Saturday, December 31, 2011

SUKA DUKA 2011

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2011 amat bermakna dalam hidup saya. Boleh dikatakan tahun bersejarah sebab banyak peristiwa bersejarah yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2011 ni dan meninggalkan kesan mendalam serta bawa perubahan dalam hidup saya. Ada suka, ada duka. Oleh kerana hari ni last day 2011, saja la nak share suka duka sepanjang 2011 ni.

1. Mac 2011 - Status berubah menjadi Puan.

5 Mac 2011, lepas Asar saya secara rasmi bergelar isteri kepada pujaan hati,Mr.Teddy. Dalam blog ni saya dah pernah story berkenaan persiapan dan juga hari bersejarah. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan seperti dirancang. Tapi yang lebih penting adalah kehidupan selepas hari bersejarah tu. Perlu ada persiapan fizikal dan mental. Tambahan time awal-awal fasa baru ni kami adalah pasangan jarak jauh (PJJ) yang mana memerlukan pengorbanan dari segi masa, duit dan tenaga. Persefahaman dan saling bertimbang rasa amatlah penting menghadapi situasi ni. Dan Alhamdulillah saya happy dengan kehidupan saya sekarang di samping suami tercinta. Terima kasih wahai suamiku yang terima baik dan buruk isterimu ini.

2. April 2011 - Benih Cinta Mula Bercambah

Alhamdulillah tak lama lepas kami diijab kabulkan, kami menerima berita gembira yang saya berbadan dua. Syukur dengan rezqi Allah ini.

3. Mei 2011 - Kehilangan Insan Yang Disayangi : Abah

Tanggal 1 Mei 2011, saya kehilangan bapa angkat tersayang. Terima berita ketika sedang ber'babymoon' di Bali. Jauh dari tanah air. Tak dapat melihat jenazah Arwah buat kali terakhir. Tapi sempat melawat dan berborak dengan Arwah sebelum berangkat ke Bali. Al-Fatihah untuk Arwah Hj. Darus bin Mat. Moha rohnya ditempatkan di kalangan golongan beriman.

4. Julai 2011 - Kehilangan Insan Yang Disayangi : Ayah

Ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 26 Julai 2011. Seminggu sebelum berpuasa. Terima berita time otw ke pejabat. Berjuraian air mata dalam train. Al-Fatihah untuk Arwah Hj. Othman bin Rus. Moha rohnya ditempatkan di kalangan golongan beriman.

5. Ogos 2011 - Ramadhan Pertama Sebagai Isteri

Sambut Ramadhan di samping suami tercinta di rumah sendiri. Serba serbi kena buat sendiri. Huhuhu. Selalu bangun sahur semua dah tersedia. Ada la beberapa kali memasak. Yang lainnya adalah juadah di bazar Ramadhan. Hehehe.

6. September 2011 - Syawal Pertama Sebagai Isteri

Pertama kali menyambut Syawal di samping suami bersama keluarga mentua. Berjauhan dari keluarga. Sedihnya beraya di perantauan. Huhuhu. Nasib baik keluarga mentua happening gak so tak ada la terasa sangat.

7. Oktober 2011 - 26 tahun sudah menghela nafas

26 tahun hidup di bumi Allah ni. Alhamdulillah dikurniakan suami, keluarga, mentua, ipar-ipar yang penyayang dan memahami. Tiada sambutan istimewa candle light dinner ke apa. Tapi suprise daripada suami sudah cukup menggembirakan hati.

8. November 2011 - Kehadiran Cinta Hati

Setelah 38 minggu membawa cinta hati kami dalam perut, tanggal 27 November sungguh bermakna dengan kelahiran Ejoy jr.. Tambah bermakna status berubah menjadi Ummi pada 1 Muharram. Alhamdulillah dengan kehadiran Ejoy Jr. yang akan lebih mewarnai kehidupan kami.

Sekian sahaja kisah suka duka dalam hidup saya sepanjang 2011. Semoga tahun 2012 akan lebih baik dan menggembirakan. Semoga lebih dilimpahkan rezqi dan dipanjangkan umur untuk mengharungi kehidupan mendatang di samping keluarga tercinta. Amin.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, December 28, 2011

Hari Berjalan Jauh

Assalamualaikum w.b.t

Semalam Ejoy Jr. genap sebulan. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah sebulan. 2 minggu lagi nak abis pantang sebelum MERDEKA!!!! Hehehe

Bila dah sebulan tu macam biasa la kan ada appointment dengan hospital untuk check up. So, semalam first outing Ejoy Jr. yang agak jauh sikit. Slim River-Kajang-KL-Slim River. Kami pergi berempat. Saya, Mr. Teddy, Alya(adik ipar) n Ejoy Jr.. First time ni g klinik tanpa mak atau mentua. Nervous. Buatnye Ejoy Jr. meragam camno la gamaknyer.

Sebelum gerak tu saya dah siap susukan Ejoy Jr. sampai dia tido. So, sepanjang perjalanan pergi tu Ejoy Jr. tido. Terjaga sekali, minum susu, sambung tido. Mesti nyaman gila tido dalam air cond. Tak boleh amalkan selalu ok. Sampai KPMC pun tido. Ko buat la apa sahaja tido tu lebih indah. Bila masuk bilik doktor, letak je atas tilam untuk check up dia terus menangis. Adoyai Ejoy Jr....Ejoy Jr.. Tu belum cucuk lagi. Tapi yang peliknya time cucuk tak ada pulak dia nangis sekuat time doktor tengah check. Overall fizikal ok. Paru-paru ok. Bibird ok. Perut ok. Tak demam. Tapi...berat Ejoy Jr. tak sampai 1 kg naik.kurang 200g. Berat Ejoy Jr. sekarang 4.65kg. Sepatutnya 4.85 kg bila dah sebulan. Doktor pun membebel la kat Ummi suruh minum susu segala n makan obimin. Kuantiti susu memang banyak, tapi kurang berkualiti. Huhuhu. So, start hari ni Ummi dah minum susu n makan obimin demi memastikan Ejoy Jr. dapat susu yang berkualiti.

Dah settle kat KPMC kami ke KL pulak. Office saya untuk tandatangan borang opsyen SBPA. Sampai office Ejoy Jr. nangis balik. Rupanya dia uk uk. Ejoy Jr. ni satu perangai dia kalau dah buang air tu sila lah salin cepat-cepat pampers dia. Kalau tak salin, sumbat susu pun tak laku. Bila dah salin baru laku balik. hohoho. Pastu boleh tdo dengan lena. Otw balik pun Ejoy Jr. tdo lena. Alhamdullillah berjaya mengharungi hari semalam.



