Monday, November 29, 2010

Melepas rindu....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah mak n ayah saya dah selamat sampai dari tanah suci pada hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga menjemput mak n ayah di KLIA. Pergh memang ramai orang yang menjemput ahli keluarga masing-masing. Perasaan time tu sangat teruja tau. Tak sabar nak jumpa Mak n Ayah. Ye la sebulan lebih tu Mak n Ayah pergi. Rindu gile ok.

Malam Sabtu tu gak lepas Isya' buat kenduri kesyukuran untuk Mak n Ayah. Hari ahad tu sambung dengar cerita mak n ayah. Memang seronok dengar cerita Mak n Ayah sampai saya pulak yang teruja nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci. hehehe=)

Banyak gambar n video yang sempat di capture. Malangnya semua dekat abang n kakak saya walaupun tukang amik video adalah saya. So, tak dapat la nak men'upload' kat sini. huhuhu

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Assalamualaikum w.b.t

Esok dah raya haji. So, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam. Bercerita berkenaan Raya Haji ni, kengkawan ada pengalaman tak tengok lembu kena korban ni. Saya ada la pengalaman yang diingiati sampai la ni. Time tu kami buat korban dekat office kakak saya. So, kakak saya ajak la pergi tengok lembu. Time tu bawak anak-anak buah sekali. Anak-anak buah saya excited la kan nak tengok. Saya ni sekadar peneman jer la. Boleh tahan dekat la kitorang tengok. Masa tengok darah yang banyak xder feel aper-aper. Tapi dah lepas-lepas tu saya pening-pening. Balik umah saya tidur. Bila bangun tido semua tegur muka saya pucat. Pastu mak saya bagi saya hidu limau yang dipotong sikit. Dah hidu limau tu barula ok. Rupa-rupanya saya mabuk darah tanpa disedari. Sebelum ni rasa tak ada apa-apa pulak tengok darah. Maybe tak pernah tengok banyak macam tu kot. huhuhu. Aidiladha ni besar maknanya tau selain daripada Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail daalm memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain daripada Ibadat Korban tu sendiri yang kita laksanakan, pengorbanan dalam hidup kita juga untuk menyempurnakan rukun Islam juga adalah tanda keimanan yang mana besar maknanya.

Tahun ni raya haji sepi sikit kot. Buat pertama kali kot beraya tanpa mak ayah di sisi. Mak ayah jauh menunaikan Ibadah haji. Moga semuanya selamat dan mak n ayah dikurniakan haji yang mabrur.AAMIIIIIIN.

Nampaknya kami adik-beradik je la yang tinggal meneruskan acara tahunan iaitu masak ketupat, rendang ayam, rendang rempah n kuah kacang. Cuma tahun ni ada menu tambahan, kuah masak lodeh. Last week saya balik, kebetulan ada bacaan Yassin kat rumah kami pun dah berbincang n membahagikan tugas masing-masing. Yang pasti saya takder apa-apa tugas. hohoho. Tolong makan je la kot. hehehe. Nak kena seligi dengan abang-abang n kakak-kakak berani la ko tolong makan jer. hahaha.

Rasa besyukur sangat dapat family macam ni, even mak n ayah jauh tapi kitorang still bersatu untuk buat apa-apa. Kalau ada apa-apa yang menimpa adik-beradik yang lain mesti akan buat meeting untuk sesama selesaikan. Sehinggakan urusan hal perkahwinan saya pun banyak adik beradik support. Nak tunggu mak n ayah balik takut tak sempat, so mana yang kami boleh proceed, kami proceed dulu. Sampaikan keluar dialog dari kakak saya ko nak kawen aku nak kawen ni. wahahaha=)

Anak buah saya pernah bertanya kat kakak saya time tu kitorang tengah meeting untuk uruskan urusan mak n ayah ke Tanah Suci: "Ibu, adik beradik ibu boleh tak kumpul-kumpul macam ni, rapat macam ni bila nenek dengan atuk dah tak ada nanti." Sebab dia tengok family sebelah ayah dia tak macam kami. Jarang berkumpul sebab dah tak ada orang tua. So, baru-baru ni saya cakap pulak kat anak buah saya: "Man, soalan ko dah terjawab ke belum yang kitorang boleh berkumpul even nenek n atuk tak ada...". Kebetulan baru-baru ni sepanjang mak n ayah tak ada macam-macam yang jadi kat family saya. Ujian semua tu nak tengok kami mampu bertahan atau tak. Alhamdulillah kami tetap bersatu hati untuk sama-sama cari penyelesaian. Kira-kira soalan anak buah saya dah terjawab.

