Friday, December 31, 2010

TERHANGAT/TERINDAH 2011

Assalamualaikum w.b.t


Diam tak diam dah masuk tahun baru pun. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun 2011 ni, maknanya akan ada satu lagi perubahan yang akan berlaku dalam hidup. Kiranya boleh la dianggap satu perubahan besar. Diharap semua yang dirancang akan berjalan lancar. InsyaALLAH.

Tahun 2010 banyak meninggalkan moment manis dan juga pahit untuk dikenang di dalam hidup saya. Yang mana manis tu kita jadikanlah ia kenangan terindah. Mana yang pahit kita jadikan ia sebagai teladan. Kat sini tak nak share moment pahit tapi saya nak share kenangan terindah yang terjadi di dalam hidup saya. Kebanyakannya saya dah share kat blog ni, tapi saja nak flash back balik. hehehe=)

1. Cuti-cuti Malaysia @ Sarawak [entry penuh]
Holiday yang paling best kot telah berjaya diorganize. Walaupun tak ramai yang follow, tapi still enjoy. Bukan pertama kali ke Sarawak tapi kali ni lebih best dari 1st time sebab dengan family kot. hehehe=)

2. Majlis Merisik [entry penuh]

Alhamdulillah. 1st stage sudah selesai. Pemula langkah untuk stage yang lain=)

3. Majlis Pertunangan [entry penuh]

Alhamdulillah lepas 1st stage selesai. Tiba 2nd stage pulak. Majlis yang meriah luar biasa=)

4. Sambutan Aidilfitri [entry penuh]

Sambutan luar biasa sebab kami berpakaian sedondon satu keluarga. Termasuk yang dah kawen dengan mak n ayah=)

5. Mak n Ayah menunaikan Fardhu Haji

Yang pahit tak nak la flash back balik k=)

Selain itu banyak juga peristiwa yang menjadi sejarah buat negara dan dunia. Antaranya:

- Malaysia menang PIALA SUZUKI AFF. Terus 31 Disember diisytihar cuti umum. Dan tetiba populariti Khairul Fahmi naik mencanak. Khairul Fahmi memang terbaik pun. Tabik spring kat team Malaysia.

- Kes-kes pembunuhan/kematian yang telah menggemparkan negara. ANtaranya pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati, pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, kematian Aminulrasyid, kematian Syafia Humairah akibat dipijak teman lelaki ibunya, pembunuhan seorang Ustazah dan anaknya di Negeri Sembilan.

- Bencana alam di seluruh dunia. Tahun ni rasanya memang banyak pun bencana alam antaranya Gempa Bumi Haiti, Banjir di Pakistan dan Taiwan, Gunung Berapi di Iceland mengeluarkan debu sehingga menjejaskan jadual penerbangan ke Eropah, Gunung Merapi di Indonesia meletus. Tak ketinggalan banjir teruk di Kedah.

- Kes skandal Ariel Peterpan pon hangat gak. hehehe




Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 9 : Videographer

Assalamualaikum w.b.t

Install Featured Content Gallery Plugin to Replace This Image

~Sumber : LH Media website~

Actually dah lama dah book videographer ni time ada Pameran Pengantin 1 Malaysia kat PWTC haritu. Tapi tak terupdate-update lak. So, setelah membuat survey kat pameran tu saya decide untuk guna service LHMEDIA as videographer. Harga yang LHMEDIA offer bersesuaian dengan budget yang saya ada. Time buat decision tu memang nekad gila la kan. Tak pernah pun survey diorang punya hasil kerja. Bila balik baru survey diorang punya hasil. Apa yang saya boleh cakap adalah I LOOOIIIIKKKKEEE!!!!hehehe

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 8 : Sesi Rawatan

~Gambar hiasan semata-mata. Ehsan : Google Images~

Assalamualaikum w.b.t

Apa makna gambar di atas??? Tu bukan gigi saya ye kekawan. hehehe. Setelah beberapa lama tertagak-tagak nak berjumpa dentist, akhirnya saya berjaya juga menjumpakan diri dengan dentist. Tu pun setelah Mr.Teddy offer nak belanja. wahaha. Terukkan. Saya tak suka jumpa dentist sebenarnya. huhuhu. Tadi saya pun dah selamat la membuat scaling n polishing. Ngilu weyh. huhuhu. Hari ni saya menjadi budak baik dengan mendengar nasihat dentist agar tak makan makanan keras n panas untuk hari ini sahaja. Lagi sejuk lagi bagus. Lalu saya telah membelasah ice cream potong perasa durian dua batang.hahaha. Gigi saya dah ok la sikit daripada biasa. Kewujudan dua gigi kapak dihadapan tak leh nak buat apa. huhuhu.