~budak sebulan~

Tuesday, December 20, 2011

Dia Ubah Hidup Saya

Assalamualaikum w.b.t

Macam tak percaya diri sendiri dah bergelar ibu...hehehe...ada juga ahli keluarga yang turut tak percaya saya telah bergelar ibu...ada juga rakan-rakan yang turut tak percaya saya telah bergelar ibu...Diorang rasa saya still kanak-kanak ribena kot. Wahaha. Tapi percayalah status saya sekarang adalah ibu kepada seorang anak. InsyaALLAH akan bertambah untuk tahun-tahun akan datang. Hehe

Kehadiran Ejoy Jr. banyak ubah hidup saya dan saya pasti akan lebih mewarnai kehidupan saya dan suami. Anak kan pembawa rezqi. Moga rezqi kami akan lebih dilimpahkan. Amin.

Sebelum ni saya tiada langsung pengalaman jaga baby walaupun anak buah saya ada 11 orang. Tetiba rasa nyesal tak nak belajar before ni. Huhu. Pernah la gak jaga anak-anak buah tapi dah besar-besar. Yang baby memang 0. Sebelum ni nak dukung newborn baby pun saya tak berani. Duk agah-agah gitu je la. Sebelum ni nak basuh 'uk-uk' memang idak le.hehe. Geli. Pernah sampai nak termuntah. Isk teruk betul. Bab memujuk budak nangis lagi la gagal. Kalau nangis memang pass kat orang lain la untuk pujuk.

Sekarang ni, takkan la anak sendiri pun tak nak dukung. Camne pulak kekdahnya nak bagi nenen. Hehehe. Alhamdulillah badan Ejoy Jr. dah macam budak yang banyak bulan, berani la saya pegang. Tapi time awal-awal tu kekok juga. Sekarang dah ok. Hehe.

Time Ejoy Jr. belum tanggal pusat, saya still tak berani nak tukar pampers dia. Samada Mr.Teddy, Mak atau K.Cik yang akan tukarkan. Bila dah tanggal pusat saya dah berani tukarkan pampers dia. Tak ada pulak rasa geli.

Teringat time Ejoy Jr. baru keluar hospital. Asal malam je meragam. Sekarang pun still meragam malam jugak tapi Alhamdulillah banyak dah kurangnya berbanding awal-awal. Siang kemain sopan santun tidur. Bising la camna pun. Bila orang datang melawat duk la puji dia. Orang kata makin lama nanti makin ok. Ejoy Jr. bab nangis memang champion. Sampai ummi dia pon nak join nangis sama sebab tak tau nak pujuk camna. Panik dibuatnya bila dengar dia nangis. Selalu yang akan jadi penyelamat tak lain tak bukan samada Mr.Teddy, Mak atau K.Cik. Bila pantang kat rumah mentua, Mentua pulak jadi penyelamat. Sekarang dah ok la sikit nak pujuk Ejoy Jr.. Kalau keadaan tak terkawal baru Mentua pula akan pujuk dia.

Mandikan Ejoy Jr. saya still tak berani. Ejoy Jr. time mandi pon champion nangis gak. Kalau terlangkupkan dia senyap jer. Cuba terlentangkan, satu Tmn Seroja boleh dengar dia punya jerit. Hehe. Jangan duk ngan Ummi nanti tak mandi dah la yerk Ejoy Jr..

Banyak lagi yang saya perlu belajar dalam proses penjagaan baby ni. Kena kutip ilmu banyak-banyak dengan Mak n Mentua before balik rumah sendiri. Nanti ada pulak yang duet nangis dengan baby sebab xtau nak buat apa. Tapi saya percaya bila dengan anak sendiri kita pasti tau nak buat apa. Mungkin naluri keibuan kuat di situ.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, December 16, 2011

Detik Kelahiran Ejoy Jr.

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nak share pengalaman saya melahirkan. Memang satu pengalaman yang sangat berharga dan menginsafkan. Terbayang kepayahan yang sama mak lalui time nak lahirkan saya ke dunia, pastu dah besar jadi kuat melawan pulak. Hohoho. Time adik dan kakak saya datang melawat benda tu je la saya duk cakap kat diorang. Jangan lawan cakap mak. Hehehe.

Sabtu : 26 November 2011

Petang

Kisahnya hari Sabtu petang tu Mak, Along, K.Cik n Ieda datang rumah. Memandangkan rumah kami ni dah tak ada benda pastu Ieda awal-awal dah cakap lapar nak makan nasi kitorang pun plan makan kat luar je la. Lepas maghrib tu pergi la makan kat luar. Memang baek punya belasah makan tak ingat la. Diorang ni duk la gelakkan saya berjalan. Time tu saya memang dah tak larat dah. Dah la asyik nak terkencing jer bila berjalan. Pastu diorang duk la cakap yang saya akan bersalin malam tu atau esok. Baby muharram kata diorang. Saya amin kan je la. Hehe.

10.00 pm

Lepas makan tu, dalam pukul 10pm macam tu saya masuk bilik sebab rasa perut tak sedap. Rasa nak berak tapi pergi toilet tak berak-berak. Saya cakap kat Mr.Teddy contraction ke ni erk. Tak tau rasa contraction tu camne. Saya call Angah saya tanya contraction tu camne. Angah kata macam rasa nak berak. Pastu selang masa 5 min sekali. Angah tanya dah rasa ke. Saya jawab ntah la. Tak kot. Sebab time tu selang masa tu dalam 20min ke 15 min. Tu rasa tak sure sangat. Lagipun tak ada la rasa sakit sesangat lagi. Rasa cam perut tak sedap je. Relax lagi. Lagipun Mr.Teddy pun cakap dia pun rasa nak buang air. Saya ingat kitorang dah tersalah makan la kot. Saya call rumah tapi letak balik. Cam tak confident lak nak tanya. Takut diorang risau pun ye. Ieda call balik. Saya pun tanya la ada sakit perut tak. Ieda cakap tak ada lak. Saya dan Mr.Teddy tak tau nak buat apa time tu. Check selang masa je la. Still tak sure yang saya tengah contraction time tu.

12.30 am

Sampai la dah dalam pukul 12 lebih cam tu, saya pergi toilet. Mana la tau boleh berak ke. Tengok ada turun tanda sikit. Lendir-lendir colour chocolate.Yang ni lawak gak. Saya panggil Mr.Teddy suruh tengok. Mr.Teddy terus ajak g KPMC. Saya relax lagi time tu. Sure tak sure. Kitorang sempat baca balik artikel-artikel yang saya print out. Bila jumpa yang salah satu tanda nak bersalin adalah turun tanda macam saya tu so kami pun decide ke KPMC.

1.30 am

Sampai kat KPMC dalam pukul 1 lebih, ingat nak check biasa je. Tak budget langsung akan terus kena admit. Nasib baik teringat air selusuh yang Atuk buatkan. Pesanan yang lain suruh makan telur separuh masak la, suruh minum Milo la memang tak sempat nak follow.