SAYA SAYANG FAMILY SAYA SANGAT-SANGAT.

~ One Happy Family~

Monday, November 15, 2010

Kalau Berpacaran

~sumber ehsan: Google image~
Assalamualaikum w.b.t

Di kala kepala tengah serabut ni, petang-petang ni dah ok sikit layan lagu pon best kan. So, kengkawan sekarang ni lagu apa yang paling melekat di kotak fikiran korang? Kalau pergi mandi pun nak nyanyi lagu tu. Orang di sekeliling pun ramai yang nyanyi lagu yang sama menyebabkan makin melekat di kotak fikiran.

Bagi saya lagu KALAU BERPACARAN - Suhaimi Mior Hassan ft Ana Rafali & Altimet. Serious lagu ni memang catchy. Lirik pun sempoi senang nak ingat terutama bagi orang kuat pelupa cam saya.hahaha. Kat office ramai yang nyanyi lagu ni tau. Memang melekat la.

Dah lama tak dengar lagu best camni. Selain daripada lagu tu sendiri yang best, lirik lagu ni sarat dengan message. Sangat sesuai la dengan peredaran zaman sekarang yang banyak isu sosial sana sini. Tabik spring kat lyricist. [toink...toink...]. Tak ramai yang mampu menyampaikan message dengan berkesan dalam hiburan. Sebab kadang-kadang lirik penuh nasihat, tapi lagu lak tak catchy. Susah nak melekat. Tapi lagu ni package la kiranya. Sedap didengar dan nasihat yang disampaiakn boleh juga dijadikan peringatan untuk diri sendiri.


Kat bawah ni ada lirik lagu Kalau Berpacaran. Hayati la k. Memang penuh nasihat.

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang


Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


(Ana Raffali)


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama


Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


* Ulang korus


(Altimet)


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga


Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa


Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


* Ulang korus 2x

S.E.R.A.B.U.T


~Gambar hiasan semata-mata~

saya S.E.R.A.B.UT....serabut....
serabut dengan kerenah orang...
serabut dengan orang yang tak boleh nak usaha sendiri untuk benda simple....
serabut dengan orang yang asyik nak kena suap jer....
serabut dengan orang yang tak paham kerja kita....
serabut dengan orang yang suka nak cari kesalahan kita...
serabut dengan orang yang suka lepas tangan....
serabut dengan orang yang tak tau tapi pura-pura tau....

S.E.R.A.B.U.T ni menyebabkan saya dah bukan saya...Mana ntah perginya si Airen yang suka gelak berdekah-dekah, yang ceria selalu macam tak pernah ada masalah, yang jarang nak marah-marah kalau bukan benda besar. Sekarang ni selalu moody, cakap sebarangan tanpa fikir perasaan orang, suka terperap jer dalam bilik....Tolong kembalikan saya yang dulu....

Tapi bila saya bersama Mr.Teddy, bersama family, saya jadi diri saya semula...yeah =) time tu memang sangat happy...tak serabut...tak stress...boleh tak hari-hari nak di sisi Mr.Teddy n my family....huhuhu....

