Wednesday, September 29, 2010

Penyakit Lepas Raya

Assalamualaikum w.b.t

Berita sedih...saya diserang penyakit lepas raya...apakah penyakitnya???Poket nipis Standard...x yah tunggu raya memang dah nipis Batuk & Sakit tekak la. Nasib baik x demam. Harituh dah ada ura-ura nak demam dan saya terus mengambil langkah pencegahan dengan drastik sekali iaitu makan panadol, tido tak pakai kipas. Bila dah keluar peluh demam pun x jadi. Alhamdulillah.

Ni diserang batuk & sakit tekak. Tak sempat nak mengambil langkah pencegahan.huhuhu. Dah dekat seminggu kot saya kena batuk. Hujung minggu haritu suara hilang terus dah macam rockers. Dan yang pastinya saya masih beloum pergi klinik lagi...Saya x suka pergi klinik la. Tapi suka dapat MC. Sakit yang boleh buat saya pergi klinik adalah kena gatal-gatal jer. Sebab tak tahan. Kalau demam ker batuk ker memang tak suka. Sebab tak suka makan ubat. huhuhu....Ada lagi eh orang dah tua bangka tak suka g klinik n takut makan ubat.

Bila dah melarat ni saya pun makan la Strepsils. Pastu kena bebel suh makan ubat batuk. Barulah beli ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Tak sedap yang amat. huhuhu. Tapi rasa syok jer bila berangin kat tekak tu. hehehe. Owh batuk tolong la baik cepat. Saya dah tak larat nak minum ubat batuk yang x sedap tu. huhuhu.


Nota kaki: Tahun ni my parents dapat menunaikan haji. Tak boleh bayang rumah tanpa bebelan mak and suara ayah suruh itu ini selama 45 hari. Mesti rindu.huhuhu. Semoga urusan mak n ayah semuanya berjalan lancar. AAMIIIIIIN.

Friday, September 17, 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI


Assalamualaikum w.b.t

Wah...diam tak diam dah hari raya ke-8 pun hari ni...Tak sempat langsung nak mengupdate sebarang persiapan raya dalam blog...So, hari ni kita mengupdate sambutan raya je la yerk.hehehe

Sambutan raya kali ni memang meriah macam biasa la kan. Tahun ni semua adik beradik saya beraya kat rumah family saya kecuali Alang saya yang beraya di rumah mentua. Tema colour baju raya tahun ni colour grey. Kira-kira dalam sejarah jugak la sebab satu family pakai baju colour sama. Selalunya pakai baju sama untuk anak-anak perempuan jer atau yang bujang-bujang jer. Tapi untuk tahun ni boria satu family. hehehe. Thanx bebanyak la kepada tukang beli kain.

Aktiviti utama raya tahun ni selain sesi bermaaf-maafan yang penuh dengan , sesi melantak rendang sampai berulang ke toilet banyak kali, ada juga sesi berposing sakan. Yang paling banyak gambar dalam camera adalah si kenit Muhammad irfan. Mentang-mentang camera Umi ko, sakan berposing sana sini eh Irfan. Si Irfan ni pon excited gak sambut raya tahun ni maybe sebab dah pandai collect duit raya kot. hehehe. Dia punya excited tu sampai tak nak tanggal sampin n songkok. Pakai t-shirt pun dia belasah pakai sampin dengan songkok. Anak sapa la ni?hahaha.

Banyak sangat moments menarik yang sempat dicapture sampai saya pening nak upload gambar mana. huhuhu. Nak upload semua banyak sangat. So, enjoy the picts la yerk kengkawan.

~Anak sapa la ni yang xnak tanggal sampin dengan songkok...semangat tau~

~My Big Family...semua ada kecuali Alang~

~LOVE this family so much...semua ada time ni~

~Muahx...Irfan sayang Cik Inz~

~My lovely Emak~

~With my Angah - Tokey kuih yang berjaya...hehehe~

~With my Uda - Umi si kecik Irfan~

~3 Anak dara Pak Man=)~

~Bunga-bunga setaman~

~Cik Inz dengan hero-hero Malaya~

~Mak-mak sedara dengan anak-anak sedara~

~Gila posing dah ni~

~Big Hug~

~Terselit sorang kanak-kanak ribena~

Thursday, September 2, 2010

Emergency Leave

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya telah meng'EL' kan diri. Dah duduk umah bosan lak. Tak tau nak buat apa.huhuhu. Kenapa EL hari ni? Bukan saja-saja ponteng eh... Semalam saya diserang gatal-gatal.

Ni sebenarnya penyakit lama yang berulang. Tapi semalam macam kronik daripada biasa sebab gatal-gatal naik sampai muka selalu dia attack badan je. Memang tak tahan la. Seingat saya 1st time saya kena time tu raya, bersih-bersihkan rumah yang penuh habuk. Sekali naik bintat-bintat kecil, pastu kalau kita usik, bintat-bintat kecik tu akn bergabung jadi besar dan membengkak. Ada juga orang kata galgata. Ntah saya pun tak tau. Tapi yang pasti setelah mengkaji tanda yang menyebabkan saya boleh kena serang gatal-gatal ni kalau saya terdedah pada habuk atau pun makan seafood dalam kuantiti yang banyak terutama kalau seafood tu tak fresh. Sebab pernah jer saya melantak banyak gila seafood tapi tak kena. Ada sekali tu saya makan dua ketul je udang tapi nampak la udang tu dah tak fresh kena la gatal-gatal. So, saya buat kesimpulan saya akan kena if seafood tu xfresh.hoho

So, penyebab saya kena semalam adalah saya telah belasah steam boat pada time buka puasa hari Selasa tu. Pagi semalam dah naik sikit-sikit. Saya buat bodoh lagi. Berbuka semalam pulak saya makan nasi kerabu. Mungkin budu dalam nasi kerabu tu jadi pemangkin. Lepas buka terus naik gatal-gatal satu badan.

Saya pun telan ubat allergic dengan sapu ubat gatal. Tapi tak ada kesan apa pun. Habis satu botol bedak saya lumur badan tak ada kesan gak. Pastu saya campur air panas dengan air sejuk, jirus kat tangan. Tak berkesan gak. Last-last saya ajak housemate g klinik. Dah g klinik tu tak ada ubat lain selain injection sedas doktor bagi. Adoyai. Sakit woo. Doktor ni dah la kedekut mc. Dah la kena inject. Huhuhu.

Kesan ubat tu memang drastik, ngantuk gile pastu. Sampai umah terus membongkang. Bangun sahur, pas subuh terlelap balik dan hasilnya saya bangun pukul 7.30. Terus message orang office saya EL hari ni.hoho. Tangan kesan inject pun sengal-sengal lagi. Nasib semalam pakai jarum halus sikit. Sebab awal-awal saya sound dah nak inject kat tangan. Doktor tu cakap kat tangan sakit, tak kira nak kat gak doc. Ada sekali tu saya kena doktor pakai jarum besar sebabnya nurse tu ingat saya nak inject kat bontot. Bila saya buat muka sakit dia boleh pulak cakap ingat nak kat bontot. Gila x sakit? Jarum yang guna inject kat bontot dia cucuk kat tangan saya. Huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...