Monday, February 28, 2011

CONDEMN KE COMMENT?

Assalamualaikum w.b.t

Apa beza condemn n comment? Bagi saya comment adalah sesuatu yang membina manakala condemn pulak boleh sesuatu yang macam nak jatuhkan orang. Apa perasaan bila asyik kena condemn jer berturut-turut, berulang-ulang kali?Kalau saya perasaan rasa nak meletop tapi kena sabarkan je. Tapi bila dah meletop memang buruk padahnya. Sampai rasa "Eh, tak kan satu benda pun yang baik di mata dia?Semua tak elok ke?Aku ni tak pandai buat sangat ke?"

Kat sini saya bagi situasi yang membezakan comment dan condemn. Orang bagi comment bila kita minta. Orang condemn tak perlu diminta dengan sendiri dia akan ringan mulut untuk condemn. Comment selalu akan dimulakan dengan kata-kata yang mengambil hati dulu baru dimulakan dengan comment yang cuba disampaikan. Contoh:- Bila korang tanya pendapat kat tukang comment " Ok tak?" Tukang comment akan jawab "Ok. Tapi lagi cantik kalau ko matchkan ni dengan ni" tak pun. "Ok. tapi kenapa ko tak buat macam ni macam ni sebab yang ko buat tu nampak pendek la". Tu sebagai contoh la. Siap dengan justifikasi kenapa kita perlu buat improvement. Kalau tukang condemn lak tak perlu ditanya. Dia dengan sendirinya akan bersuara "Apsal ko tak buat macam ni macam ni. Ko sepatutnya buat macam ni macam ni." Ni pun sebagai contoh. Boleh beza kan. Nada pun kekadang membezakan. Kekadang layankan je tukang condemn ni. Buat je apa yang disuruh, bila dapat hasil yang lebih tak memuaskan hati daripada yang sebelum dicondemn terusla senyap tu.

Bagi saya orang memberi comment amat dialu-alukan. Serious sangat hargainya. Kekadang kita kerja seorang diri pun boleh jammed owh kepala otak. Kadang tak boleh pikir kaedah terbaik. SO, bila ada tukang comment ni at least kita tau la mana yang kurang. So, kita boleh ambil tindakan memperbaikinya. Tapi kalau tukang condemn ni kekadang buat semak perut jer. Kita dahla serabut, pastu tambah lagi serabut. huhuhu. Pastu boleh buat down gak own. Dah tu dah ditembak secara bertubi-tubi dengan list condemnya. Sampai kekadang melemahkan semangat nak teruskan misi owh. Oleh itu jangan la kita jadi tukang condemn. Tukang comment tak per. hehehe.

Saya bercakap secara general. Jangan la terasa pulak k. Kalau terasa cepat-cepat la muhasabah diri. hohoho. Dan cuba la kita letakkan diri di tempat yang kena condemn tu. Camner? Hasil kerja kita pulak yang kena codemn. Cuba try tengok. Mesti tak boleh terima kan.Tapi saya fikir macam ni je la. Saya kan budak baru belajar biasa la kena condemn tu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...