Sampai hospital cakap nak check je. Diorang hantar kat ward. Bila nurse cakap nak seluk. Saya dah takut sakit. Sebab ramai kata sakit time seluk. Alhamdulillah, follow je instruction nurse insyaAllah tak sakit. Bukaan dah 3cm. Terus kena admit. Nurse tu tanya saya tak rasa sakit ke. Saya cakap rasa nak berak je. Nurse bagi ubat berak. Pastu ada nurse datang buat CTG. Time ni ok lagi. Sempat berlawak-lawak dengan Mr.Teddy lagi. Mr.Teddy bagi minum air selusuh.


~Time ni kat ward lagi~

2.30 am

 Dr. Mimi datang check pulak. Bukaan dah 5cm, terus Dr.Mimi pecahkan air ketuban. Pukul 2.45am saya kena tolak ke labour room. Merasa la gak naik wilcha. Hehehe. Bila sampai kat labour room saya tak tau nape tak pasal-pasal saya menggigil semacam. Nervous nak bersalin kot. Hohoho. Saya baca je Doa Nabi Yunus banyak-banyak. Nurse wat preparation bagai. Kena drip.

Masa mula-mula kat labour room, boleh sembang-sembang lagi dengan Mr.Teddy. Bila contraction makin kuat, dah tak boleh nak borak dah. Saya zikir je. Saya minta Mr.Teddy message kat Mak n Mentua saya doakan saya selamat. Bila agak dahaga sikit saya minum air selusuh. Saya practise la teknik pernafasan yang belajar kat kelas parentcraft. Dengan Mr.Teddy sekali join saya buat teknik pernafasan. Sampai kepala saya jadi pening-pening. Saya siap muntah lagi before deliver tu. Nurse kata perut saya masuk angin. Memang muntah kuar air je la. Pas muntah tu Mr.Teddy tak bagi dah saya minum. Huhuhu.

4.00 am

Nurse check bukaan baru 7cm. Time tu contraction makin kerap. Dengan sakit pinggang sekali. Sakitnya Allah je yang tahu. Nurse tu jangka saya akan bersalin dalam pukul 5-5 lebih. Saya pun duk la tengok jam bila nak pukul 5 ni. Tangan saya memang tak lepas dari lengan Mr.Teddy. Mr.Teddy banyak support saya. Suruh zikir, suruh nafas dengan cara yang betul.

5.15 am

Dalam pukul 5.15 macam tu, nurse check bukaan dah 9cm. Tak lama lepas tu doktor datang. Doktor cakap kalau nak push dah boleh push. Rasa cam nak berak tu push. Time azan subuh tengah berkumandang saya sedang berjuang untuk melahirkan.

Kat labour room time tu ada seorang doktor, 2 orang nurse n Mr.Teddy. Sorang nurse ajar saya cara nak push. Dia suruh pandang perut, jangan angkat punggung, jangan jerit, suruh ketap bibir. Saya follow jer. Mr.Teddy banyak bagi semangat kat saya. Dr.Mimi pun sama bagi semangat kat saya. Kalau Mr.Teddy tak ada, rasanya saya tak kuat kot. Thanx a lot dear. Doktor tengok saya dah tak boleh nak push agaknya dr. Mimi decide tuk guna vacuum. Sebelum Dr.Mimi nak letak vacuum tu, sorang Nurse yang teman saya dari awal (dia bidan rasanya) hold dulu n panjat katil saya pastu dia tekan sikit perut. Saya tak reti nak push. Tenaga dah tak ada time tu.

5.52 am

Alhamdulillah Ejoy Jr selamat lahir secara normal dengan bantuan vacuum pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H tepat pukul 5.52am dengan berat 3.85kg.

Ejoy Jr. kuar-kuar terus nangis. Nurse bawa kuar dia untuk dibersihkan. Doktor meneruskan tugas menjahit pulak. Tak tau la bape jahitan tapi yang pasti banyak la. Huhuhu. Mr.Teddy teman saya sampai siap jahit. Pastu bawa baby untuk diazankan.

1st time tengok Ejoy Jr. speechless rasanya. Baby yang dikendong selama 38 minggu di dalam perut ada di hadapan mata. Syukur ke hadrat Ilahi semuanya selamat. Alhamdulillah.


~Ni lah dia Cinta Hati saya: Ahmad Faris Afkar~

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, December 10, 2011

Muncul Semula

Assalamualaikum w.b.t

Wah lama sungguh saya tak bersiaran kat sini yerk. Ke mana menghilang. Tak menghilang. Ada je. Cuma dalam proses untuk mnyesuaikan diri dengan status baru=)

Alhamdulillah saya telahpun selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.85kg pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433. Secara tak langsung status saya n Mr.Teddy pun dah upgrade la jadi Ummi n Babah...

Nanti saya update story kat entry lain k. Nak pergi jengah baby jap. Chowz

~pen off~ BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, November 18, 2011

Sales di Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t



Dah nak akhir-akhir tahun ni banyak betul sale barangan baby kan. Memang dugaan. huhuhu. Hari ni sampai 20hb kat Mid Valley ada Maternity & Children Expo. Pastu 26-28 Nov ada Littlewhiz.com Warehouse Sale kat Setia Alam. Poney pun ada buat promotion kat SACC Mall pada 19-30 November. Sambung pulak Pureen Stock Clearance Promotion 3 - 4 Dec. Tak ketinggalan One Baby World pun buat sale gak daripada 15 Nov - 2 Jan. Pergh makan hati.

Dalam keadaan sekarang, saya tak pasti Mr.Teddy nak bawak saya ke tak tempat-tempat sale ni. Saya rasa tak akan. Saya nak pergi pasar malam pun dia tak bagi turun kereta. Dia rela sorang je turun kereta. Dia risau kalau bersesak-sesak dalam ramai-ramai orang tu. Ni yang sayang lebey ni. Muahx. Tapi banyak berjalan kan elok Dy. hehehe. Owh part-part sale tak kisah banyak berjalan. Nak pergi office tak larat nak bawak diri. Serious dalam keadaan sekarang saya memang dah tak larat nak jalan. Rasa sengal kat bahagian bawah. Memang jalan slow habis la. Daripada duduk nak start berjalan tu ambil masa sikit la. Saya pause sekejap pastu start jalan. Bila dah jalan dah ok sikit. Semua orang saya tanya memang rasa cam tu ke atau saya sorang yang rasa. Risau gak kan. Response semua saya terima positive. Memang macam tu keadaannya bila baby dah engaged. Ya ALLAH moga urusan saya dipermudahkan dan semuanya selamat. Amin.

Thursday, November 17, 2011

Cuti oh Cuti

Assalamualaikum w.b.t

Next week saya dah mula bercuti. Saya ambil cuti 90 hari n awal 2 minggu. Sepatutnya start hari Jumaat, tapi memandangkan saya dah tak berapa nak larat sangat maka Mr. Teddy cadangkan agar saya ambil cuti rehat awal. Balance cuti rehat ada la beberapa hari lagi. Kalau habiskan semua, patut this week saya dah boleh mula bercuti. Saya nak start cuti hari Isnin maknanya saya ambil empat hari daripada cuti rehat saya. Balance tu bawa la ke tahun depan.

