Wednesday, April 13, 2011

Hari Jumaat dah datang....

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni sangat tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Sebab apa?sebab apa? Apsal tetiba jadi Amir dalam Maharaja Lawak la ni Sebab nak jumpa budak demok busyuk saya. hahaha=)Siapa?siapa?Cuba intai kat bawah ni.


~Ni la budak demok busyuk saya a.k.a Mr.Teddy. Yang duduk sebelah saya tu Sekarang saya pun dah demok gak


Serious rindu gila. Dah dekat tiga minggu kitorang tak jumpa. huhuhu. Sian kan. Tu la sape suh duduk jejauh. hohoho. Nak wat macam mana ni la namanya pengorbanan demi mencari rezeki. Chewah. Nasib baik kitorang berada dalam industri yang sama. So, boleh paham la kerja dia camna. Walaupun kekadang saja-saja buat-buat tak paham. hahaha. Tu namanya mengada-ngada. hehehe. Tambah-tambah sekarang ni, cepat sangat nak merajuknyer. hohoho. Nak-nak lagi Mr.Teddy tengah sibuk sesangat projek nak hand over. Rasa macam dia tak ada time je untuk saya. Padahal kawan tu tak pernah lupa nak call and message Terasa macam kitorang ni masih lagi pasangan kekasih yang tengah asyik masyuk couple . Alhamdulillah Mr.Teddy ni sabar dengan karenah bini dia yang mengada-ngada ni. Layankan je la ye Dy.

Sangat tak sabar nak tunggu Mr.Teddy balik sini. Rindu gila nak wat aktiviti bersama-sama jangan fikir lain yer kengkawan seperti layan movie, tengok teater, makan-makan kitorang memang gila makan , shopping bersama-sama saya je shopping, dia window shopping , jenjalan dan yang sewaktu dengannya. Alahai macam le selalu sangat buat aktiviti bersama-sama. Padahal dari dulu pun kitorang PJJ dah. hehehe.

Masa awal-awal couple Mr.Teddy kat Johor saya kat Selangor. Time ni memang jarang gila dating. Tak lama lepas tu Mr.Teddy dapat kerja kat Kajang. Time tu memang happy gila la kan. Memang hampir setiap hari kot berdating. Sebab hujung minggu saya wajib balik rumah Klang. So, weekdays je la masa yang ada. Kajang-Cheras bukan jauh mana pun. Beberapa bulan pastu tup-tup Mr.Teddy kena jaga projek kat Kedah. Jauh tu utara. huhuhu. Bermula la kembali era kitorang duduk berjauhan. Kali ni rutin tukar pulak. Dating hari Jumaat. Tu pun kalau Mr.Teddy ada meeting kat HQ. Lama-lama Mr.Teddy dah jarang meeting kat HQ, dating time Mr.Teddy balik cuti je la. Adalah sebulan sekali. Dua bulan sekali pun pernah.huhuhu.

Mr.Teddy selalu sejukkan hati saya bila saya complain dia lama tak balik. Lama-lama jadi terbiasa. Mr.Teddy bukan sesaja tak nak balik. Tapi sebab dia kerja. Ye Mr.Teddy memang seorang yang workaholic. Kekadang call dah tengah malam pun still kat site lagi. Tak kisah la asalkan saya tau dia kat mana n dengan siapa. Kalau dia tinggal sensorang saya selalu suruh dia cepat-cepat balik. Saja usik dia cakap tak takut ke tinggal sensorang. hahaha. Tau-tau je la construction site ni kan. Macam-macam ada. Saya pun pernah kerja construction site, tau la camna. Kalau pas magrib balik memang laju gila la jalan. Takde maknanya nak toleh kiri kanan hahaha. Tapi site Mr.Teddy dah siap dah, so tak takut la sangat. Tu yang dia berani semacam. Pastu sekeliling tu dah ada bangunan. Compare dengan site saya dulu yang memang hulu gila.

Tapi apa-apa pun tak lama lagi Mr.Teddy nak balik sini. Tak sabar rasanya. Pastu bermula kehidupan kitorang macam pasangan suami isteri yang lain bila tak lagi duduk berjauhan. Entah macamana la ghopenyer. Jangan sampai Mr.Teddy tetiba jadi kurus dah la. Sebab isteri dia gagal jadi tukang masak yang baik. hohoho. Tapi Mr.Teddy tak cerewet bab makan. Senang nak jaga makan dia. Sebab dia tak suka masakan yang berkuah-kuah. Dia makan kering je kekadang. Saya pulak tak boleh. Mesti nak ada kuah. Mr.Teddy pun pandai masak n ringan tulang. Kalau tengok kat rumah mak mentua saya memang dia rajin la tolong ayah. Jangan kat rumah sendiri nanti malas eh Dy. I babab-babab je u nanti.

This week turn balik rumah mak mentua. Saya naik train malam ni dengan adik ipar, Tyra. Mr.Teddy pulak gerak dari Kedah pas maghrib. SO, kitorang sampai rumah maybe sesama nanti=)

4 comments:

  1. Yer... selamat mendengar pujian masakan yg kadang2 x ikhlas haha. Aku penah tertumpah garam dlm sayur, tapi arah kata sedap :) haha

    ReplyDelete
  2. hahaha...ye ker...yer la kang kata tak sedap majuk pulak...huhuhu

    ReplyDelete
  3. hehee...tang mana la yang sweet tu cik sue...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...