengar cerita duit RM1 n RM 5 dah abis. Nanti nak try pergi tanya kat bank yang kurang famous la. Agak-agak ada lagi tak. hehehe.

Selain dari persiapan raya untuk diri sendiri, kitorang ada la jugak buat serba sedikit persiapan untuk rumah. Rumah pun nak raya gak kan. hehehe. Mana la tau ada yang sudi nak datang beraya ke. Hari tu dah beli sikit perabot. Last weekend tambah sikit lagi. Tak ada la nampak macam rumah bujang sangat kan. Tinggal nak cari lampu je. Dah ada yang berkenan. Nanti Mr. Teddy free, pergila beli. Yang bestnyer kat Bangi ni perabot dia murah-murah kot. So, memang menepati budget kami. Kitorang pilih pun yang simple-simple je. Langsir tak yah beli atau tempah yang baru sebab abang saya dah bagi. Jimat lagi. Suka...suka...Kuih raya adalah kuih tunjuk sahaja. hahaha. Ingat nak le gak buat kuih yang senang-senang macam conflakes bermadu ke, cookies ke. Tapi yang ado. Every weekend tak lekat kat umah. Bila masanya nak membuat. hehehe. Bekas kuih pun dah selamat dibeli di Sogo semalam. Semalam pergi Sogo time lunch sempat la jugak sambar table cloth, table runner n cushion cover.

Part ni paling syahdu nak cerita. Bayangkan belum menghadapi dah syahdu. Camno. huhuhu. Tahun ni turn beraya di rumah Mentua kat Perak. Sob...sob...tu yang tambah nervous lagi tu. hohoho. Before kawin lagi sebenarnya saya n Mr. Teddy dah decide camtu. Semangat tak. hehehe. Kebetulan adik-beradik saya yang dah berkahwin kebanyakannya beraya rumah mentua kecuali Alang, Angah n Itam. Alang tahun ni turn beraya belah saya. Angah n Itam memang tiap-tiap tahun beraya belah saya. Dah jadi balance la. Tiga beraya rumah mentua, tiga beraya rumah mak. So, yang bujang-bujang tu tak ada la kesunyian. Cuma kurang meriah la berbanding kalau semua beraya serentak kat rumah mak. Keluarga mentua memahami. Mereka tak kisah kalau saya nak beraya rumah Mak dulu pun sebab mereka pun faham saya yang baru kehilangan Ayah. Tapi tak pe la. Kita teruskan je la seperti yang dirancang. Setelah 25 tahun beraya di sisi keluarga. Tahun ni tibalah masa beraya jauh dari keluarga. Mesti sedih kan. sob...sob..sob...Nak-nak lagi tahun pertama Ayah tak ada. Maybe kalau beraya rumah Mak lebih terasa kehilangan Ayah kot.

Ok la tak mau sedih-sedih. So, kengkawan yang belum siap buat preparation tu cepat-cepat le siapkan. hehehe. Tinggal weekend ni je la kalau nak buat last shopping pon kan. Shopping Mall, Jalan TAR, Jalan Masjid India confirm penuh. So, banyak-banyak la bersabar bila membeli belah tu yerk. Ingat bulan Ramadhan k. Nama pun last minute kan. Sebab semalam dengar kat Hot FM siap ada yang berebut nak beli baju.hahaha. Lucu betul.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...