Tadi dah siap brief kat person yang akan takeover kerja saya. Tak banyak manapun. Sebab banyak yang saya dah settlekan. Hopenya naik cuti nanti adalah progress, tak ada la tak bergerak kerja saya tu. Risau gak kalau saya dapat balik apa yang saya tinggalkan before cuti ataupun kerja jadi bertambah sebab tak bergerak. Pernah jadi tau kat pejabat saya ni. Takkan la nak biar kerja tak bergerak dengan alasan pegawai bercuti bersalin. So, apa guna orang yang take over tu kan. Bila nak menanggung, sesiapa pun boleh mengaku sanggup untuk menanggung. Tapi samada kita mampu buat atau tidak tu patut la fikir sama. Ikut kemampuan diri. Ada yang bagi alasan kerja sendiri pun banyak tak sempat nak buat kerja yang ditanggung. Tapi kan dah termaktub even menanggung kena juga buat tugas hakiki. Lagipun bukan menanggung free, dapat elaun lagi. Takkan la elaun nak, kerja tak nak buat. So, lu pikirlah sendiri. Tapi insyaALLAH orang yang bakal takeover kerja saya ni ok=)

Tak sabar nak cuti rasanya. Yang pastinya mood dah tak ada nak buat kerja. Yang ada mood nak bercuti jerk. Nak berehat-rehat di rumah. hohoho. Nak jalan-jalan pun dah tak berapa larat sangat.hohoho. Rasa sengal-sengal jerk. Tapi saya gagahkan jugak la. Sebab orang kata banyak berjalan elok kan. Nanti dah start cuti, jalan-jalan dalam rumah je la. hehehe.

Wednesday, November 16, 2011

36 weeks sudah...

Assalamualaikum w.b.t
Last Saturday pergi check up 36 weeks. Overall hasil daripada check up tu ok. Urine ok. Blood pressure ok. Air ketuban ok. Alhamdulillah baby sehat dan aktif=). Kepala baby pun dah engaged. Doktor kata kalau by this week due pun should be ok.

Keadaan diri so far ok. Cuma selalu sakit kaki terutama kat bah. tapak kaki. Berulang ke toilet tak payah cerita la. Memang kerap. Tak kira la besar ke kecik ke. hehehe.

Pastu saya dah start minum air bunga Fatimah. Amik kat kakak ipar. Bunga ni boleh guna berulang kali tau. Keringkan lepas guna, n boleh guna untuk next baby. Time tengok mula-mula pelik je. Macam akar kayu. Bila direndam, bunga akan mengembang. Saya baca banyak khasiat nyer tau dengan izin ALLAH. Air selusuh Atuk dah buatkan. Nanti dah nak ke hospital baru minum. Kita berusaha, ikhtiar dan tawakal. Selebihnya kuasa ALLAH. Apapun saya sentiasa berdoa moga urusan saya dipermudahkan dan semuanya selamat. Amin.

Baju baby dah siap pack. Last week balik rumah kena bising dengan akak-akak saya sebab tak pack barang lagi. hohoho. Menjerit diorang bila saya cakap baru siap basuh. Diorang cakap patut dah simpan dalam keter siap-siap dah. Cuak plak rasa. Balik Bangi terus packing n masuk dalam kereta siap-siap.hehehe.

Tuesday, November 15, 2011

No Title

Assalamualaikum w.b.t


Masih ingat entry saya yang ni: So dengan sahnya saya tak perlu pindah. Semalam call person in charge yang issue 'pink form' dia inform boleh cancel as long as pink form tak keluar lagi. Lega rasanya. Makna kata kalau nak pindah tunggu la berapa tahun lagi bila turn naik pangkat. Tu pun kalau kena pindah. Kalau tak berkhidmat je la kat Cawangan kesayangan saya ni. hahaha. Orang lain berlumba-lumba nak keluar, saya sorang je stay. Sayang benor. hohoho. Niat di hati memang nak pindah tapi kadang-kadang kita perlukan pengorbanan kan. Terpaksa melepaskan peluang yang ada untuk kebaikan kat sudut lain. Tapi tak pe la tak pindah pon, dengar citer tempat yang saya kena pindah tu pun umpama mimpi ngeri. Mungkin ada hikmahnya. Tutup mata dan redha je la dengan senario kat office sekarang yang memang susah nak dibuat perubahan. Umpama tradisi. Tak payah bising banyak-banyak, buat mana yang termampu. Bising banyak-banyak, orang tak nak buat pun kita juga yang sakit hati. So, sebaiknya buat je la mana yang mampu.

So, hari ni 1st day Mr.Teddy kat tempat baru. Saya pulak yang terasa terlebey nervous. hohoho. Rasa macam anak nak masuk darjah satu pulak. hohoho. Terasa lain tengok Mr.Teddy pakai smart-smart. Orang duk office la katakan. Before ni duk site pakai t-shirt dengat safety boot je. Ni siap kasut hitam lagi. hohoho. Apa-apa pun best of luck dear kat tempat baru. Mulakan dengan semangat baru k dear=)

Thursday, November 10, 2011

Kisah Peram

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya ngah tension ni dengan sikap orang. huhuhu. Bengang betul la. Alkisahnya saya dah lama submit dokumen untuk disemak kat satu hamba ALLAH ni. Email dah dekat 10 kali kot exaggerate lebih . Daripada awal bulan 9 kot saya dah email. Tapi tak ada feedback apa-apa. Bila orang bagi hard copy dia suh email sebab senang nak edit terus katanya. Tiap kali tanya mesti jawab "Owh saya dah tengok n edit. Tapi tak ingat letak kat mana. Airen email balik boleh". Tu yang jadi email dekat 10 kali tu. Ok tak kisah la part tu SYMP kan. Email je la balik. Bukan luak pun.


Baru-baru ni cuti bersalin saya dah pun diluluskan. So, boss pun minit la kat Hamba ALLAH ni make sure document tu settle before saya cuti bersalin. Member pun apa la lagi kan. Mengelabah la gamaknyer. Peram la lagi lain kali dokumen. Duk push-push saya suruh siapkan. Eh pehal plak wa dah email banyak kali eh. Tak check email kot. Bila saya cakap dah email dia pun bagi la jawapan yang sama "Owh saya dah tengok n edit. Tapi tak ingat letak kat mana. Airen email balik boleh". Malas nak banyak cerita email je la. So, dia suruh proceed tanpa perlu edit apa-apa. La kalau dari awal kan senang.