Sunday, November 14, 2010

Wajah Baru

Assalamualaikum w.b.t

Wah...Ya sila jangan betulkan saluran TV anda...eh tak ada kena mengena. Anda masih berada di blog The Colours of Life. Berwajah baru yerk. hehehe. Rasa-rasanya dah lama saya menggunakan template lama tu. Tiba-tiba harini terajin nak tukar template. Jangan ada yang sesat yer. Layout masih sama.=)

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 4 : Sesi Terjahan ke Shajaratul Design


Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya telah membuat sesi terjahan ke Shajaratul Design. Mencari sesuatu. Door gift untuk tetamu sebelah lelaki dan juga kawan-kawan office. Apakah dia? Tunggu yerk hehehe. Barang yang saya nak tak der stock. So, kena la tempah dulu. Sekejap jer dapat jumpa K. Shaja sebab saya main terjah je kan, xder sebarang appoinment K.Shaja ada food testing. K.Shaja memang sangat peramah dan ceria je. Senang berurusan dengan K. Shaja.

Kat Shajaratul Design ni banyak sangat door gift yang cantik-cantik. Kawal je la nafsu. huhuhu. Saya memang dah survey sebelum ni apa yang perlu di cari. So tak der la mengambil masa yang lama nak buat pemilihan tu. So, kengkawan bolehla melawat sendiri ke kedai Shajaratul Design. Memang serious best.=)

~Yang atas yer kedainyer bukan yang Nippon paint tu~

Nota kaki : Biasanya kedai-kedai macam ni ada website sendiri. So,sebaiknya sebelum buat sesi terjahan tu survey dulu kat website produk apa yang kita nak. Satu boleh menjimatkan masa. Kedua boleh kawal nafsu sikit daripada terbeli benda2 lain yang tak diperlukan dan sila pastikan anda bawa duit secukupnya untuk beli barang yang anda nak jer. hohoho. Tapi kat kedai Shaja boleh bank in plak.huhuhuh.


Saturday, November 13, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 1: Bunga Manggar

Assalamualaikum w.b.t...

DIY ni adalah inspirasi daripada gambar di bawah ni, Ekslusif kan...


Semasa menjalankan misi blogwalking saya jumpa DIY ni kat page Shajaratul Design. Kat posting DIY ni K. Shaja ada sediakan tutorial step by step. Mudah je. Cubala yerk kengkawan. Kalau nak tau macam mana nak buat sila click link di atas.

Walaupun hasil saya agak x sekemas yang K.Shaja buat tapi boleh la daripada tak ada.hahaha. Oleh sebab majlis saya lagi tiga bulan lebih so saya just start buat bunga kecil dulu then nanti dah dekat baru start cantum-cantumkan. Selain tu saya buat dulu mock-up tengok jadi ke tak. Kat bawah ni adalah gambar yang saya sempat capture. Sila abaikan hasil yang tak berapa nak semenggah tu yerk. hehehe=)


~ Bunga-bunga kecil sebelum dicantumkan~
~Mock Up...=)

Nota Kaki: Seronok pulak project DIY ni. Pasni ada lagi DIY project yang akan saya buat...Tunggguuuuu....=)

Thursday, November 11, 2010

Stress Memanjang

Assalamualaikum w.b.t
Sekarang kat office saya ni tak tau la apa masalahnya tau. Internet slow yang amaaaaaaaat sangat. Lembab macam siput. Memang sekarang dah x block lagi FB tapi bukan boleh masuk pon dah internet slow kan. Kawan-kawan office bising gak kan cakap better block jer FB, bukan leh guna pun...sampai kan nak buka page lain pun jadi slow. Die punyer tahap slow tu sampai nak buka google n yahoo pon berejam. Sedih tak agak-agak. Kadang-kadang ada gak page yang kita nak masuk kan untuk kerja such as PKK ke, CIDB ke.
Tapi terubat la sikit bila telefon office dah boleh call out. Tak terhad ke kws sekitar KL sahaja. Maybe dah terdengar keluhan saya before ni. Wah macam besar sangat je eh airen sampai orang nak prihatin. Sebenarnya kitorang buat permohonan.hehe
Dah alang-alang citer pasal office saya ni, saya nak cite la pasal hamba Allah ni. Hampir setiap minggu hamba Allah ni menepek kat office saya tanya status projek. Pastu push-push suruh cepat. Masalahnyer benda ni melibatkan banyak pihak, kalau kita memang dah speeding nak siapkan, tapi bila sampai kat pihak lain drag benda tu jadi lama, lama la jadinya kan. Saya siap buat kronologi lagi tengok siapa yang drag jadi lama. Saya dah proses awal tapi kalau dah orang lain yabg hold lama camne cerita. Bila follow up tengah semak.
Pastu kan hamba Allah ni ingat projek dia sorang je ker saya jaga. Daripada boleh nak melayan die menempek kat office sekarang rasa menyampah n rimas. Kalau jenis yang duduk sekejap takpe la gak ni sat g duk lelama, kerja kita yang lain pulak tertangguh. Pastu bila tengok kita terkejar sana sini boleh pulak tanya "busy eh"...nak jer jawab " eh xder la saya tengok bersenam kat office ni" hohoho.So apa kita patut buat dekat orang macam ni???

