Wednesday, February 2, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Prosedur Part 3 : Borang Nikah

Assalamaualaikum w.b.t

Lamanya tak mengupdate. Sian blog ni. huhuhu. Sorry k blog. Jangan majuk eh. Lately ni agak bz yang melampau sampai tak sempat nak update walaupun tengah bercuti seminggu. Bz dengan preparation. Mengemas lagi. Macam-macam la. Biasa la tinggal lebih kurang sebulan lagi kan.

Dalam kesibukan tu saya curi juga masa untuk settlekan borang nikah. Alhamdulillah selesai dah semuanya. Sebenarnya Mr.Teddy dah settle borang n pass kat saya lama dah. Adalah dah dalam 2 minggu kot. Tapi saya pulak yang tak g settlekan. Ada je hal bila hujung minggu kan. Berasap jugak la Mr.Teddy dengan saya kot. hohoho

Akhirnya last weekend dapat jugak saya settlekan. Hari Ahad saya, Ayah & dua orang abang saya : Alang n Itam pergi jumpa Pen. Pendaftar Nikah (PPN). Kebetulan PPN tu kawan abang-abang saya. Apa-apa pun, make sure semua dah in order k. Kalau dah in order sekejap je la urusannya. Bila PPN dah siap sign semua, boleh la hantar borang-borang kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Klang.

Hari Isnin saya pergi pulak ke PAID, Klang untuk dapatkan kebenaran berkahwin. Pun sekejap urusannya. Kebetulan tak ramai orang. Sementara nak tunggu dapat kebenaran tu berdup dap juga la jantung ni. Serious tak tipu. Takut ada problem apa-apa kan, Abang saya, Ancik yang hantar. Sementara tunggu Ancik tu saya tengok-tengok la dulu kebenaran berkahwin. Nasib baik la saya tengok, kalau tak memang nak kena marah. hohoho. Nama saya salah eja. Jadi Airennizam. Adoyai. So, kengkawan make sure check nama n I/C anda serta pasangan tau sebelum tinggalkan kaunter tu. Mana la tau ada sebarang kesilapan ke kan.

Bila dah dapat kebenaran berkahwin tu, bolehla nikah gatal tak bunyi . Bolehla start edarkan card=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...