Bila dia bagi green light suruh proceed, saya pun hantarkan la kat boss. Boss ada comment pulak. So, saya pun betulkan as per comment boss. Bila hantar kat Hamba ALLAH ni balik ada je yang tak kena. Dah dekat berapa kali kot saya betulkan. Awat la tak nak comment awal-awal. Ni sapa yang tak buat kerja ni. Kalau betul dia dah tengok awal-awal mesti la dah perasan apa yang nak dibetulkan. Ni tak kejap suruh buat A. Pastu suruh buat B plak. Wa gak yang pening. huhuhu. Paling tak paham apa yang lama benor nak semak document sampai ambil masa berbulan.


Tapi Hamba ALLAH ni memang suka peram dokumen untuk semak lama-lama. Bila tanya, dia terus initial je tak comment apa-apa pun. So, apa masalah. Lagi satu selalu tak firm. Mula-mula suruh buat camni-camni. Pastu bila kita dah buat, suruh ubah pulak. Padahal surat tu dia jugak yang draft sendiri. So, apa yang saya buat saya simpan semua draft surat dalam fail. Bila orang dah nak cuti baru mengelabah. Ini macam punya orang pun ada ke. Tapi nak buat camno kan Saya Yang Menurut Perintah je.hohoho


Favour Menarik!!!Jangan Ketinggalan

Assalamualaikum w.b.t Masih ingat lagi entry saya berkenaan Review : Majlis Nikah tak. Ha kat situ saya ada story mory pasal Nikah favour saya kan. Yassin yang saya tempah dengan Warna Inspirasi.Warna Inspirasi ada organize lucky draw. Mana la tau ada rezeki berpihak kepada saya kan. Saja cuba-cuba nasib=). Syarat mudah sahaja. Nak tau apa syaratnya click la sini.

Ramai yang bertanya dengan Nikah favour saya ni. Sebab lain dari yang lain kot dan nampak eksklusif. Jarang jumpa kan Yassin sebegini yang boleh di'customade' ikut apa yang diingini dengan harga yang berpatutan. Selain daripada tu dalam Yassin ni juga ada doa untuk pasangan mempelai. Semoga dapat la dipanjangkan pahala bacaan Yassin tu. Ada pelbagai pilihan warna dan design yang boleh dipilih. Cantik-cantik belaka semuanya. Saya pilih colour fuschia ni dengan design yang simple. Boleh jugak kalau nak tempah sarung sekali. Akan nampak lebih eksklusif.

Di Warna Inspirasi, selain daripada Yassin pelbagai produk lain pun ada jugak dengan pelbagai design dan colour yang menarik. Paling penting dengan harga berpatutan. Antaranya Kad Jemputan, Yassin, Asmaaul Husna dan juga favor box [click sini]. Dan anda pasti tak akan menyesal dengan hasil tangan mereka. Bagi saya sendiri, saya teramat berpuas hati dengan hasil yang saya dapat. Berbaloi-baloi orang kata. Tambahan pulak dengan kerjasama yang diberikan sepanjang urusan dijalankan. Senang nak deal dengan mereka.

So, kepada bakal-bakal pengantin di luar sana. Apa tunggu lagi. Sila la dapatkan quotation daripada Warna Inspirasi. Untuk ibu-ibu, bapa-bapa pun jangan ketinggalan. Sebab boleh juga jadikan produk Warna Inspirasi sebagai favour untuk hari-hari penting anak anda seperti majlis cukur jambul ke dan sebagainya. Sila la click sini k untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuesday, November 8, 2011

Kisah Aidiladha Tahun Ni

Assalamualaikum w.b.t


Tahun ni saya dan suami menyambut Aidiladha di rumah keluarga saya di Klang. Terubat la rindu kat rendang mak. hehehe. Tahun ni ada extra rendang kerang. Selalu ada rendang ayam n rendang rempah jer. Mak plan nak buat rendang ayam n rendang kerang je untuk tahun ni. Memandangkan mak buyung ni teringin nak makan rendang rempah, mak buatkan jugak le. Tima kasih mak=) Rendang mak saya adalah rendang terbaik, serious tak tipu.hohoho.


Malam raya tu gak saya belasah makan ketupat dengan rendang dengan tak beringat. hohoho. Dan akibatnya malam tu gak la termuntah-muntah. Teruk gila muntah. Sian kat Mr.Teddy kena teman saya pagi-pagi buta tu ulang alik ke toilet. Dah la before tu memang tak boleh tidur. Boleh pulak time-time malam raya kawasan rumah saya black out. Punya la panas. Nak lepak kat luar rumah mak tak bagi. Tak elok untuk orang mengandung katanya. Last-last ajak Mr.Teddy duk dalam kereta, kitorang lepak kat Petronas. Dapat la tido gak dalam kereta walaupun tak berapa nak lena.


Hari raya tu terpaksa la control sikit makan sebab Mr.Teddy dah warning jangan makan banyak sangat rendang n ketupat. Apa-apa isi perut dengan nasi dulu, takut perut berangin. Tahun ni semua adik beradik berkumpul kat rumah family saya kecuali Uda saya yang beraya di rumah mentua. Kalau dah ramai-ramai berkumpul tu meriah la jadinya. Bila dah petang kembali sunyi sebab ada yang balik rumah mentua pulak. Saya dan Mr.Teddy balik ke Slim malamnya. Plan nak gerak awal sikit, kebetulan ada celebrate birthday anak buah saya yang sulung buat kecil-kecilan je so lambat jugak le kitorang gerak.


Raya Aidiladha kat Slim macam raya Aidilfitri sebab ada kuih raya n ada yang datang berkunjung. hehehe. Macam-macam jugak la Mak Mentua saya masak. Saya plak duk melantak moist cake yang lazat. Mr.Teddy lak duk menjeling je bini dia makan manis dengan tak beringat. hohoho. Ya, Mr.Teddy akan menjadi seorang 'kaki G-Pang' yang garang bila tengok bini dia melantak tak ingat. hohoho. Jeling sekali sebagai warning, kalau dah bersuara maknanya kena berhenti. hohoho.


Friday, November 4, 2011

Alahai Encik Suami...

Assalamualaikum w.b.t




Alahai suamiku. Makin meningkat usia rupanya. Makin kuat pelupa. Tapi rasanya tahap pelupa yang kronik kot. Sian pun ada. Mesti bz sangat, banyak benda nak kena fikir sampai jadi pelupa. hohoho. Hope kat tempat baru nanti ok la sikit eh. hehehe.



Kisahnya semalam saya EL. So melepak je la kat rumah. Tengahari tu call Mr.Teddy tanya dia balik lunch tak. Tau tak jawapan dia apa. Dia lupa yang bini dia ni tak kerja. Ada kat rumah. Nak berasap dah time tu. Dalam hati cakap gak, sampai hati tak ingat orang ada kat umah. Tapi tak apa lah. Tak baik marah-marah. Maafkan je la keterlupaan beliau tu.