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 7 : Sesi Memanjakan Diri I

Assalamualaikum w.b.t

Kepada bakal-bakal pengantin sesi memanjakan diri ni adalah antara benda yang perlu diambil kira dalam checklist. Entry Sesi Memanjakan Diri saya ni berkemungkinan akan ada beberapa siri. Sebab yang ni saya just buat facial treatment then ada la include shoulder massage kat sini. Nanti ada satu lagi treatment yang memang khas untuk pengantin. Tu saya akan buat kat spa kawan kakak saya.

Ok memandangkan saya ni ada masalah dari segi transport nak ke hulu ke hilir saya pilih tempat yang mudah public transport. Ushar punya ushar jumpa satu kat The Mall. Herbaline. Ushar pulak produk. Diorang guna natural product tau. So agak yakin la sikit kan. Memandangkan muka saya ni sensitif yang mana kalau salah guna produk confirm naik jerawat melata-lata.


Ehsan : google images

Serious best buat facial kat sini. Sebab best saya bagitau nama. Kalau tak best tak adala nak tolong promote kat sini. Diorang punya konsep ala-ala spa tau. Tenang je bila masuk. Part paling syok of course la time keluarkan black head yang menimbun tu. Sakit sikit tapi sedap.wahaha. N teruja time fish reflexology. Geli tapi best. So, nak tak nak tahan kan jela geli tu.hehehe. Can't wait for next appointment=)

Thursday, December 30, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 6 : Kad Jemputan

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak mengupdate berkenaan dengan kad jemputan pulak. Setelah buat survey dengan beberapa mantan pengantin yang terdiri daripada kawan-kawan sendiri, tengok-tengok dalam majalah n kad-kad yang dapat daripada kawan-kawan so saya buat keputusan untuk tempah dengan satu vendor ni kat area Jalan Pudu.

Banyak sangat design sampai naik rambang mata dibuatnya. Kepada para bakal-bakal pengantin yang nak tempah kad sila pastikan:

1. Tarikh Perkahwinan - Penting ni. Kalau tak ada date camno nak book kad.

2. Maklumat yang diperlukan - Jangan pergi dengan tangan kosong je. Pastikan anda ada maklumat yang lengakp seperti map, nama ibu bapa & pasangan, nombor telefon, aturcara majlis dsb.

3. Jumlah jemputan - Bila dah ada jumlah jemputan, so boleh la anggar jumlah kad yang nak ditempah bagi mengelakkan pembaziran ataupun kekurangan.

4. Pihak yang bertanggungjawab - Pastikan siapa yang tukang bayar deposit, tukang pilih design, tukang ambil kad. Bukan apa, ni semua untuk mengelakkan salah faham.

5. Budget - Kena tau range budget bape? So, tak ada la berangan nak yang vouge de vass sekali over budget pulak.

So before pergi tempah tu sila pastikan perkara di atas k. Tarikh perkahwinan saya family yang decide. Maklumat-maklumat yang diperlukan Ancik n Uteh saya tolong supply. Ancik bagi idea suruh guna jer map jiran saya. So, settle dah kat situ. Jumlah kad yang nak ditempah saya terus refer kat mak saya. Tapi rasa cam berlebihan. Malas nak argue, so follow jer la=) Kalau lebih nanti pepandai la. Dalam kes saya, saya adalah tukang bayar deposit dan tukang pilih design. Tukang ambil kad tu memang saya tapi tak sure sapa yang akan jadi transporter.hehehe. Budget saya terus terang cakap tak nak lebih dari RM1. So, saya dapat kad yang berharga RM0.80 sekeping. Tak tau le mahal ke tak tu. Rasa murah dah. hehehe. Tak sabar nak tunggu kad siap=)

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 3 : Door Gift


Assalamualaikum w.b.t

Rasanya lama dah tak update preparation Dua Hati Menjadi Satu. Hari ni akan mengupdate secara pukal. Tapi akan buat berasingan biar nampak banyak sikit. wahaha=D

Ingat tak before ni ada saya ada menulis Sesi Terjahan ke IKEA [entry]. Tapi saya tak reveal pun kan hasil terjahan tersebut. Sebenarnya berfikir-fikir gak ni nak reveal ke tak. Takut tak suprise kan nanti. So, saya tinggalkan anda semua dengan gambar di bawah. Buatla penaakulan sendiri.


