Saturday, January 29, 2011

Bongkah Kayu from Xora - Dia Terima Nikahnya



Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang telah dijanjikan dalam entry ni. Ni adalah storynya yang menjadi punca saya senyum sampai ke telinga.

Segalanya bermula di sini. Bila check email Yahoo membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga. Tak mau la nak cerita pepanjang. Kawan-kawan tengok dulu gambar di bawah yang menjadi punca saya senyum sampai ke telinga pastu nanti saya sambung story k.


~Click image untuk tumbesaran yang lebih berkesan~

Ok alkisahnya blog B2B Mantan B2B : Dia Terima Nikahnya telah mengadakan satu contest. Before cerita lebih lanjut saya intro la sikit yerk blog Dia Terima Nikahnya ni yerk. Blog ni adalah salah satu daripada sumber rujukan saya dalam merealisasikan misi Dua Hati Menjadi Satu. Banyak idea praktikal dan segar yang owner blog telah kongsikan untuk panduan berguna para B2B. Semangat owner blog, Xora membuat projek DIY sedikit sebanyak menyuntik semangat saya [saya rasa B2B lain pon] untuk turut buat projek DIY. Walaupun takder la sehebat projek DIY beliau. hehehe. Blog ni serious best n antara yang tersohor jugakla di kalangan B2B.

Sambung cerita pasal contest. Xora dengan baik hatinya telah menganjurkan satu contest buat para bakal pengantin. Boleh click sini [link] untuk keterangan lanjut. Saya yang tak berapa nak kreatif ni pon cuba la nasib kan. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya join contest. Wahaha. Tak tau kenapa rasa cam hati ni menarik-narik je nak join contest ni. Dalam hati kata "Cuba je la erk. Mana tau ada rezeki". Nampaknya cubaan saya telah berjaya dan sememangnya rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. [tepuk la tangan sikit]

Big thanks to Xora yang telah memilih saya sebagai pemenang. Sangat menghargai. Saya akan menggunakan bongkah tersebut sebaik mungkin dengan merealisasikan idea saya yang saya telah kongsikan bersama anda terhadap bongkah tersebut. InsyaALLAH.

Inilah bongkahnya yang telah selamat sampai ke tangan saya...tq so much Xora=)



2 comments:

  1. INGATKAN BONGKAH KAYU BALAK DIA NAK BERI TADI.. :p

    ReplyDelete
  2. bongkah kayu yang comel jerk...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...