Time petang punya cerita lagi best n kronik habis. Saya tengok jam dah dekat 6.30. Tergerak jugak nak call Mr.Teddy. Tapi tak call pun. Tak mau kacau dia tengah buat kerja. Sebab Mr.Teddy dah cakap yang dia akan bz dua-tiga hari ni. So, konon-konon nak jadi isteri yang memahami la kan. Tetiba pastu Mr.Teddy call tanya saya kat mana. Cakap la tengah tengok TV kat depan. Dia suh teka dia kat mana. Saya cakap la depan rumah kot. Dia kata bukan. Saya teka kat site lagi la kot. Dia cakap bukan gak. Ait kat mana pulak le laki aku ni kan. Rupa-rupanya dia otw nak pergi ambil saya balik kerja gara-gara dia terlupa yang saya EL hari ni. Adoyai. Kronik-kronik. Dia siap cakap patut la rasa ada benda yang tak kena. Dah tengah jalan tu baru teringat yang bini dia tak kerja rupanya. Alahai suamiku.


Kisah malam pulak, saya ajak pergi Manjaku nak beli barang baby sikit. Pastu tengok dia buat relax je. Bermalas-malasan je. Tak mau la cakap banyak kali. Mesti penat balik kerja kan. So, sekali lagi konon-konon jadi isteri yang memahami buat diam je la. hahaha. Padahal dah bagi hint dah kat dia. Tanya nak pergi makan pukul berapa la. Cakap kat dia esok tak boleh balik lambat la sebab ada Anugerah Skrin. Kejap-kejap tengok jam la. Sampai dia pun perasan. Tapi tak terkeluar suara nak ingatkan pasal nak g Manjaku. Sekali dia masuk bilik air dengar dia bersuara. Tak faham butir bicara apa benda. Rupanya dia baru teringat yang saya ada ajak pergi Manjaku sebab terpandang barut baby yang saya rendam kat bilik air. Terus kelam kabut member bersiap takut bini merajuk punya pasal kot. hehehe. Kuat lupa betul la. hehehe. Padahal rasanya saya baru je kot cakap nak g Manjaku.



Kesian betul kat Encik Suami. Tu la mesti banyak benda nak fikir n settlekan before resign ni. Tu yang kelam kabut dibuatnya. Ke faktor usia sebenarnya. hahaha. Apa pun i love u la dear. hehehe


Wednesday, November 2, 2011

Rindu...

Rindu nak update blog pasal wedding preparation - Dah tak leh nak update sebab dah selamat jadi mak buyung pon.hohoho. Secara tak langsung menyebabkan update pun kurang. Sebab tak banyak benda nak share.


Rindu nak baca Majalah Pengantin - Serious rindu. Kekadang rasa gatal je tangan nak beli Majalah Pengantin yang suatu ketika dulu menjadi pojaan hatiku Padahal tak follow sangat pun guide yang dibagi . Tapi menyampah bila ada yang pandang semacam walaupun time tu baru pegang je Majalah Pengantin Diorang pelik kot, dah mak buyung pon nak baca Majalah Pengantin.


Rindu nak surf tenet cari update pasal wedding preparation - Kekadang terbabas gak. Tapi cepat-cepat click buttan 'X' sebab makan hati tengok idea yang segar bugar sekarang ni Napa la time wedding saya tak kuar lagi trend nih hohoho


Rindu nak buat DIY - Chewah...padahal tak banyak pon DIY tapi nak poyo macam banyak.hahaha.


Cepat la adik-beradik saya yang bujang-bujang ni menamatkan zaman bujang diorang. Tak sabar nak curah idea gak. Chewah cam 'good-good' bagus-bagus je nak bagi idea kan. hohoho.


Berbelah Bahagi

Assalamualaikum w.b.t

Baru dapat satu berita yang masih belum confirm. Tak tau rasa patut bergembira atau tak. huhuhu. Selagi belum confirm tu saya wat bodoh je la erk. Walaupun risau gak sebenarnya. So, nak share la kat sini. Semoga kengkawan dapat doakan yang terbaik untuk saya.

Kisahnya saya pernah minta transfer before ni. Seingat saya lebih kurang dalam bulan 5 dulu kot. Saya minta transfer Putrajaya. Satu sebab rasa nak beralih angin setelah hampir 3 tahun kat office sekarang. Kedua sebab ingat nak dekat dengan rumah. So, tak yah susahkan Mr.Teddy hantar saya jejauh. Lagipun kan Mr.Teddy punya site kat Bangi. Hq pulak kat Kajang. Tak ada la jauh mana kan.

Nak dijadikan cerita baru-baru ni Mr.Teddy dapat offer kerja lain. Yang mana lokasi pejabat dia adalah 5 minit daripada office saya. Dekat kan. Jalan sehala. Jimat masa, jimat kos travel sebab Mr.Teddy tak perlu berpatah balik ke Bangi lepas hantar saya. Kitorang pun dah berangan nak g office sesama. hohoho.

So, saya pun batalkan la permohonan pertukaran penempatan saya tu. Pastu person yang in charge untuk penempatan call saya. Tanya kenapa nak cancel. Saya pun bagi la tau reason apa. Rupa-rupanya permohonan saya dah pun diluluskan cuma belum keluar 'Pink Form' surat penempatan lagi. Adoyai. Kenapa baru sekarang???hohoho. Akak tu cakap dia akan try untuk tolong saya. Kalau tak dapat maknanya saya kena pergi jugak la. Redha je la kalau kena pergi.

Suka sebab boleh lari dari serabut kat office sekarang. Risau sebab takut tempat baru lebih ngeri dari tempat sekarang. Tadi pun dah ada suara-suara sumbang yang risau-risaukan saya Belum apa-apa lagi saya dah dimomokkan dengan kesibukan kerja kat tempat baru. Tak best sebab keadaan akan jadi macam asal. Tak sehala nak ke office dengan Mr.Teddy. Harap sangat yang penempatan baru saya tu dapat dibatalkan. Doakan yang terbaik untuk saya.

Monday, October 31, 2011

34 Weeks sudah...

Assalamualaikum w.b.t


Last Saturday pergi check up 34 weeks. Pejam celik 34 weeks sudah saya. 6 weeks to go before EDD (expected due date). Overall hasil daripada check up tu ok. Urine ok. Blood pressure ok. Alhamdulillah baby sehat dan aktif=). Baby dah berat 2.9 kg. Doktor jangka saya akan due awal. Kalau tak awal pun maybe baby akan jadi besar. Risau pulak dengar. huhuhu. Kalau ikut my mum, kebanyakannya awal. Dah dua tiga orang berpengalaman yang cakap saya ni maybe bersalin awal. Kaki n tangan saya pun dah start bengkak-bengkak n lenguh-lenguh. Apapun saya sentiasa berdoa moga urusan saya dipermudahkan dan semuanya selamat. Amin.

