Saturday, January 29, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Cop Mohor & Thank You Tag


Assalamualaikum w.b.t

Wah tajuk entry cop mohor segala bagai eh. Ingat anak raja ke nak cop mohor segala. hehehe. Mana dapat idea nak tempah cop mohor ni eh. ALkisahnya bermula cerita, kat office saya ni bila nak hantar surat yang Sulit kena seal betul-betul tau envelope. So, kat office guna satu alat yang akan ditempek pada lilin khas yang dicairkan untuk tujuan seal envelope. Alat tu ada tercetak nama office. So bila kita tempek kat lilin khas, lilin khas tu akan timbul n tertera la nama office. Konon-konon nak cedok idea tu la. Tapi saya tak tau nak tempah alat penempek Betul ke term ni kat mana.huhuhu. Tapi bagi siapa yang kreatif macam Xora - Dia Terima Nikahnya boleh la DIY sendiri [click here]. hehehe.

Sambil menjalankan misi blogwalking, saya terjumpa satu blog ni : Mangosteenskin. Blog ni ada jual handcarved rubber stamp. Terus ting idea datang. Yeah saya nak guna rubber stamp ni sebagai pengganti penempek dan lilin tersebut untuk seal envelope kad jemputan saya. Design kat Mangosteenskin cantik-cantik belaka tau. Boleh pilih design yang ada atau minta Mango buat design lain. Mango ni sangat la baik n best. Sabar je dia layan request saya yang berubah-ubah ni. hohoho. Tq so much Mango. Dah alang-alang saya tempah rubber stamp untuk seal envelope, saya tempah la sekali stamp untuk TQ tag. Nanti tinggal nak stamp kan jer dekat kertas warna.

Ni la dia rupa bentuk handcarved rubber stamp yang telah saya tempah dengan Mangosteenskin. Mango siap provide kan dia punya box. N sangat suka the box. Cam tau-tau jerk saya suka purple. hehehe


~Box yang comel~

~Cop Mohor - Monogram & TQ tag~

2 comments:

  1. cantik nye..how much dear? tgh mencari rubber stamp jgk nih..

    ReplyDelete
  2. Alahai xingat la harganyer cik mila...sorry...maybe blh dapatkan quotation from mangoSteenskin.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...