Sorry. Nanti after majlis saya reveal k. Nak tinggalkan nilai eksklusif untuk majlis. Cukupla sekadar tahu yang saya DIY door gift tersebut. Camner rupa bentuknya, apa isi kandungannya Tungggguuuuuu!!!!!Budget poyo la si cik kak ni kan. Padahal mesti ramai yang dah leh teka.

Tapi nak story sikit la pasal DIY ni. Saya dapat ilham daripada SSF. Sambil beli barang-barang kat sana sambil-sambil cari idea. Asalnya nak buat lain. Tapi bila fikir balik idea asal tu tak berapa nak sesuai n praktikal, so ubah ke idea kedua. Saya cuba buat sesimple yang mungkin memandangkan masa dah tak banyak lagi. huhuhu. So gambar di atas tu la hasilnya. Buat masa sekarang banyak jugak yang dah berjaya disiapkan. Sedang berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kesemuanya.


Monday, December 27, 2010

Kita Merancang Tuhan Tentukan

Assalamualaikum w.b.t

Agak-agak ada cara-cara tajuk lagu tak tajuk entry saya?hehehe=D. Di kesempatan ini nak share satu berita yang agak menyedihkan. My ex-kawan rapat kat office [ex sebab dia dah transfer, tapi tetap kawan rapat saya sampai bila2] baru sahaja kehilangan baby tersayang. Sedih kan. Dahla dikendong sembilan bulan, hari-hari yang ditunggu membawa berita duka. Alfatihah untuk Arwah baby tersebut.

Masa melawat Deck, sangat sedih tengok keadaan dia. Tapi kami yang melawat ni tak boleh sedih-sedih, kena beri semangat kat Deck. Be strong k. Dah la 1st baby. Semua orang tunggu. Kami yang kawan-kawan ni pun excited tunggu news Deck dah bersalin ke belum. Tanggal 21 Disember, terima sms Deck. Nasib baik saya sempat habis baca, kalau tak dah nak melonjak gembira Deck selamat bersalin. Rupanya Allah lebih menyayangi baby Deck.

Patutla ada orang-orang tua berpesan jangan over excited dalam apa-apa jua yang dirancang, sebab apa yang bakal berlaku sukar kita jangka. Tapi apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tu semua ketentuan qada' n qadar. Fikir positif untuk terima sebarang kemungkinan. Kita merancang tuhan tentukan. Wallahualam.

Friday, December 24, 2010

Binwanis or Gulatis...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ada meeting kat Putrajaya. Memandangkan ada meeting dengan orang-orang besar sikit so, pakai pun baju elok la sikit. wahahaha. Kalau tak jangan harap la kan. Image kena jaga beb poyo gilossss. Pastu naik la lift reramai. Tiba ada somebody ni tegur saya. "Cantik baju u. I pun ada satu macam ni. Nasib baik i tak pakai". Saya hanya mampu tersenyum sebab tak tau nak jawab apa sebenarnya. Ye la orang tak kenal tiba-tiba tegur. Pastu beliau bersuara lagi "Binwanis or Gulatis?" Saya pulak tak dengar, senyum je la kat beliau. Pastu beliau pun terus borak pasal Binwanis. Beliau kata kain-kain kat Binwanis nice one. Memang la nice, harga pun tengok la kan.hahaha. Time dah nak dekat nak kuar, beliau cakap pasal kerja pulak. Sekali orang yang mengiringi beliau panggil beliau 'Datuk'. Pergh terkujat saya. Nyesal buat keras dalam lift. hohohoh plastik giler. Dah kuar lift dorang pun sakan la usik saya. Dorang cakap apsal tak jawab beli kat Arked je. Sat g Datuk tu terkejut lak kain cam dia ada kat Arked. Jawapannya baju saya dibeli di Jakel. Hidup Jakel Eh..tetiba terbias