Monday, October 17, 2011

PARENTCRAFT CLASS

Assalamualaikum w.b.t

Last Sunday saya dan suami telah pun selamat pergi Parentcraft Class kat KPJ Kajang. Apa benda Parentcraft Class ni sebenarnya. Parentcraft Class ni ala-ala Antenatal Class la. Tapi kat KPJ diorang guna nama Parentcraft Class. Kat tempat saya dijangka bersalin tak ada organize Antenatal Class. Tanya Hospital Kajang pun tak ada. Search kat internet jumpa yang organize by KPJ Kajang. Bila check date ada last week. Next class nanti ada bulan Disember. Bayaran yang dikenakan untuk setiap pasangan adalah RM 100.00 untuk outpatient. Kalau inpatient RM50.00. Nak more info boleh click sini.

Pada pendapat saya Parentcraft Class @ Antenatal Class ni penting la juga untuk setiap pasangan terutama bagi yang pertama kali nak menyambut baby. Banyak sangat info berguna yang dikongsikan dalam class ni. Topic yang di'cover' start dari semasa tempoh pregnancy, masa nak bersalin dan juga penjagaan after bersalin. Tapi kalau tak pergi pun tak ada masalah. Boleh tanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Parentcraft Class yang saya join ni diadakan daripada pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Makan dan minum disediakan. Tak ramai sangat yang join. Ada lebih kurang dalam 10 pasangan. Diadakan di labour room. Nak dijadikan cerita time class sedang diadakan, tetiba kami dikejutkan dengan jeritan seseorang. Rupanya jeritan orang nak bersalin. Pergh ngeri ok dengar. Semua participant time tu dah terdiam. huhuhu. Tak lama lepas tu dengar suara baby. Nak lagi best demo guna baby betul. Tapi sikit-sikit je la sebab baby tu dah nangis kena kacau tidur. hehehe. Selebihnya guna patung.

Penerangan yang diberikan sangat padat dan berguna. Topik yang paling saya suka berkenaan Breastfeeding dan care of newborn. Banyak tips yang dikongsikan oleh Sister yang bagi talk tu. Ada satu session tu pulak berkenaan stem cell bank by Cryocord. Yang ni pun menarik gak. Penerangan berkenaan penyimpanan darah tali pusat dan juga tali pusat. Ada juga session berkenaan Exercise semasa Pre Natal & Post Natal. Tapi Physioterapist yang bagi talk tu agak-agak malu-malu sikit. So, tak berapa nak best la bila wat demo tu. Overall saya dan suami enjoy dan rasa berbaloi dengan class ni=)

Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012:Kegembiraan Berganda

Assalamualaikum w.b.t

Belanjawan 2012 adalah antara topik hangat kat office minggu ni. Macam-macam berita yang dengar. Tapi yang paling hangat orang kata bakal naik gaji atau dapat bonus. So, hari ni hari yang ditunggu pun tiba. Sebelum bekerja dengan sektor awam ni, tak ambil prt pun pembentangan Belanjawan ni. Sekarang ni, kena la ambil tahu. Terutama part yang melibatkan penjawat awam. hehehe. Saya jadi bertambah excited bila Belanjawan 2012 bakal diumum pada hari lahir saya. Kalau dapat berita gembira, maknanya akan jadi kegembiraan berganda buat saya. Turut menjadi rezeki anak. Alhamdulillah.

Time pembentangan Belanjawan tadi, tak dapat nak dengar sebab pergi berdating dengan Mr. Teddy. Dengar time tengok berita TV3 tadi. Pastu saya terus check kat website Berita Harian. Kat bawah ni petikan yang saya ambil dari ucapan tu dan berkaitan dengan penjawat awam.

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.

59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

60. Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan, penjawat awam mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai pemikiran dinamik dan analitis.

61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.



So, kengkawan yang bergelar penjawat awam tu boleh la join saya senyum lebar yerk. hehehe. Banyak gak berita gembira untuk setiap lapisan masyarakat dalam pengumuman Belanjawan 2012 ni. Cuma apa yang diharapkan para peniaga tak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Harapnya taraf hidup kita tak de lah meningkat terlalu mendadak.

26 sudah? Hanya Nombor

Assalamualaikum w.b.t

Cheh tajuk entry...Tu namanya orang tak boleh terima hakikat yang usia dia makin meningkat. hohoho. Ye hari ni 7 October 2011. 26 tahun sudah hidup di bumi Allah.

Alhamdulillah masih diizinkan menghela nafas di samping insan-insan tersayang. Suami, keluarga, keluarga mentua. Sayang semua.

Alhamdulillah dikurniakan anugerah yang tidak ternilai dan akan menjadi harta paling berharga. Harap semua berjalan lancar. Dua bulan lagi bakal dilalui. Sentiasa berdoa agar kandungan saya dipelihara Ilahi. Semoga lahir ke dunia dengan selamat dan mudah, sempurna sifatnya, kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, bijaksana, beriman. Amin. Baby dalam perut Alhamdulillah aktif dan sihat. Selalu buat saya kegelian bila dia buat aksi akrobatik. Sungguh syahdu perasaan bila tengok gerakan ombak yang dia buat terutama bila dengar ayat-ayat suci dibacakan atau bila saya layan borak dengan dia. Sungguh berharga pengalaman bergelar ibu ni.

Tahun pertama menyambut hari lahir di samping suami tercinta. Suami buat kejutan yang melucukan. Terharu la jugak sebenarnya. Buat saya tergelak sorang-sorang. hahaha. Saya dah tertidur . Tepat pukul 12, Mr.Teddy kejutkan. Ingat ada apa la. Rupanya dia belikan muffin kecil, pastu cucuk lilin, pastu ada ice cream milo dengan air Minute Maid. hahaha. Comel la Mr. Teddy ni tau. Hari ni baru celebrate betul-betul. Saya memang sengaja ambil cuti. Makan kat Secret Recipe. Mr.Teddy belikan 1 slice favorite cake saya, banana chocolate. Pastu part mencari hadiah paling parah. Mr. Teddy suruh pilih sendiri. Pening la gak saya nak memilih. Tapi last-last Mr.Teddy gak yang pilihkan. Yang paling penting saya suka sangat dengan pilihan Mr. Teddy.

Dear, thank you so much dengan belanja n hadiah tu. Tapi hadiah yang paling bermakna adalah kehadiran u dengan baby kita dalam hidup i. Terima kasih hadiahkan i kehidupan yang bahagia ni. Love u so much.

Thursday, September 29, 2011

SOALAN PELIK

Assalamualaikum w.b.t

Semalam pas Mr.Teddy amik kat office, balik tu terus singgah makan kat satu kedai ni. Mr.Teddy dah lapar sangat, perut dia masuk angin sebab tak lunch. Pas order Mr. Teddy terus g toilet. Adik yang amik order tak blah lagi time tu. Tiba-tiba adik tu tanya soalan pelik kat saya.

