Monday, January 17, 2011

Problem is Masalah

Assalamualaikum w.b.t

Lagi sebulan lebih nak dekat majlis tetiba saya dikejutkan dengan satu berita yang amat mendukacitakan. Vendor khemah yang saya Bukan saya actually, tapi kakak saya :K.Cik deal tetiba tak cukup khemah yang saya nak n paling best sekali scallop PINK ada untuk berapa khemah je!!!!Abis tu tak kan la separuh khemah scallop lain separuh lagi colour lain. Rasa-rasanya patut marah ke tak.

Sebenarnya saya agak frust jugak la. Sebab khemah ni antara benda yang terpenting. So, saya awal-awal lagi dah bagitau my sister supaya confirmkan betul-betul. Saya siap dah bagi deposit untuk tanda confirm. Dia bagi tak bagi Wallahualam Dia cakap Abang khemah tu suruh confirm balik bulan 1 nanti. Ha ni bila dah bulan 1 confirm ni la jawabnya. Nak cari vendor lain belum tentu diorang free tarikh yang kita nak. Nak tak nak dalam tak ada pilihan terpaksa la terima je apa yang ada walaupun dah OVERBUDGET lebih separuh tau!!!

Awal-awal lagi saya memang dah bagitau kriteria khemah yang saya nak. Saya nak khemah Gazebo & Meja bulat. Tu adalah antara syarat saya coz saya prefer buat kat dewan tapi my mom tak bagi buat kat dewan.So, i nak layout tu nanti ala-ala kat dewan. Yang 1st vendor tu offer harga RM230 termasuk kerusi meja. Tak kira meja bulat @ meja empat segi. Berapa kali saya tanya betul ke. Sekadar nak confirmkan sebab murah sangat kot. Bila saya bagitau colour scallop yang saya nak. Kakak saya cakap abang khemah tu cakap scallop apa pun boleh. Time tu memang apa pun boleh. Bila tiba masa yang ado.

Vendor baru ni harga yang dioffer sebenarnya melebihi budget saya 2x ganda sebab meja bulat tak termasuk dalam pakej khemah yang disediakan. Tapi maybe demand yang tinggi nak meja bulat segala bagai kan ko TERPAKSA bayar je la lebih. Vendor khemah ni pun cakap direct je kat saya Cantik itu Sakit. Wah...baik punya falsafah. Tapi tengok gambar yang dia bawak time discussion tu macam ok la bayar lebih sebab cantik hasilnya. Tengok dalam gambar nampak cantik hope realitynya pun cantik la. Sebenarnya terfikir gak nak tukar je meja biasa, tapi saya dah book centrepiece. Celah mana pulak nak susun centrepiece yang berlambak-lambak tu jap g bila dah tukar meja.hohoho.

Nota kaki: Kagum dengan orang yang boleh buat muka tak bersalah padahal sebenarnya akibat daripada tindakan beliau menyebabkan plan saya lari secara keseluruhan.huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...