Thursday, February 10, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya dah buat benda yang tak pernah buat kot. Jadi G-Pang [Gila PANGkat] sekejap. wahaha...Kalau dulu time saya sekolah G-Pang ni adalah gelaran untuk orang yang kuat report kat cikgu ke kat pengawas ke. hohoho

Tapi saya bukan report dekat cikgu ke pengawas ke tapi saya g report kat Customer Service. Ha ambil nak sangat suruh report kan. Ingat takut ker.

Kisahnya macam ni, saya ni hari-hari sebelum masuk office akan singgah kat Kiosk X [bukan nama sebenar] untuk beli my breakfast [breakfast la sangat padahal Peel Fresh dengan Vitagen jer pon]. Kiosk X betul-betul dekat LRT Titiwangsa.

Hari ni rutin cam biasa la singgah Kiosk X beli Peel Fresh & Vitagen. Dengan harga RM 2.80. Tapi saya hulur Rm 50 coz tak ada duit kecil. Tu je yang ada dalam purse time tu.

Cashier : Ada duit kecik kak?

Saya geleng kepala sambil tu korek juga purse & bag kalau ada duit kecil ke. Kebetulan memang cun-cun ada 80 sen. Saya pun bagi la kat cashier tu.

Cashier : Tak ada duit kecik la kak. [Lebih kurang cam tu la. Saya tak ingat dia cakap apa tapi dengan nada yang agak kasar and muka cemberut]
Saya : RM 10 pun tak ada ke.
Cashier : Tak ada.
Saya : RM 5, RM 1?
Cashier : Tak ada la.
Saya : Pastu tak yah beli ke? [Time ni dah panas dah]
Cashier : Tak yah la. G pecah duit dulu. Kat sini tak ada pecah. [wah cantik bahasa ko eh]

Ko buka kedai tak ada duit tukar, customer pulak yang kena cari duit tukar ke. Sepatutnya ko prepare la siap-siap duit kecil kan. Hello saya ni pun pernah kerja dekat kedai [walaupun kedai Surat Khabar ayah jerk...hohoho]. Before ayah pergi hantar suratkhabar memang ayah akan siap-siap tinggal duit kecil kat saya. Mana la tau ada orang bagi duit besar kan. Pastu siap boleh jawab tak yah beli kalau tak ada duit tukar. Kan dah rugi kedai ko. Kalau 10 orang customer bagi duit besar, 10 orang la tak yah beli. 10 orang tak yah beli, cuba kira berapa RM kedai ko dah rugi??? Ni convenience store ok bukan ko naik cab atau bas yang kena sediakan wang secukupnya. Tak pun nak bayar parking ke. Nak-nak kat kedai ko tu tak ada pulak terpampnag notice 'Sila Sediakan Wang Secukupnya'.

Saya tak ada la marah sangat sebenarnya pasal tak ada duit tukar tu. Faham jugakla mungkin sebelum saya tu dah ramai yang bagi duit RM50 ke sampai duit kecil dia betul-betul dah abis. Sampai duit RM1 pun tak ada. Tapi cara cashier tu cakap dengan bahasa yang paling 'indah' membuatkan saya macam "eh What the.... kan." Kalau dia cakap dengan bahasa yang elok saya boleh terima lagi. Tak kena bayar pun kalau ko cakap elok-elok. Dengan customer pulak tu.

Ni part yang lagi best.

Saya : Nama u sape eh?
Saya sekadar bertanya konon-konon nak wat poyo jer. Tak terfikir pun nak complain betul-betul. Mana la tau dia tergerak hati nak minta maaf ke. wahaha=D
Cahier : Apsal? Nak report kat office ke?
Saya : A'ah.
Cashier : Report la [wah lagi cantik bahasa]

Jawapannyer memang saya complain betul-betul la kan. Niat di hati nak gertak jer dah ko suruh report kan. Report la betul-betul. Sampai office terus call. Malangnya office tu pon tak buka lagi. Punya la berkobar kan. wahaha. Dah dalam 9 lebey tu saya pun call. Nasib baik la suara person yang angkat call tu berbudi bahasa. Dia minta maaf bagi pihak Cashier tu. Siap tanya saya selalu ke beli kat situ tak ada duit tukar. Dia cakap sepatutnya memang kena prepare la duit tukar yang secukupnya. Saya pun cakap la Kadang-kadang tu ada tapi Cashier time tu ada gak la usaha nak cari duit tukar. Dan sampaikan kat kita dengan nada yang berhemah, so sejuk la kita kan. Kalau setakat tak ada duit tukar tu saya faham tapi boleh tak sampaikan dengan nada yang berhemah.

Patut kena tengok iklan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni.

4 comments:

  1. PERNAH SEKALI YANG PALING SAYA INGAT DAN MELUAT NAK TENGOK PENIAGA TU.. DIA BOLEH CAKAP "TAKDE BESAR LAGI?" PEH.. TERBAKAU JE LAH DADA NI.. NAK MARAH JE.. TAPI MALAS LA NAK LAYAN..

    ReplyDelete
  2. tu la kan...sabar jer la dengan orang cam ni...hohoho...

    ReplyDelete
  3. airen kiosk glemer i pg klu tringin mkn jajan..bagus2.mmg kerek..

    ReplyDelete
  4. tu la pasal kan...memang x r kan nak pergi lagi la aku jwbnyer...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...