Thursday, June 9, 2011

Perubahan Emosi

Assalamualaikum w.b.t

Saya perasan sejak kebelakangan ini saya menjadi terlalu sensitif. Asyik nak meleleh air mata je. Berbanding dulu. Dulu rajin gak meleleh air mata tapi bila tengok drama melayu yang sedih la. La ni orang salah cakap sikit pun nak meleleh, orang sakitkan hati sikit pun nak meleleh, tengok drama tok sah cakap la. Part yang sedih sikit pun boleh berjurai-jurai airmata. Saya pun jadi pelik. Kenapa la agaknya saya jadi macam ni. Air mata tu macam tak boleh control langsung. Mudah sangat nak mengalir.

Bukan sengaja nak mengada-ngada atau merajuk tak tentu pasal, tapi saya sendiri tak tau kenapa saya jadi macam ni. Macam satu penyakit pulak. huhuhu. Bila saya google rupanya memang biasa berlaku perubahan sikap kepada ibu mengandung disebabkan perubahan hormon. Ibu mengandung akan menjadi lebih sensitif. So, ni bukan satu penyakit la kiranya. Memang kebiasaan ibu mengandung menjadi lebih sensitif dan bukan saya sorang yang mengada-ngada atau merajuk tak tentu pasal. Dan saya sangat berharap orang sekeliling saya faham dengan perubahan ini. Saya ada baca juga yang tak semua orang mengalami symptom yang sama semasa mengandung. Mungkin bahagian saya, saya menjadi lebih sensitif. Wallahualam.

2 comments:

  1. Dulu aku pun selalu hangin perkara remeh, bila dah abis merajuk baru terpikir. Setakat bende kecik pun nak sensitif. Jadinya ko jangan layan perasaan sesitif tu ek. Segera pergi buat benda yang membahagiakan diri

    ReplyDelete
  2. tu r nana...tak lyn sgt pun...tapi automatic nak meleleh...hohoho...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...