Thursday, April 7, 2011

Sedetik Lebih - Gila Feel

Assalamualaikum w.b.t

Orang lain ramai yang dah lama duk gila dengan lagu Sedetik Lebih by Anuar Zain. Sejak-sejak zaman Merong Mahawangsa lagi. Yang saya baru start nak layan. Tertinggal keretapi nampaknya eh. hehee.

Sebelum ni memang tau lagu ni best. Ramai pun cakap best. Tapi tak pernah menghayati. Almaklum saya ni jarang dengar radio. Serious kalau tanya lagu baru sure tak tau. Kecuali lagu tu jadi lagu tema drama ke, main kat tv ke atau orang cakap best baru saya akan bersusah payah nak dengar lagu tu.

Baru-baru ni dengar Anuar Zain nyanyi lagu Sedetik Lebih kat ABPBH terus tegak bulu roma. Serious maksud lirik dia mendalam gila. Saya punya feel sampai kena tegur dengan Angah. hahaha. Saya jatuh cinta dengan lagu ni. Dah la lirik best. Tukang nyanyi pun best. Kita yang dengar ni pun terbuai-buai. hehee. Saya tujukan lagu Sedetik Lebih ni untuk suami tersayang.

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Saja nak jiwang-jiwang petang-petang ni. hehee=)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...