Wednesday, December 15, 2010

Saya Jatuh Cinta Dengan Doily Paper


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya tiada produktiviti kat office. Serious tak tipu. Tak ada mood. Dari pagi tadi kerja saya adalah ber'blogwalking' sahaja. Padahal kerja menimbun. huhuhu. Jangan report kat boss saya tau. Dalam misi blogwalking tu saya jumpa banyak blog yang best dengan idea yang sangat practical. Dan saya paling suka idea menggunakan Doily Paper. Pergh tetiba jatuh cinta dengan Doily Paper=)

Doily paper ni banyak tau kegunaannya. Antaranya seperti di bawah:


Centrepieces. Idea : ♥ kesahkaseh ♥

doily envelope
Envelopes. Idea: welovelaughkiss

paper doilie cupcake wrappers

Cupcakes Wrapper. Idea : Intimate Weddings


wedding paper doilies2 Wedding Decor with Paper Doilies – High on Style, Easy on the Budget
Wedding Favors. Idea:factorydirectcraft



Paper Doily Lantern. Idea: Ruffled

Cantik-cantik kan. Serious saya dah jatuh cinta dengan doilies. Memang dah beli pun kat SSF. Tunggu next DIY project k.


Hati Yang Gundah Gulana

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni cam tak ada mood je nak kerja. huhuhu. Risau sebenarnya. Upacara Dua Hati Menjadi Satu tak berapa lama lagi, tapi still banyak yang saya belum settle. Teruk kan. Bila jalankan misi blogwalking kat blog B2B, tengok banyak sangat projek DIY yang best-best. Ada hati tu nak buat tapi macam tak sempat jer. hohohoh. Nak-nak lagi bila tengok yang Big Day lagi lambat daripada saya pun macam-macam dah siap. Lagi la ter'phsyco'. Jelez dengan Mr.Teddy sebab dia ada sifat cool dalam dirinya. Saya tau dia pun risau, tapi dia cool jer kalau saya meracau tu tak siap ni tak siap. Bukan macam saya panik memanjang. Tapi bukan nak take action untuk speed up pun. huhuhu. Mr.Teddy, i need you rite now to calm me down.

Tuesday, December 14, 2010

Hampa Belaka...

Assalamualaikum w.b.t

Baru berangan kan nak cuti lama next year. Tapi hampa belaka. huhuhu. Sebab bila check balik kat calendar 2011, Thaipusam jatuh 20 Januari 2011 bukan 8 Februari 2011. So, tak merasa la cuti 11 hari. Merasa 9 hari jer termasuk Sabtu & Ahad. Kira lama la juga tu kan. hehehe. Tak kira nak cuti jugak time tu. hohohoho. Sebenarnya entry saya tu dah lama buat, before calendar 2011 kuar lagi cuma tak publish jer. Kira pembetulannya yer kengkawan apply cuti 2 hari entitle 9 hari. Ok la tu kan=)

Cuti : Apply 3 hari, Entitle 11 hari

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entry dah poyo eh. Mesti ingat saya nak pergi bercuti kan. wahaha=D Salah sama sekali. Dalam keadaan sekarang tidak dibenarkan bercuti. Padahal ramai jer pun yang ajak. huhuhu. Jimat ok. Nak-nak lagi kerja office ngah menimbun. Tak tenteram jiwa raga kalau cuti nanti.

So, apa yang cuti-cutinya kan???Ok cam ni ceritanya untuk tahun 2011, kalau apply cuti 3 hari boleh entitle 11 hari cuti [khas untuk yang bekerja di Wilayah Persekutuan dan tidak bekerja Sabtu & Ahad]. Syok kan? Saya dengan tidak teragak-agak telah isi borang cuti siap-siap dan letak betul-betul kat cupboard depan meja. Senang nampak. Awal bulan 1 nak terus hantar. hahaha. So, camner nak entitle nyer. Sila lihat gambar di bawah:


Selamat bercuti kengkawan=)



Rimas

Lari, lari, lari
Aku lari tingalkan semua ini
Untuk mencari, cari, cari
Ketenangan diri

Pergi, pergi, pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini

Ha kan dah ternyanyi lagu Rimas - Fabulous Cats. Apa la yang saya rimaskan sangat agaknya ni kan. Saya kalau dah serabut camni tiada yang lain selain kat office. wahaha=) Rimas la dengan orang yang suka sibuk-sibuk kerja kita a.k.a busy body. Kalau sibuk-sibuk tanya tu nak tolong buat kerja ke boleh tahan la tapi ni memang jadi tukang sibuk je. Tengok meja serabut, tanya banyak kerja ke [ Eh tak ada la, aku memang suka meja sepah-sepah ni. Nampak bz sikit ]. Keluar bilik bos, tanya bos cakap apa [ Napa? Kalau kena marah ko lagi suka ke . Bos bagi pengecualian tak pergi dengar seminar sebab ada kerja nak kena settle, tanya tengah buat kerja apa. Malas la nak layan weyh.

