Tuesday, January 11, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 11: Langsir

Assalamualaikum w.b.t

Dah alang-alang balik rumah tu saya terus la heret supir saya merangkap kakak saya iaitu K.Cik pergi survey barang-barang untuk wedding saya. Macam dalam previous entry saya dah cerita pasal cari perabot. Yang entry kali ni pasal langsir pulak.

Pergi pada hari yang sama. After settle cari perabot kitorang pergi cari langsir pulak. Masih ditemani dua orang kakak ipar saya merangkap tukang penasihat. Plan asal nak pergi cari kain kat Jakel. Oleh kerana budget saya dah terlari kat catering so, tukar plan cari kat Nagoya je la. wahaha.

Saya bagitau kat diorang langsir macamana yang saya nak, pilih kain tunjuk kat diorang n diorang bagi pendapat samada ok ke tak. Saya pilih design langsir yang paling simple. Sebab saya tak suka langsir yang scallop sarat barat tu. hohoho. Untuk tingkap bilik ada 2 pieces. Colour untuk sheer adalah putih tapi ada la pattern sikit kat kain tu n untuk yang lagi satu lapis tu colour maroon n also ada pattern sikit. Untuk pintu bilik pulak saya guna jenis kain yang sama cuma design je berbeza sikit. Gambar kain tidak sempat ditangkap coz saya tempah terus kat situ so, dia tak adalah siap-siap potong kainnya. Lagi 2 minggu dah siap langsir.

Before pergi tempah tu, saya dah siap ukur dulu rail n labuh yang saya nak. Sebab berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas time nak beli langsir mengelabah tak tau ukuran. So, saya siap-siap ukur. Sesetangah kedai ada ukuran yang standard, kita cuma bagitau saiz pintu ataupun tingkap jenis apa, berapa panel. Tapi memandangkan yang rail rumah saya ni tinggi sikit diorang gantung daripada jarak pintu n tingkap so ukur la sendiri untuk langkah-langkah keselamatan. hehehe=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...