Tuesday, May 10, 2011

Pemergian Abah

Assalamualaikum w.b.t

Masih ingat lagi saya pernah bercerita kisah Abah saya iaitu bapa angkat saya dalam entry ni. Abah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad bersamaan 1 Mei 2011. Yang pasti semasa pemergian abah saya tiada di sisi. Berada nun jauh di seberang laut. Alhamdulillah saya sempat melawat Abah buat kali terakhir sebelum berangkat ke LCCT.

Hari Ahad semasa kami dalam perjalanan untuk aktiviti terima panggilan telephone daripada K.Cik saya. Dia tanya tengah kat mana. Saya pun cakap nak pergi tengok gunung berapi. Siap cakap best lagi sebab konon nak bagi jelez Diorang kan tinggalkan saya pergi Langkawi . Suara K.Cik bertukar nada dan sampaikan berita yang Abah dah tak ada. Saya terus terdiam. Tak nangis lagi time tu. Pastu bila dah letak telephone duduk diam-diam dalam kereta baru lah meleleh. Berlumba-lumba memori zaman kanak-kanak saya dengan abah keluar. Mr.Teddy tenangkan saya. Lagi la meleleh. Pastu telefon Muchik, anak Abah dengar suara Muchik yang sebak, dengan saya sebak sekali. Sambung meleleh balik.

Sebelum pergi LCCT saya dan Mr. Teddy sempat melawat Abah. Abah nampak uzur sangat berbanding dulu tapi masih mampu duduk masa kami datang. Kurus. Tak ada selera makan katanya. Sempat la jugak kami berborak. Lepas tu minta diri nak pergi LCCT. Masa melawat Abah hampir menitiskan air mata sebab tengok keadaan Abah. Beberapa minggu sebelum Abah pergi, Abah dah segar sikit. Mak cerita siap dah boleh bawa kereta. Ada satu malam balik dari kerja saya tegur Abah kat luar dah nampak segar. Beberapa hari lepas tu Abah jatuh. Terus tak boleh berjalan lepas tu.

Masa saya terima panggilan daripada K.Cik terasa macam sejarah berulang kembali masa menerima berita pemergian Arwah Mak Mun. K.Cik orang yang sama menyampaikan berita pemergian Arwah Mak Mun. Kedua-dua Arwah saya tidak berada di sisi semasa mereka menghembuskan nafas terakhir. Arwah Mak Mun saya berada di UTM, terus ke kubur. Arwah Abah pula saya di Bali. Kedua-dua Arwah saya sempat melawat pada hari terakhir hayat mereka. Arwah Mak Mun tak sedar semasa saya melawat. Sempat saya bacakan Yassin. Arwah Abah masih sempat berborak. Bezanya lepas dengar berita Arwah Mak Mun meninggal saya terus terduduk dan menangis teresak-esak. Saya terlalu rapat dengan Arwah Mak Mun. Dengar pemergian Abah saya lebih tenang. Sebenarnya lepas melawat Arwah Abah, saya terdetik macam mana kalau ni lah pertemuan terakhir saya dan Abah. Sama macam Arwah Mak Mun. Mr.Teddy pun ada instinct yang sama melalui cara percakapan Abah dengan kami.

Bila duduk sensorang kekadang tu terimbau jugak kenangan dengan Abah. Zaman kanak-kanak saya lagi rapat dengan Arwah Abah daripada ayah saya sendiri. Arwah Abah rajin melayan saya. Ye la time tu anak-anak Arwah semua dah besar saya la tempat mencurahkan kasih sayang. heheee. Saya merasa berjalan sampai ke Penang pun sebab Arwah yang bawak. Kampung Arwah kat Penang. Arwah memang suka bawak saya berjalan. Tu yang syok. Sampaikan hari penyampaian hadiah sekolah pun Arwah yang tengok saya naik pentas terutama kalau sekolah agama. hehee. Sebelum masuk hostel makan pun kadang-kadang kat rumah Arwah. Arwah Mak Mun rajin masak makanan kegemaran saya. Cakap je la nak makan apa. Saya masuk hostel time form one Arwah Abah orang paling happy sebab sekolah agama kan. Arwah memang suka bab agama-agama ni. Arwah Abah selalu gak melawat saya dengan Arwah Mak Mun sekali. Saya ingat lagi bila zaman kanak-kanak orang tanya sayang siapa Ayah ke Abah. Saya jawab Abah.

Alhamdulillah saya sempat berborak dengan Arwah buat kali terakhir. Alhamdulillah Arwah sempat merasa duit saya walaupun tak seberapa. Alhamdulillah Arwah sempat tengok saya mendirikan rumah tangga dengan Mr.Teddy. Al Fatihah untuk abah. Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...