Friday, April 1, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Kisah Majlis Sanding

Assalamualaikum w.b.t


Setelah rehat beberapa entry mengupdate perihal majlis saya, tiba lah masa kita sambung cerita. Time ni mengupdate tengah lunch hour kena bagi tau nanti ada yang ingat saya curi tulang . Mata dah berpinar tengok nombor, marilah kita pecah kepala pulak buat entry. hehehe

Before ni saya dah update berkenaan goodies, dekorasi dan juga persalinan untuk majlis sanding. Kali ni saya nak update perjalanan keseluruhan majlis pulak yerk. Mari kita membaca sambil melihat gambar. hehehe

1. Persalinan Ahli Keluarga

Masa hari Sanding plan asal nak pakai colour grey. Memang dah siap beli lagi dan dah dipakai time Raya baru-baru ni. Pastu bila fikir balik saya pun pakai colour grey nanti tak naik la kan. So, tukar colour pink. Paling tak tahan colour pink untuk abang-abang, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki saya. Memang pinky abis la. Tapi diorang sporting. Pakai sambil habis majlis. wahaha. Tabik kat korang. Dah lepas majlis baru la masing-masing mengaku yang kengkawan masing-masing terkejut tengok diorang pakai colour pink. Siap kena gelak lagi hahaha. Asalnya saya nak colour pink yang maskulin sikit, ntah camno boleh dapat camni. hehehe. Kakak ipar saya yang sponsor t-shirt ni. Big thanx la ye K.Ina. Kain untuk yang adik beradik perempuan pulak saya beli kat Jakel. Anak-anak buah perempuan saya belikan kain cotton. Beli kat Arked, jalan TAR. Kain je sponsor, tempah sendirian berhad ye. hehehe. Untuk mak n ayah saya pulak, kakak ipar saya lagi sorang tolong sponsor. Terima kasih K.Ika. Saya sangat suka jubah mak. Cantik.

~Anak-anak buah saya~

~Abang-abangku yang serba pink. Tengok muka memasing. Muka paksa-rela kena pakai pink~hohoho

~Persalinan kakak-kakak dan jubah mak yang cantik~


~My mom n my dad. Ayah nampak lain pakai baju ni. Muda daripada usia sebenar. hehehe~

2. Kek Kahwin

Alhamdulillah kek kahwin saya seperti yang dikehendaki. Nina from cupcakeland berjaya merealisasikan kek impian saya. Walaupun tak ada la sebijik sebijan tapi saya tetap suka. Sebenarnya last minute baru la saya contact Nina. Nasib baik la time tu Nina still menerima tempahan. Time tunang lagi saya dah guna khidmat Nina ni sebenarnya untuk cuppies hantaran kepada Mr.Teddy. Memang berpuas hati. Dah puas fikir nak cari vendor cake terus teringat Nina. Saya emailkan kepada Nina design cake yang saya nak, ubah sana sini sikit. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Nina siap buat self delivery lagi ke rumah saya. Memang terbaek. Rasa pun sedap=) So, camne rupa cake saya erk agak-agaknya.


~Inilah rupanya cake kahwin ku~



~Ni la gambar yang saya emailkan kepada Nina. Hampir sama kan~hehehe

3. Kompang

Dalam setiap majlis perkahwinan kompang memang memainkan peranan penting kan. Saya suka sangat dengan team kompang taman saya ni. Lagu diorang best-best. Mr. Teddy pun cakap best. hehehe. Team kompang ni daripada saya zaman kanak-kanak lagi dah ada. Dan family saya memang tak pernah ambil orang lain. Ambil ngan team ni je. Tokeynya nama Abang Abu. Daripada dulu zaman pakcik-pakcik main sekarang ni dah turun ke generasi anak-anak diorang pulak. Pakcik-pakcik tetap ada tapi diorang mengiring sambil berlagu.


~Kompang terbaik Pandamaran Jaya~hehehe

4. Lauk-pauk

Hal-hal berkaitan dengan katering ni mak saya yang tolong uruskan. Ambil dengan jiran saya. Sebenarnya ada beberapa isu berbangkit jugak la pasal katering ni. Tapi tak mau la cerita kat sini. huhuhu. Nak tulis menu apa pun saya tak tau. hahaha. Sebab tak ingat menu apa yang ada. Gambar pun tak ada nak share. Maybe nanti dengan OP ade la kot.

Selain daripada lauk-lauk yang pihak katering sediakan, kami ada juga order lauk sampingan iaitu ayam golek. Ha, ayam golek ni ramai yang cakap sedap. Orang siap beratur cam nak beli kat pasar malam. Memang menu paling digemari pada hari tersebut. Terima kasih to Uda yang sponsor. Hoyeah. Next time sponsor la lagi yerk. hehehe.



~Ayam golek membuka selera~

Lauk makan beradap pula order dengan kawan Uda. Lawa sangat kakak tu buat. Siap ada ukiran buah. Tapi habis majlis tak tau buahnya ke mana. Hehee. Gambar tak sempat nak ambil kot. Tunggu kalau-kalau ada dengan OP. hehehe. Banyak gak menu makan beradap. Tapi biasa la orang yang jadi raja sehari mana la nak menikmati sangat. hehehe. Lepas majlis barula lapar cari nasi. hehehe=)

5. Abang-abang Penanggah

Katering yang saya ambil tu tak ada provide budak so kami kena la cari penanggah sendiri. Alhamdulillah abang saya, Along banyak kenalan yang ringan tulang so, diorang la yang jadi penanggah. Terima kasih bebanyak le abang-abang semua. Penting weyh tenaga penanggah yang cukup ni, kalau tak cukup sapa pulak nak membasuh pinggan. Sebab tu la lagi senang kalau ambil sekali katering dengan kakitangan untuk mengangkat dan juga membasuh pinggan. Anak-anak jiran pun turut membantu. Tak ketinggalan adik beradik saya, abang-abang ipar dan ank-anak buah. Terima kasih semua.


