Sunday, February 27, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 12 - Sesi Memanjakan Diri [Part 2]

Assalamaualaikum w.b.t

Wah...hari ni saya telah pergi ke CENDANA SPA & SALON, Seksyen 7 untuk sesi memanjakan diri. Kalau ingat entry ni saya ada story yang saya nak buat sesi memanjakan diri lagi sekali kat spa kawan kakak saya. So ni la dia. Finally hari ini saya g gak. hehehe

Saya amik package Cendana Seri Pengantin yang berharga RM 270. wah nama kan...hahaha. Package ni ada:

1. Flower Foot Bath
2. Herbal Sauna
3. Lulur & Body Scrub
4. Body Mask
5. Naik Seri Pengantin Bath
6. Facial/hair treatment
7. Manicure n pedicure

First time buat sauna walaupun kat rumah sewa housemate ada. Tak pernah try walaupun telah dioffer. Sebab tak berapa yakin dengan kebersihan akibat perkongsian penggunaan. wahaha. Kat spa ni yakin sikit coz mestila setiap kali penggunaan akan dibersihkan kan...Pergh berpeluh sakan beb. hehehe. Lulur, body scrub & body mask pun first time. Abis kesan kotoran degil keluar semua. hehehe. Naik Seri Pengantin Bath ni pun teruja gak. Mandi susu yang ditabur bunga. Syok la. Untuk Facial/hair treatment boleh pilih either one. Saya pilih facial. Overall rasanya terbaek la coz tak pernah pergi treatment camni kat spa lain. Yang kat Herbaline before ni buat facial n shoulder massage jerk. Yang paling best lunch turut disediakan. Nasi Ayam lagi. Package ni ambil masa 6 hours tau. Lama kan. Kalau tak ada lunch pengsan lak bakal pengantin nanti. huhuhu.

So, kepada bakal-bakal pengantin boleh la singgah ke Spa ni k. Service tip top=) Oh lupa nak bagitau kalau jadi members boleh dapat discount 10%. Saya guna membership akak saya so entitle discount tu.Jadila harganya RM 243.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...