Monday, January 3, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Penetapan Hari

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni bakal mentua telah mengadakan lawatan muhibbah ke rumah keluarga saya. Tujuan lawatan kali ni lebih kepada perbincangan lanjut berkenaan tarikh, aturcara majlis, mas kahwin, batal air sembahyang dsb. Tarikh majlis dah ditetapkan sebelum mak n ayah pergi menunaikan haji lagi.

So, kali ni saya fokus kepada pemilihan tarikh la yerk. Pemilihan tarikh dalam majlis perkahwinan memainkan peranan penting. Pemilihan tarikh juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya:-

1. Pendapat kedua belah pihak. Terutama ibu bapa dan adik beradik serta saudara terdekat. Yang mana pendapat kawan-kawan ke tak pun saudara jauh ke rasa-rasanya tak perlu la kot. Pening pulak nanti nak memenuhi pendapat semua orang kan.

2. Musim Cuti samada cuti sekolah ke cuti umum atau kelepasan am seperti Cuti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Raya Cina, Deepavali dan Krismas. Bukan apa, jika memilih musim cuti ia dapat dapat dihadiri oleh sanak saudara dan rakan-rakan yang jauh. Memudahkan mereka juga sebenarnya. Tak perlu la minta cuti semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan kita. Harus diingat juga musim cuti adalah musim perkahwinan. Kemungkinan pertembungan tarikh akan berlaku.

3. Tarikh kahwin saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan rapat. Saudara mara tu ambil kira saudara mara terdekat. Kalau jiran pulak yang satu jalan dengan kita terutama yang buat di rumah. Ni semua untuk elakkan pertembungan tarikh. Kalau saudara mara ataupun kawan-kawan rapat pastilah kita dilingkungi oleh kenalan yang sama. So, nanti tetamu confuse pulak nak pergi yang mana. Kalau dekat-dekat tempatnya ok la jugak kan. Boleh lari-lari. Tapi kalau dah sorang kat Selangor, sorang kat Terengganu. Ha pening dah. Dua-dua rapat ni. Dua-dua tak nak bagi kecik hati ni. Ha camno. Kalau jiran pulak [terutama yang buat di rumah] yang satu jalan, masalah parking akan timbul. Tetamu pon keliru nanti. Dah selamat isi perut [burp...Alhamdulillah] tengok-tengok pengantin salah. Tapi sekarang mungkin dah tak akan berlaku sebab dah ada bunting, banner segala kan. Tapi sebarang kemungkinan haruslah dielakkan.

4. Simpanan mencukupi. Buatnya time majlis duit simpanan tak cukup jawapannya loan PaMa. Buatnya mak suri rumah n ayah dah pencen macam saya mana nak cekau duitnya tu. Tapi selalunya camne pun mesti mak n ayah akan tolong betul tak. hehehe=)

Dalam kes saya, masa time bertunang memang dah decide nak buat bulan 12 atau bulan 3. Memandangkan mak n ayah saya pergi haji, so tetap pada bulan 3. Pihak Mr.Teddy bercadang nak buat time cuti sekolah. Yang belah saya lebih flexible. Sebolehnya cuba mengelak cuti sekolah. Nak elak bertembung punya pasal.

Keputusan diambil pihak saya seminggu sebelum cuti sekolah bulan 3, pihak Mr.Teddy minggu awal cuti sekolah. Masa ni taqwim sekolah 2011 belum keluar lagi pun tapi decide je macam tu. Tentative tarikh je ada. Bila taqwim dah keluar so cuti sekolah jatuh pada 12 Mac 2011 - 20 Mac 2011. Majlis belah saya pada 6 Mac 2011, majlis belah Mr.Teddy 13 Mac 2011. Majlis Nikah kami 5 Mac 2011. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...