Wednesday, July 13, 2011

1st Day...

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya sangat lama tak mengudapte sebarang entry kat sini. Kekangan masa dengan timbunan kerja yang melimpah ruah. Balik rumah dah penat nak menghadap laptop pun malas dah.

Rasa-rasanya dah berapa lama saya story yang Mr.Teddy nak balik sini. Alhamdulillah this week Mr.Teddy dah balik. Harapnya untuk selamanya. huhuhu. Hari ni jugak first day pegi kerja sesama dengan Mr.Teddy. Feel dia sangat lain beb. hohoho. Nak turun kereta salam tangan dia, owh cam ni feel bila nak pergi kerja minta restu dengan husband. Indah gila. Terasa sangat direstui.hehehe. Sian den dah empat bulan kawen baru nak feel. hohoho. Pastu tahan gila mata tak nak bagi tertido nak teman Mr.Teddy punya pasal. Hari ni je la. Esok kalau i tertido jangan marah eh Dy. hohoho

Mr.Teddy drop kat LRT Bandar Tun Razak. Pastu Mr.Teddy terus ke Kajang. Awal gila hokey kuar umah. Sebaik pas Subuh tu. Kalau tak time tu biasanya baru nak bangun. huhuhu. So, saya pun tak ada la lambat lagi. Sampai office pon xde orang lagi. Letak barang kat bilik, sambung tidur kat surau kecik. Orang duk ketuk pintu pun malas nak bangun. Tido tu sangat indah. hehehe.

This week kitorang berulang dari rumah parents saya, Klang. InsyaALLAH next week baru start duk rumah sewa. Time tu mesti lagi lain feel dia. hehehe. Sebab selalu sume bende mak buatkan. Balik kerja makan je kerjanya semua dah siap masak. Semalam pon mak dah cakap kat Mr.Teddy jangan nak manja-manjakan sangat saya. Suruh je buat kerja rumah banyak-banyak. Bagi rajin-rajin sikit. Mak kata nanti baby pon ikut malas kalau ibu dia malas. Pastu saya pun jawab kat mak "Owh mesti time ngandungkan Aien mak pun malas. Sebab tu Aien jadi malas. hahaha" hampeh betul si anak ni eh. Hope semua berjalan lancar nanti. Tak sabar sebenarnya nak duduk berdua ngan Mr.Teddy=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...