Oh cik Airen tolong jangan stress memanjang, jika anda stress anda akan menjadi seorang yang kuat makan. Jika anda menjadi seorang yang kuat makan, badan anda akan semakin mengembang. Jika badan anda semakin mengembang, baju nikah n kawen anda akan tidak muat... Eh ada kaitan ke... Hehehe
Sent from my iPhone



Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 3: Baju Nikah

Assalamualaikum w.b.t

Seronok rasanya tengok link kat sebelah ni makin bertambah...hehehe...Okieh hari nak mengupdate berkenaan dengan Baju Nikah pulak. Saya telahpun selamat membeli kain untuk baju nikah last week dengan Deck setelah beberapa kali plan kitorang tertangguh. huhuhu. Ni pun curi time office sebenarnya. Ssshhh. Jangan report kat bos saya erk.

Masa saya sibuk duk belek majalah Pesona Pengantin Ni adalah kawan karib saya sejak beberapa bulan ni , adalah berkenan dengan beberapa kain kan, kebanyakan dari Euro Moda. So, pada hari kejadian saya dan Deck pon memulakan misi pencarian di Euro Moda kat area Jalan TAR. Tapi tak jumpe pon yang berkenan di hati.sob...sob...Tapi adalah terlekat hati dengan satu kain ni 'Gucci Lace' kot kalau tak silap nama dia. Memang berkenan habis dah ni. Tapi tu la, tak puas hati lagi kan sebab nanti jenjalan jumpa yang lagi cantik.wahaha. Kitorang pon meneruskan misi pencarian ke Binwanis dan Jakel. Thanx sesangat ler kat Deck yang sudi teman dah la dengan dia bawak perut lagi. Nanti aku belanja ko eh Deck.hehehe.

Akhirnya hati saya terpaut dengan kain kat Jakel. Sebenarnya berkenaan dengan ada satu kain tu tapai mahal yang amat dekat RM1000 lebih-lebih dekat RM2000 kot. Tapi memang sangat cantik kain tu. Serious tak tipu. Sepadan dengan harganya.hohoho. Kalau beli gak mau kena catu makan. wahaha. Tak termampu la den nak membelinya. So, setelah menggunakan kata hati dan pertimbangan akal sewajarnya saya pun downgrade sikit la taste ni setimpal dengan kemampuan.hohoho. AKhirnya saya pun decide la kain yang saya pilih ni yang mana memenuhi citarasa n paling penting harga yang berpatutan Bagi saya la. Tapi kalau ikut Mr.Teddy dia kata mahal. huhuhu

Setelah selesai beli kain untuk baju nikah, tibalah masa untuk tempahan pulak. Semalam saya pun memulakan misi pencarian tailor untuk baju nikah dengan akak-akak office. Menurut diorang banyak ada kat Medan Mara. Kitorang pun pergila survey ke Medan Mara. Memang banyak tailor dengan harga yang bermacam-macam. Pastu saya berhajat nak survey di Amin Jauhary, Pertama Kompleks pulak. Before pergi tu saya call Deck dulu tanya kat mana Amin Jauhari n tanya harga coz Deck dulu baju sanding tempah kat Amin Jauhary. Deck pun bagi direction, Tak ada direction pun sebenarnya, Deck gtau tingkat berapa jer sebab dia pon tak ingat.huhuhu saya pun dengan gagahnya cari la dekat Pertama Kompleks ni. Selamat pun jumpa=)