Adik amik order : "Kak, husband eh?" Saya dah buat muka pelik time ni.
Saya: "Ha?" Buat-buat tak dengar. Nak suh dia ulang balik.
Adik amik order : "Husband eh?" Adik tu ulang. Pendengaran saya tak silap rupanya.
Saya : "A'ah. Kenapa?" Masa ni dah senyum dah. Pelik dengan soalan dia.
Adik amik order : "Tak ada apa-apa" Blah sambil senyum-senyum.

Musykil betul dengan soalan adik tu. hehehe. Bila citer kat Mr.Teddy, Mr.Teddy punya pandangan adalah seperti berikut.

-Adik tu pelik sebab kekontraan kami berdua.
-Semalam nyer tu pon Mr.Teddy makan kat situ gak. So, adik tu pelik napa abang ni semalam selekeh [baju orang keje site], hari ni smart plak [baju orang keje office]. Ada bunyi perasan kat situ.

Yang saya pulak cakap:

-Ntah-ntah dia pernah tengok Mr.Teddy dengan orang lain before ni. Tu yang adik tu check tu betul ke Mr.Teddy husband saya. hahaha

Tak baik kan pandangan seorang isteri. Cuba la fikir positif sikit kat suami tu. hehehe=)

Pastu Mr.Teddy pon meneruskan ke'perasanan' dia. Malas nak tulis kat sini. Kang makin kembang lak suami saya tu. Tapi kitorang still musykil lagi la dengan soalan adik tu. hehehe. Pastu pagi tadi saya cakap kat Mr.Teddy, kalau dia tak bagi saya tidur pun saya nak tidur gak dalam keter hari ni. Sebab ngantuk. Malam tadi susah nak tidur. Tau tak dia jawab apa. "Apsal tak boleh tidur. Fikir soalan budak semalam tu ke?" Ngeks. Tak ada maknanya.


Wednesday, September 28, 2011

Dipermudahkan Urusan


Moga urusan suami saya hari ini dipermudahkan. Amin.

Oh Ibu Mertuaku

Assalamualaikum w.b.t

Semalam dikisahkan kena balik Slim River sebab nak amik dokumen Mr. Teddy. Pastu decide tuk tidur kat Slim je. Kesian kat Mr.Teddy kalau nak patah balik Bangi malam tu gak. Mau tidur masa drive nanti. Memang tak plan apa-apa, balik pon sehelai sepinggang dua-dua orang. Last-last singgah beli baju kat Tanjung Malim. Punya la laju Mr.Teddy bawak keter sebab takut kedai dah tutup time kitorang sampai. Dia duk la suruh saya doa banyak-banyak. hehehe. Alhamdulillah sempat la kitorang beli baju=)

So, pepagi tadi dah kena la bergerak balik. Takut jalan jammed, kitorang plan nak gerak awal gila. Dah la terlambat bangun sikit dari plan asal. So, kelam kabut la jadinya. Keluar-keluar bilik tengok Mak Mertua saya dah siap prepare breakfast untuk kitorang. Yang bestnye siap bagi bekal lagi. Oh sungguh terharu. hehehe. Ni yang sayang lebih kat Mak ni=D. Tapi kan Mak Mertua saya memang cam tu tau. Kalau kitorang balik Slim mesti macam-macam yang nak dibekalkan. Memang terasa sungguh balik kampung. hehehe. Bekalkan macam-macam makanan siap dengan air lagi. Naik segan dibuatnya. hohoho.

Monday, September 26, 2011

SYUKUR...ALHAMDULILLAH

Betapa bersyukurnya saya dapat mengenali kamu
Betapa bersyukurnya saya ditakdirkan jodoh kita bersama
Betapa bersyukurnya saya dikurniakan kamu yang menerima diri ini seadanya
Betapa bersyukurnya saya dianugerahkan kamu yang memahami
Betapa bersyukurnya saya sentiasa ada kamu menemani di sisi
Betapa bersyukurnya saya ada kamu yang menyayangi diri ini

SYUKUR...SYUKUR...SYUKUR...ALHAMDULILLAH
SAYA SAYANG KAMU WAHAI SUAMI KU YANG TERCINTA


Thursday, September 15, 2011

Hari Rajin

Assalamualaikum w.b.t


Sumber:Google Image

Semalam hari sibuk, hari ini hari rajin plak. Update blog termasuk dalam skop rajin gak kan. hehehe=) Oleh kerana esok adalah hari cuti makanya hari ini kena la bersemangat lebih untuk menyiapkan kerja-kerja terutama yang urgent-urgent. Banyak nau yang urgent. huhuhu. Oleh itu marilah kita meningkatkan tahap kerajinan kita. GAMBATE!!!!

Wednesday, September 14, 2011

Hari Ini Hari Sibuk

Assalamualaikum w.b.t

Semalam baru update status kat FB pas raya tak ada mood nak bekerja. Tup tup hari ini bertubi-tubi kerja datang. Yang semua nak urgent. Sila padankan muka saya=( Nak tak nak kena la ada gak mood. Nanti tak siap siapa yang kena bambu. Diri sendiri gaks. So, hari ini saya mengisytiharkan hari ini adalah Hari Sibuk saya. Yeah. Kembali bersemangat=)


Monday, September 12, 2011

Kekeliruan...

Assalamualaikum

Nak nyanyi lagu keliru ke. Apa la yang dikelirukan sangat tu. huhuhu. Actually kan just nak share kat sini yang saya n Mr. Teddy tak start pon any preparation for our baby. Kitorang tak tau masa yang terbaek untuk start wat preparation. Ada yang kata still awal lagi. So, kitorang pun relax je r. Tapi ada gak yang kata dah patut start beli sikit-sikit. huhuhu. Confused la. Kawan-kawan yang ada pengalaman rasa camne. Patut tak kami start membeli belah skang ni atau masih awal lagi erk. Expected due insyaALLAH early Dec ni. Means ada lebih kurang 3 bulan lagi. Tapi saya tak tau nak start dari mana. hohoho. Sapa ada checklist yang sudi nak share. Senang sket. hehehe=)


Thursday, September 8, 2011

Gambar Basi

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba terasa nak upload gambar wedding...hahaha. Official from OP. Gedik eh. Sebab tu tajuk entry gambar basi. Nak upload kat FB maleh. Upload kat sini je la eh. hehehe. Sila jangan muntah k. wahaha=D Banyak lagi pict. Tapi upload sket je la eh. Sat g ada yang betul-betul termuntah lak. hehehe=)

~Sesi persalinan. Ada lagi sepasang baju gown~

~Time Nikah~

~After sesi batal air sembahyang with family Mr.Teddy~

~Bunga Api traditional~

~Malam Berinai~

~My Big Family~

~Baju n kasut for sanding~



~Majlis Sanding~

~Makan Beradap~

~Family Potrait~

~With K.Zam n anak-anak~


~With Deck n hubby~

~With Fiza n family~

~With kengkawan UTM~

~With kengkawan TIKL~



~Outdoor~

Sekian, sahaja....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...