Pastu selalu buat gaya-gaya cam ramah-ramah. Contoh muka saya tengah seceria pelangi, tak pun time tu muka tengah berkerut sebab kusyuk sangat baca blog orang, dia masuk bilik saya buat gaya ramah-ramah tanya "Apsal muka ko serabut?" La...what the...Last-last saya jawab "Ko serabut ke aku yang serabut." Ha ambik senang hati. Ye la kekadang tu saya tengok dia lagi serabut dari saya, tapi saya tak ada pun sibuk-sibuk nak tanya ko serabut ke ape ke. Semua pun paham kat office ni mana ada orang yang tak serabut. So, tak yah sibuh boleh tak. Lagi serabut bila ko menyibuk. Rimas la. Yang lagi peliknya bila si tukang sibuk ni adalah lelaki. L.E.L.A.K.I ok. Selalunya yang bz body ni orang perempuan jer kan. Ntah la. Maybe tu pulak cara dia nak hilangkan serabut diri sendiri.hehehe=)



Monday, December 13, 2010

Raikan Cinta : 3 Kisah



Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak mengupdate story pasal majlis kenduri kengkawan. Biasa la bila musim-musim cuti sekolah ni, ramaila jugak yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin masing-masing=) Ada tiga kisah yang saya nak share dekat sini. Tahniah kepada pasangan yang yang diraikan. Semoga berkekalan ke akhir hayat.AAMIIIIIN.

Kisah 1: Pa'an & Jue

Majlis Pa'an & Jue berlangsung pada 5 Disember 2010. Pa'an adalah classmate kat TIKL. Agak rapat dengan Pa'an so, kalau tak pergi rasanya memang tak patut la kan. hohoho. So, saya pun dengan sedaya upaya memujuk la Mr. Teddy untuk membawa saya nun ke Sungai Besar untuk pergi wedding Pa'an. Mr.Teddy memang memenuhi syarat jela kan sebagai tukang bawa bukan tukang teman. hohoho.

Masa saya sampai, pengantin tengah makan beradap. So, tak nak la kacau kan. Saya pun isi la perut dulu. Lapar la katakan. Colour tema adalah merah putih. Pa'an & Jue pakai serba putih. Jue sangat cantik almaklum la ratu sehari. hehehe. Ramai la jugak schoolmate yang datang. Acara wajib before balik adalah bergambar dengan pengantin. Kitorang bergambar di bawah pintu gerbang tu. Cayalah.


~Kedua mempelai. Sama cantik sama padan~


~Pose beramai-ramai before balik~


Kisah 2: Tika & Akmal Harith

Perjalanan ni kali agak jauh yang mana ke selatan tanah air. Agak nostalgia bila turun JB setelah hampir dua tahun tak jejak JB. Ye la after grad master. Pastu sekali turun time wedding Nazihah. Pastu dah tak turun-turun lagi. Selalu kalau ada yang kengkawan lain yang kawen mesti ada hal lain yang tak boleh nak elak. Kali ni dah tengah free tu excited pulak nak turun. Terus roger Husna nak tumpang. Husna pun on. So, jadi la kiranya turun ke JB. Kitorang gerak hari Jumaat malam after office hour. Stay kat umah Miza.

Majlis Tika berlangsung pada 11 Disember 2010 di Bandar Penawar. Tika ni adalah classmate time degree dulu. Tika, Miza & Husna adalah besties. Tiba-tiba saya pun ternyibuk sekali. wahaha. Apa ada hal kan. Time kitorang sampai Tika ngah make up lagi. So, kitorang pun isi perut dulu. Pastu masuk balik umah tunggu Tika bersiap. Lepak je la dalam bilik pengantin. Lama gak kitorang stay kat wedding Tika ni. Dah siap bersanding semua baru la kitorang balik. Acara wajib adalah bergambar dengan pengantin mesti la tak boleh miss. Colour tema adalah pink putih. Tika pakai serba putih.


