Friday, January 21, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Tema Warna Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni lama dah terperuk dalam draft. Malas punya pasal sampai terlupa nak sambung. Tapi mesti ramai yang dah tahu kan tema warna saya apa. Yeah tepat sekali grey pink. Bagi 10 Marks kat siapa yang teka tepat tu. hehehe=)

Kenapa saya pilih warna grey pink. Kalau nak tahu pink bukanlah warna favorite saya. Warna favorite saya of course la purple kan. Ingat lagi zaman sekolah dulu memang anti gila dengan pink. Saya tak pernah ada baju colour pink time zaman sekolah tau. Sebab zaman muda-muda dulu lasak sikit. Cam tak macho je pakai pink. Poyo tak agak-agak statement zaman dulu kala. Tapi saya bukan tom boy yer kengkawan cuma lasak sikit je. hehehe. Bila dah belajar jadi feminin sikit, start belajar bela rambut panjang barulah boleh terima warna pink. Eh apsal dah melalut jauh ni. Ada sorang kawan saya, Nanie dia punya la terperanjat saya pilih warna pink. Ha diala yang ingatkan saya betapa menyampahnya saya kat warna pink dulu. wahaha.

ALkisahnya macam mana saya boleh terjebak dengan tema warna tu???Saya pilih baju warna grey Grey is one of my favorite colour . Bila dah settle pilih baju pikir nak pilih pelamin pulak. Ika, assistant K.zie tanya nak pelamin warna apa. Saya cakap tak kisah, asalkan saya tak nak warna yang nampak dull. N paling penting dalam gambar nampak lawa. Coz saya pernah tengok ada warna grey yang nampak dull bila pelamin colour yang sama @ putih. So, Ika mencadangkan warna pink untuk pelamin. Dia cakap warna pink tu akan naikkan seri. Saya pun setuju je la. Diorang lagi pakar kan. hehehe. So jadilah warna tema majlis bersanding saya grey pink.

Bila surf en.Google banyak rupanya wedding yang guna padanan dua warna ni. Nampak cantik. Then tetiba saya sekarang gila pink. Pantang tengok something pink laju je nak membazir.hohoho.

Tema nikah adalah putih yang suci lagi murni. Ramai yang kata boring la time nikah putih. Cuba la warna lain. Kan sekarang ramai yang dah buat warna lain. Tapi saya still nak putih gak. Budak degil memang cam tu. Cuma saya akan selitkan satu warna yang agak garang samada fuschia @ purple. Tapi kalau tak jumpa kasut idaman hati maintain putih je la. Belum decide lagi. Akan terjawab setelah saya dapat kasut nikah saya nanti.

Untuk malam berinai, persalinan saya pilih warna purple. K.cik cakap "Bagi chance la kat ko pilih colour purple." Untuk majlis bertandang pulak warna gold. Suka sangat persalinan yang bakal mak mentua saya pilih. Cantik.

Kesimpulannya tema warna majlis saya adalah seperti di bawah:

Majlis Nikah:-Putih/Putih - Fushia/Putih - purple - not decide yet
Majlis Berinai:-Purple
Majlis Bersanding:- Grey Pink
Majlis Bertandang:- Gold


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...