Monday, January 10, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 10: Perabot Bilik

Assalamualaikum w.b.t

Weekend baru ni saya balik rumah family setelah seminggu tak balik. Seminggu tak balik dah kecoh.wahaha=) Family ada buat gathering untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit berkenaan Majlis perkahwinan saya di sebelah malam. Thanx semua. Di sebelah petang tu kitorang buat BBQ plak. Dah lama tak buat BBQ reramai kot. Memang best.

Hari ni bukan nak cerita detail pasal tu, tapi nak update preparation. Saya dah selamat pun membeli perabot.Yeah. Suka...suka...Gambar tak dapat nak letak la. Nanti dah siap semua saya tunjuk yerk. Hiasan bilik berkemungkinan saya akan buat sendiri dengan bantuan k.Cik saya yang sungguh kreatif itu. Saya tolong bagi idea je yerk. hehehe.

Tema warna perabot adalah putih yang suci lagi murni. Saya pilih yang design modern coz saya tak minat yang berkerawang bagai walaupun orang kata selalu untuk wedding elok pakai yang classic sikit kan. Kepada kengkawan semua kat bawah ni apa yang patut anda buat sebelum/semasa membuat pemilihan pembelian perabot. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saja nak share kat sini supaya kengkawan tak jadi macam saya. hohoho

1. Tentukan konsep, warna & budget yang anda inginkan. So, vendor boleh tunjuk koleksi perabot yang bersesuaian dengan kehendak anda.
2. Bawalah bersama tukang penasihat yang boleh memberi pandangan dan idea. Kadang-kadang kita memerlukan pendapat orang lain dalam membuat keputusan. Apa-apa pun keputusan adalah tetap di tangan anda sendiri.
3. Rancang dengan betul apa yang diinginkan. Kalau rajin buat la layout sikit. Sketch je pun tak pe. Complete dengan kedudukan bukaan, tingkap, pintu, n halangan apa-apa seperti beam dekat tengah2 bilik.
4. Pastikan keluasan bilik anda. Tu la gunanya layout ni tadi.
5. Pilih perabot yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda.


Perkara 1-2 tu saya buat dan berkesan. Saya nak design modern, warna putih n budget dalam range yang telah saya tetapkan. So senang. Skop pemilihan saya telah diperkecilkan. Tukang penasihat pulak saya bawa K.Cik saya n dua orang kakak ipar saya yang banyak membantu. Diorang memang best sebab tak push pon saya nak pilih ikut apa yang diorang nak. Bagi kebebasan kat saya untuk buat pilihan tapi dalam masa yang sama bagi pandangan yang bernas.

Perkara 3-4 tu saya tak buat dan kesannya....isk...isk...Saya telah terbeli perabot yang besar n tak sepadan dengan keluasan bilik. Memang silap besar. Perasan bilik besar padahal sekangkang kera je biliknya pun.hohoho. Tak terfikir time tu pun yang perabot saya pilih tu muat ke tak. Saya just fikirkan camne diorang nak bawak masuk dalam bilik je. wahaha. Lagi satu kan, kat kedai kita takkan perasan pun yang perabot kita pilih tu besar coz kedai tu sendiri dah memang luas. Nanti keluarla ayat "Eh tadi besar macam ni ke?" atau "Rasa tak besar cam ni pon"

Nasib baik saya minta ukuran perabot dekat kedai tu, kalau tak lagi haru la jawabnya bila perabot sampai tetiba tak muat. Dan lebih bernasib baik balik-balik saya terus ukur. Kalau nak ikutkan muat je if saya letak katil kat tingkap. Tapi saya pulak tak nak block tingkap n pilih nak letak katil kat tengah-tengah alam. Lagipun saya dah tempah langsir yang labuh sampai lantai rugi lak rasanya kalau block kat situ. huhuhu.

Masa dah tau tak muat tu rasa down sikit la... Ye la dah pilih yang cantik-cantik tetiba tak muat. K.Cik bagi idea letak katil kat tingkap. Saya pulak tak nak. Nasib baik la wardrobe yang saya pilih tu ada dua size. So, saya buat keputusan untuk tukar wardrobe yang lebih kecil. Selesai masalah.

Kesimpulannya pepatah berbunyi ukurlah baju di badan sendiri, tapi dalam kes saya ukur perabot di bilik sendiri. wahaha

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...