~Ambil aura pengantin~


~Sila abaikan budak gumuk di sebelah kiri tu~
Kisah 3: Yanie & Pian

Yanie pun classmate time degree. Majlis Yanie berlangsung pada 12 Disember 2010 di batu Pahat. Daripada JB kitorang ke Batu Pahat pulak. Jauh perjalanan. Sampai time pengantin dah bersanding pun. Yanie nampak cantik sangat. Yang paling best theme colour Yanie sama dengan majlis saya nanti. So, saya pun amik gambar bebanyak. Mana tau boleh guna nanti. hehehe=D
Ada persembahan kanak-kanak menari zapin lagi. Jumpa ramai classmate kat wedding Yanie. Kiorang ni kalau dah berkumpul memang heboh macam majlis sendiri jer. Saya sempat la bisik-bisik kat kengkawan suh Save The Date wedding saya. hehehe=)Before balik kitorang sempat pose dulu kat pelamin dengan pengantin. Yang lawaknye kitorang dah naik pelamin, pastu pengantin turun pelamin lak sebab nak bersalam dengan keluarga pengantin lelaki. Kitorang je la pose sendiri kat pelamin dulu. wahaha.


~camwhoring~



Friday, December 10, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 2: Bunga Korsaj

Assalamualaikum w.b.t

Ingat tak dalam entry ni saya ada story ada satu DIY project yang terperuk lama tapi saya tak update-update lagi . wahaha. Hari nak update pasal DIY tu. Finally saya dapat gak hasil mock up yang saya suka. Tu saya eh, orang lain saya tak tahu. hohoho=)

Inspirasi adalah daripada gambar di bawah ni, walaupun tak dapat hasil sebijik tapi ala-ala pun ok la eh. wahaha Ayat sedapkan hati sendiri

~ Ehsan Google~

Dan di bawah ni pulak adalah hasil yang saya buat Tengah tutup muka ni. Malu hasil yang tak berapa nak cun .

~Beberapa kuntum bunga korsaj yang berjaya disiapkan~

Bunga yang saya gunakan adalah bunga span. Beli dekat SSF. Bunga kecil tu paling susah nak cari. hohoho. Banyak kedai dah saya pergi banyak yang tak memenuhi citarasa. Last-last jumpa bunga ni kat SSF gak. Yang batang bunga korsaj tu nanti saya akan balut dengan ribbon grey seperti di bawah ni.

~Close up sikit hasilnya~

Bunga korsaj ni saya sediakan untuk dipakai oleh family saya. Untuk penanggah nanti saya buat/cari yang lain. Belum decide samada nak buat sendiri atau beli. Ilham belum datang. hehehe=)


Wednesday, December 8, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Prosedur Part 2 : HIV Screening Test


Assalamualaikum w.b.t

Hari Isnin haritu saya dah pun selamat buat HIV test kat Klinik Kesihatan Pandamaran. Along yang tolong hantarkan. Sekejap je prosesnya. Mula-mula sampai cuak gak tengok ramai orang. Saya terus pergi ke kaunter untuk buat pertanyaan berkenaan prosedur untuk buat HIV Screening test. Nampaknya saya pergi ke kaunter yang betul then Akak tu pun terus bagi borang dan suruh saya ambil nombor kat bilik 12. Dah settle isi borang saya pun amik nombor n tunggu giliran.

Bila dah sampai giliran saya pun masuk la bilik rawatan, terus bagi borang kat Akak Nurse. Akak Nurse tu pun mulakan proses untuk ambil darah saya. Dia ikat lengan n suruh saya gengam tangan. Nervous dah time tu. Banyak ke nak amik darah. huhuhu. Padahal saya biasa je derma darah time study dulu, tapi tak tau nape nervous. hahaha. Saya siap tanya Akak Nurse tu banyak ke nak amik darah. Akak Nurse tu boleh pulak gelakkan saya. Tak baik tul. huhuhu. Dah siap amik darah Akak Nurse suruh saya hantar sendiri darah ke Lab then pastu kena pergi kaunter 1 pulak ambil nombor untuk jumpa doktor. Saya pun g hantar darah ke Lab. Tunggu sekejap terus dapat result. Saya pun g balik Kaunter 1 untuk amik giliran jumpa doktor. Jumpa doktor tu untuk dapatkan cop & tandatangan je pun sebenarnya. Yang ni lama gak ler tunggu. Sebab pesakit lain pun jumpa doktor yang sama. Dah dapat cop & tandatangan, doktor suruh saya pergi jumpa pulak nurse yang ada kat area belakang Klinik. Tu pun untuk dapatkan cop gak. Berapa kali tanya Nurse tu dah settle ke sebab cam terkejut la kejap je prosedurnya.hehehe. Sengal kan.