Memandangkan time tu kitorang agak kesuntukan masa, saya sempat bertanya harga untuk design yang saya nak n bergantung gak dekat jenis kain nikah saya tu. Dah dapat harga n rasa berpatutan kot saya decide akan datang balik pas office hour for further discussion. Lepas office hour tu saya pun terus la serang Amin Jauhary. Bagus tau staff kat sini. Ramah n senang nak bawak berbincang. Tak sabar rasanya nak tengok hasil baju nikah saya bila dah siap. Camne rupanya. Design apa yang saya buat. Tunggggggggggggguuuu. hahaha. Poyo eh. Saya pilih design paling simple jer sebenarnya. So, ukuran telah diambil dengan itu misi mengekalkan berat badan sekarang bermula. Jangan nak mengembang banyak sangat. Sat g tak muat baju nikah baru padan. hohoho.


Nota kaki: Saya memang sengaja tak nak letak gambar kain yang saya beli tu...Suppppprise....hehehe...Akak-akak kat office nak tengok pun saya tak tunjuk tau....Sebenarnya takut nak terima kenyataan kalau diorang kutuk...miahaha...

Monday, November 8, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 2: OP

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah berkira-kira dengan segala formula matematik [chewah] finally saya dah pun memilih Enchik OP saya. hehehe. Sebelum buat pilihan tu saya survey dulu. Cuba tanya dengan beberapa photographer di sekitar Klang. Buat comparison harga dan hasil tangkapan gambar so saya pun membuat keputusan untuk memilih Encik OP saya ni iaitu jeng...jeng...jeng... Tak suspen pon padahal Encik Fadil Othman...Abang Fadil ni la jugak photographer time saya bertunang dulu. Oleh kerana dah ada pengalaman bekerja dengan Abang Fadhil so tak teragak-agak la nak ambil dia as OP saya.

Monday, November 1, 2010

Rina Salleh Juara Gadis Melayu Musim 3

Assalamualaikum w.b.t

Sumber: FB Rina Salleh

Hari ni nak story mory pasal Gadis Melayu Musim 3. Sape tengok??? Ok kat sini nak buat pengakuan ikhlas. Sebenarnya sebelum-sebelum ni saya tak pernah le melayan Gadis Melayu ni n tak tau la sape yang menang segala kan. Tapi tetiba season ni saya terlayan. Nak tau tak kenapa???Sebab memberi sokongan penuh kepada classmate saya time degree. Sape lagi kalau bukan Rina Salleh. Congratez Rina. Ko memang layak menang.

Before ni saya pernah bercerita pasal Rina yang jadi tukang conteng muka saya time Majlis Pertunangan saya [click sini]. So, memang tak pernah la miss layan setiap episode Gadis Melayu Musim 3. Rina masa belajar dulu pun memang dah terkenal dengan kelembutan dan keayuan dia pun. Kalau bercakap memang lembut la. Kalau time present kat kelas pun memang berkeyakinan je la.

Time tau Rina dapat masuk Gadis Melayu saya sibuk promote dekat family, kengkawan kat office dengan Mr.Teddy sekali yang my fren Rina masuk Gadis Melayu.wahaha. Poyo kan. Excited lebey.hehehe. Bukan leh pon votes pun. huhuhu.

Masa malam final tu, part dia berlakon dengan Erry Putra sangat menyentuh hati Saya tak bias ok. Memang betul. Ramai cakap camtu. Time dia menjawab soalan daripada Angkasawan Negara, saya yang kat rumah ni plak yang berdebar. Tapi yang pasti Rina berjaya memberi jawapan yang bernas dengan tenang sekali sehingga menambat hati juri-juri. Rina deserves to win Gadis Melayu Musim 3. Cayalah. Tumpang bangga jer la dengan kejayaan kengkawan. hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...