~Antara penanggah yang terlibat~


6. Karaoke

Tak pernah-pernah majlis kawin adik beradik saya ada karaoke. Ni first time ada. Ni semua adalah kerja Along saya. hehehe. Bukan dia karaoke pun. Along yang sponsor karaoke ni. Abang-abang DJ sore sedap la jugak. hehee

~Abang-abang DJ~

7. OP

Ingat tak entry saya yang ni yang saya cerita salah sorang OP saya kerek sikit tu. Tapi masa malam berinai, majlis sanding dan Outdoor photoshoot dia dah tak kerek lagi. Jadi lawak pulak. So, saya pun dah tak takut nak posing lagi =). Enjoy la gak. Ada 3 orang OP yang cover untuk majlis saya ni. Tak sabar nak tengok hasil tangkapan diorang. hehehe

8. Videographer

Masih videographer yang sama time nikah. Saya memang suka service bro ni. Serious terbaik. Walaupun kitorang memasing kaku tapi dia sabarkan je la. hahaha. Tak sabar gak nak tengok hasil videonya. Coz dia ada interview family saya. Nak tengok diorang cakap apa. heheee

9. Outdoor Photoshoot

After majlis kami bersama abang OP dan bro videographer bergegas pergi ke Shah Alam untuk sesi outdoor photoshoot pulak. Saya angkut sekali adik saya, Ieda dengan anak jiran, Yaya buat teman. Location Dataran Shah Alam abang Padil [op] yang cadangkan. Kitorang pun follow je la. Pun tak der gambar nak share. Kita tunggu dari OP k=)

10. Orang-orang kuat majlis

Saya dan suami amat-amat berterima kasih dengan semua yang terlibat dalam majlis saya samada secara langsung ataupun tidak. Jiran-jiran, sedara-mara, abang-abang penanggah dan juga adik beradik. Saya tak dapat bayangkan majlis saya tanpa mereka. Ok Jom kita tengok antara muka orang-orang kuat majlis saya.

~Orang-orang kuat majlis saya~

Ni ada lagi satu gambar yang saya nak letak. Setiap kali saya tengok mesti rasa nak nanges. Sob...sob...

Gambar kami dengan Abah saya. Abah ni adalah bapa angkat saya. Time kecil-kecil saya lebih rapat dengan Abah berbanding ayah saya sendiri. Abah lagi rajin layan saya. hehee. Kalau kena marah dengan mak lari rumah Abah. Rumah Abah sebelah je pun.

Semenjak Mak Mun [mak angkat saya] meninggal, saya dah jarang spend time dengan Abah. Lagipun duk hostel kan. Bila dah kerja, duduk pula rumah sewa. Tapi tiap kali raya saya tak lupa bagi Abah duit raya sebagai tanda balas budi Abah. Ralat sikit Mak Mun tak sempat rasa duit saya. Adik beradik saya termasuk mak selalu marah saya sebab tak nak tanya khabar Abah. Setiap kali diorang duk usik saya tiap kali tu la saya akan menangis. huhu. Saya ada juga tanya khabar Abah tapi bukan depan diorang. Kadang-kadang Abah duduk sensorang kat depan tu saya borak gak dengan Abah sebab segan nak masuk rumah Abah. Abah duduk dengan anak Abah, Muchik. Diorang tak kisah pun tapi saya yang penyegan lebih. Sebab tu akan datang kalau Abah duduk sorang-sorang. Bila cucu Abah cerita yang Abah kadang-kadang tanya pasal saya lagi la laju berjurai air mata.

Mak saya ada bagitau yang Abah kecil hati time saya nak tunang saya tak bagitau sebab tu la Abah balik Penang. huhuu. SO, time nak kahwen ni saya siap-siap bagitau Abah. Saya jemput Abah. Minta restu. Time nak nikah abah duduk kat luar tengok saya nak pergi masjid. Saya salam abah, minta abah doakan saya. Control je air mata time tu. Lepas nikah saya bawa Mr. Teddy jumpa Abah. Kenalkan Mr.Teddy kat Abah. Bila time saya sanding pun abah tunggu kat depan gak. Lepas sanding saya jumpa lagi Abah.

Gambar ni kami ambil time after Majlis Sanding. Terserlah dah tanda-tanda usia tua di wajah Abah. Abah dulu time sihat kemain aktif. Dan saya yakin Abah juga akan jadi antara orang terbz dalam majlis saya kalau Abah sihat. Baru-baru ni tengok Abah sakit teruk, air mata saya laju gila berjurai. Tak nak berhenti. Semoga Abah akan terus sihat dan dipanjangkan usia. Amin.

Sekian sahaja kisah kawen saya. Nanti kalau saya dah dapat gambar daripada OP saya upload lagi k=) Sesungguhnya segala kelemahan di dlam majlis saya adalah datang dari saya sendiri manakal yang baik itu hanya dari ALLAH s.w.t


2 comments:

  1. nape aku baca cite pasal abah ko ni akupun nangis sekali ni airennnn. konpious aku. tgk oprahpun nangis. penin2

    ReplyDelete
  2. hehehe...sensitif la tu...hehee...aku yang mengarang ni lagi la shedot...berjurai-jurai air mata...hehee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...