Tuesday, December 7, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah kengkawan semua. Apa azam tahun baru ni? Semoga lebih baik daripada tahun lepas. Semoga apa yang akan diazamkan akan tercapai. AAMIIIIIN. Alhamdulillah beberapa perancangan yang dirancang tahun lepas berjalan dengan lancar. Semoga perancangan yang akan datang turut berjalan dengan lancar. Semoga dijauhkan daripada perkara-perkara tidak elok dan juga hasad dengki manusia. AAMIIIIIN.

Nota kaki:

Tak dapat nak update pepanjang. Si kecik Irfan dah menyendeng kat tepi ni. Dia pun sama sibuk nak update blog gak...hehehe=) Oh before terlupa, malam ni nak layan Natrah dengan K.Cik kat IB.

Sunday, December 5, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - 90 Days To Go

Assalamualaikum w.b.t

Wah...pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Lebih kurang tiga bulan lagi status diri saya akan bertukar. Semoga semuanya berjalan lancar dan urusan kami dipermudahkan. Minta jauh juga daripada sifat hasad dengki manusia, perkara-perkara yang tak diingini dsbnya. AAMIIIIIN.

Rasanya macam baru jer lagi buat 1st entry update pasal preparation saya. Alhamdulillah, kalau perasan side bar kat sebelah kanan ni makin bertambah. InsyaALLAH akan makin bertambah dari semasa ke semasa. Dengan kesibukan kerja yang berlambak-lambak saya cuba juga luangkan masa untuk gerakkan progress preparation Dua Hati Menjadi Satu. Dah dalam tempoh 90 hari ni maybe perlu speed up lagi progress perlu bertukar kepada enjin turbo

Terima kasih bebanyak kepada family yang banyak support dari segala hal termasuk la yang offer untuk sponsor, selalu tolong dalam membuat sebarang decision, bawa saya nak pergi mana-mana n macam-macam lagi la [banyak sangat nak list]. Alhamdulillah murah rezeki kalian hendaknya. Terima kasih bebanyak juga kepada tunang tersayang yang banyak sabar dengan karenah si busyuk yang mengada-ngada ni. hohoho Ngaku pon . Walaupun banyak kali la juga berperang mulut untuk capai kesefahaman dalam membuat keputusan. Alhamdulillah, walaupun muncung panjang sedepa [wahaha...merujuk kepada diri sendiri] ada juga keputusan yang dibuat dengan persetujuan bersama.

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...

Friday, December 3, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 5 : Sesi Terjahan Ke IKEA

Assalamualaikum w.b.t

Ehsan : Google

Dah lama tak mengupdate preparation Dua Hati Menjadi Satu saya kan. Tak ada progress sebenarnya yang nak diupdate.huhuhu. Nampak sangat pemalas kan nak gerakkan progress =).

Semalam saya telah melakukan sesi terjahan ke IKEA. Tak ada la terjahan sangat sebenarnya coz saya call dulu IKEA tanya produk yang saya nak tu ada stock ke tak. Ni adalah sesi terjahan yang ke-2 la kiranya. Masa 1st pergi haritu, tak ada stock. So, abang IKEA tu suh call balik nanti check stok dah ada ke lom. Abang tu cakap stok maybe ada early December. Pastu saya pun call la dah nak end of Nov tu. Nak check bila stok akan ada. Stok ada mid of December lak. Ok. Hampa lagi. Tapi ntah camne la plak kan, saya tergerak hati nak call semalam. Jawapan yang menggembirakan coz stock just came in ada 500 unit lagi. Ok tak leh terlepas ni. Kalau terlepas tak tau la nak tunggu bila plak akan ada stock lagi.huhuhu

Saya pun terus la ajak housemate saya [K.Kurin] teman g IKEA. Tapi ada satu masalah lagi kalau beli nak letak kat mana. Banyak tu nak borong. Takkan nak angkut naik tingkat 11 pastu bawak turun balik nanti nak bawa balik Klang lak. Memang naya. Kereta pun ntah muat ke tak. Saya pun call balik IKEA, tanya boleh tak kalau beli hari ni n amik esok. So, boleh. Kitorang pun terus la pecut g IKEA.

