Friday, July 15, 2011

Kisah Perut Aku & Dia

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni saya rasa happy semacam je. Tak ada pun nak stress-stress. Semangat je nak bangun pagi pergi office padahal puas jugak la Mr.Teddy kejutkan hahaha. Cam ni la perasaan husband n wife duk sekali erk. Tak PJJ macam kami sebelum ini. hohoho. Ke saya yang terlebih excited sebab baru merasa. Hope keadaan happy ni akan terus berpanjangan bila kami dah mula duduk sendiri ni. Dy, kita dah deal kan buat kerja rumah sesama. Jangan cheghelat Ye la tu Airen. Tengok-tengok ko yang cheghelat lebih . Nak ambil minyak pun suh laki. Nak wat apa-apa pun suh laki. Mesti Mr.Teddy terasa dibuli oleh isteri sendiri. hohoho. Tak apa Dy dapat pahala kan. hehee.

Hari ni nak berceloteh kisah perut lak. Alhamdulillah, sehingga hari ini semuanya berjalan lancar. Sentiasa berdoa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Perut saya pun dah makin membesar. Alhamdulillah baby pun sihat=)Balik-balik induksi hari tu ramai jugak la yang tego dah nampak perut. hehee. Selera makin bertambah. Baju kurung masih boleh dipakai walaupun kain memang tak boleh nak cangkuk. Boleh zip je. Sentiasa berwaspada agar tak terlondeh. wahaha. Segan sebenarnya nak pakai baju pregnant. hehehe. Nanti bila baju kurung dah tak muat, maybe akan dipertimbangkan. Mr.Teddy duk tersengih-sengih je bila tengok keadaan perut saya yang dah nampak tu. Dia tak sangka budak chomey ni bakal jadi ibu Ok terperasan lebih disitu .

Perut saya yang memboyot tu faham la kan sebab apa. Tapi masalahnya perut Mr.Teddy pun sama-sama memboyot ni. hahaha. Serious Mr.Teddy pun sama membesar bagaikan juara. Before ni memang dia dah sedia besar, tapi la ni lagi besar. Saya selalu usik dia "How many months???"sambil tepuk-tepuk perut dia. hehehe. Kadang cakap kat dia saya mengandung baby, yang dia mengandungi lemak. Mengandung gak tu. hehehe.

Tapi apa pun tak kisah la, saya tetap sayang dia. Tak kira la boyot ke, gemuk ke, apa ke. hehehe. Kurus sangat pun tak best gak. Terima dia seadanya. Gemuk tu kan tanda senang hati. hehehe. Ye betul kami berdua happy dengan life kami sekarang=)Alhamdulillah. Bersyukur sangat saya dipertemukan dengan jodoh seperti Mr.Teddy.

Dear, love u so much. Thanx sebab selalu layankan karenah wife u ni.
Banyak sabar dengan i. Selalu ada bila i perlukan.
Thanx for everything and I LOVE U SO MUCH.muahx.~xoxoxo~


Sesaje nak jiwang pepagi Jumaat ni;)Jangan muntah erk.hehehe.


2 comments:

  1. hehe.. seronok kan pregnan?
    dapat bermanja terlebih-lebih hehe

    ReplyDelete
  2. tu r...manja sampai terlebey2...hehehe=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...