Wednesday, June 8, 2011

Doa Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Kawan-kawan tolong doakan keselamatan dan kesejahteraan abang saya, Mohd Shokri bin Othman yang telah ditimpa kemalangan di tempat kerja. Terima kasih banyak-banyak dengan doa kalian.

Hari Isnin lepas abang saya, Itam telah ditimpa kemalangan di tempat kerja. Kena himpap dengan paip gas semasa sedang melakukan kerja welding. Bila tengok keadaan Itam, air mata saya tak boleh berhenti mengalir. Menyedihkan bila tengok abang kita yang sihat, gagah, ceria dikelilingi wayar-wayar, tiub-tiub. Alhamdulillah keadaan Itam bertambah baik. Hasil scan tiada organ dalaman yang rosak. Kami sekeluarga bersyukur yang amat. Sekarang ni berdoa semoga bahagian yang patah tak perlu dimasuk besi dan Itam akan cepat sembuh. Semoga semangat Itam akan terus kuat. Ramai yang melawat Itam cakap semangat Itam kuat. Ni bahagian Itam. Ada hikmah setiap yang berlaku. Sakit kan adalah penghapus dosa.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari dan Muslim ).

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari).

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim) .

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”.

(HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghirno.1870).

Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim).

Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim).


Pada masa yang sama Ayah saya berada di IJN untuk buat pemeriksaan. Ditahan di ward IJN dari hari Isnin hari tu. Hasil pemeriksaan saluran darahnya semua tersumbat. Lepas satu-satu berita yang kami terima. Malam tadi keluarga saya mengadakan bacaan Yassin. Berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...