Sampai IKEA dah dekat pukul 10 mlm. Kitorang pun kelam kabut la, sebab IKEA tutup pukul 10. K. Kurin drop kan saya dulu, then dia cari parking. 1st time kot pergi IKEA, tak der bersiar-siar kat tempat lain. Terus pergi kat department yang dituju. Terima kasih la kat STAFF yang jaga Department tu. Memang mesra pelanggan. Saya tak sempat tengok lak nama dia, kalau tak boleh bagi credit kat sini. Tolong angkatkan barang. Sebab nak harap kederat kami dua orang ni memang tak terdaya la kan. Pastu tolong callkan Customer Service nak simpan barang. Pastu tolong tolakkan trolley pulak sampai ke Customer Service Office, sebab dia tengok saya tak larat nak tolak trolley. hohoho. Thank you so much.

So, selamat dah la saya membeli apa yang dihajatkan. Hari ni nak pergi pick up lak dengan Mr. Teddy. Hope muat la kereta Dy. Tak muat kena pikir solution lain plak. hohohoho. Dah beli barang ni, tak sabar lak nak start buat. hehehe. Next DIY project. Bape banyak next daa...tapi tak ada progress pun. Actually saya dah ada satu DIY project yang dah siap mock up, tapi belum update lagi sebab tak berapa nak puas hati dengan hasil mock up tu. Nanti saya update k bila dah dapat hasil yang best untuk dipertontonkan.

Nota kaki: Kalau produk yang kita nak tu tak ada stock, jangan keberatan untuk selalu call vendor/supplier untuk follow up. Terutama kalau store yang besar-besar. Kalau kita duduk diam jer, takut stock yang dah ada tu habis then kena tunggu stock lain pulak masuk=)

Thursday, December 2, 2010

Berkira La Sangat!!!

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni suasana di office agak kepanasan gara-gara dapat projek baru lagi. hohoho. Projek yang sedia ada pun tak terhandle dapat lagi dah projek baru. Sekarang ni tengah ada dua kemungkinan samada orang nampak yang saya ni terlalu free sangat atau buat kerja cepat sampai duk la kena tambah kerja baru. Tapi rasanya sebab yang pertama kot sebab saya tak de la cepat sangat pun buat kerja. Berangan gak time buat kerja tu Pengakuan ikhlas ni Orang cuti seminggu saya kena cover gak kerja orang tu. Tapi apa boleh buat SYMP, buat je la kan. Tak kisah. Dah nama pun makan gaji. Dibayar gaji untuk apa lagi selain daripada berkhidmat untuk negara. chewah. Saya tak de pon nak merungut sampai kecoh satu dunia yang saya buat kerja banyak. Yang citer kat sini tak kecoh ke ha???wahaha.

Tapi ada la sorang hamba ALLAH ni, uiii punya la kecoh dia punya kerja berlambak. Sampai kekadang naik rimas lak dengar rungutan tu. Dah nama pun awak tu duk kat bawah orang yang bercuti tu, kira standard la kan boss pass kat awak kerja orang tu kan. So, apa yang nak kecohnyer. Yang orang tak der kena mengena macam saya ni tapi kena buat gak kerja tu apa cer???Tapi macam yang saya cakap kitakan SYMP, buat je la. Takkan nak cakap boss xnak buat. Memang boss sound sekarang juga awak letak surat resign. Ni sampai ke tahap hal yang kecik-kecik pun nak kecoh apa ke halnya la kan. Yang paling tak boleh blah dengan nama-nama saya sabit sekali dia kena buat kerja saya. Ape hal???Tak tau la kerja apanya yang saya suruh tu. Berkira sangat la buat kerja. Tau la kerja Departmen QS. Kira duit dah la. Tak yah la nak kira beban kerja sekali. Adoyai. Serabut dengan orang macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...