Thursday, February 24, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 4: Frame Bunga

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni kembali dengan DIY project. Akhirnya berjaya menggagahkan diri juga buat next DIY project Budak pemalas memang camtu . Sorry la saya tak cam b2b lain yang pulun buat DIY. huhuhu.

Asalnya tak plan pun nak buat DIY ni. Ni semua ada kaitan dengan entry saya pasal perabot bilik [click here]. Ok sebelum dapat menghidu masalah perabot ni timbul plan asal saya adalah untuk letak tirai as back drop kat belakang katil seperti gambar di bawah.


Malangnya selepas menghidu masalah perabot yang terlebih saiz semuanya telah berubah.huhuhu. Adoyai. Walaupun masalah perabot terlebih saiz tersebut berjaya diselesaikan dengan tukar wardrobe lain tapi ada masalah lain yang timbul pulak sebenarnya. Saja tak nak story haritu. Malas nak tambah stress.

Bilik depan rumah saya ni [yang bakal dijadikan bilik pengantin] sebenarnya kecil je. Pastu time my sister nak kawen my mom buat la some renovation extend bilik tu ke depan. Time buat extension tukang rumah yang renovate tu boleh pulak tak pecahkan beam yang asal. Tapi menurut my mom, beam tu sememangnya tak boleh dipecahkan coz merupakan main structure Wah mak pun dah boleh jadi engineer yerk . So, wujudla beam yang tersembul kat dalam bilik tersebut. Dan beam tersebut telah menganggu. Ini tidak adil!!!! eh emo tetiba

Kenapa mengganggu???Sebab walaupun dah lepas tukar wardrobe yang lebih kecil, susunan wardrobe n katil tetap terlebih beam tersebut. Walaupun sikit je. So, takkan la nak tirai lalu kat bawah beam tu kan. Nampak pelik pulak nanti. Tirai seeloknya daripada ceiling level la baru cantik. Kebetulan saya terjumpa pulak gambar di bawah ni time bz menggoogle.



Saya sebenarnya dah lama berkenan dengan frame yang ada roses ni. Tapi memikirkan yang diri ini tak ada kepakaran nak bertukang segala bagai kan terpaksa la dilupakan je. Tapi bila baca kat Aku Bukan Bidadari, Aty [tuan blog] guna frame Ikea je. So. apa lagi. Boleh la cuba kan=)

Pastu saya terjumpa lagi satu blog yang ada tunjuk camne nak DIY frame ni. Kali ni bukan guna frame IKEA tapi frame itself telah di'DIY'. Tabik spring kat Ciksue. Gambar seperti di bawah


Sumber : Road to 2011


Hasil saya camner pulak???Hasil saya adalah seperti di bawah. Mohon maaf atas kesengetan bunga. huhuhu. Orang kurang kreatif la katakan. wahaha=) Tapi suka bila ada la jugak dua tiga orang tegur kata cantik. **blushing** tetiba. Mak n angah cakap tak sangka saya pandai buat. kuikuikui. Bakat terpendam la. hahaha=D


Banyak sebenarnya DIY project yang saya sempat siapkan. Nanti saya update secara pukal k. hohoho.

2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...