Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Assalamualaikum w.b.t

Lambatnyer la kan nak ucap salam merdeka. Tapi apa pun still 31 Ogos kan. Selamat menyambut hari merdeka semua. Before berceloteh panjang nak tiup-tiup habuk dulu kat blog yang dah bersawang nih..."Fuh....Fuh...uhuk...uhuk" Punya la bersawang sampai terbatuk-batuk.hohoho.

Lately ni sangat sibuk la kengkawan. Bebanan kerja kat office terlalu mencemburui. Ayat tak boleh blah. Tapi serious tak tipu, saya memang sangat sibuk kat office sekarang. Banyak betul kerja. Stress rasanya. Dah la semua kemudahan macam kejer zaman 90an Ye kot, saya baru kat zaman sekolah lagi time tu. Internet slow macam siput. Tu la salah satu faktornya saya jarang update, line telephone boleh call sekitar KL je. Operator pulak tak ada. Kalau nak call State ker, Sabah Sarawak ke, Hand phone ker...Sila pakai handphone anda sendiri dengan bil yang juga dibayar sendiri. Bos-bos dah la telefon boleh call luar ke mana sahaja, bill hand phone boleh claim. Tak aci kan? Nak wat camno kami yang bawahan ni kan hanya golongan-golongan SYMP a.k.a Saya Yang Menurut Perintah.
Bawak-bawak je la bersabar. Bulan puasa tak baik marah-marah.

Pejam celik pejam celik kita berpuasa, next week dah nak raya. Mesti semua dah minta cuti raya kan. Saya pun dah minta. Plan nak cuti seminggu straight malangnya bos saya yang baik hati x luluskan. Dia bagi cuti Khamis,Jumaat dengan Isnin jer. Selasa dah kena start bekerja sebab dia dah kerja.huhuhu. Start hari Selasa dan seterusnya kena la kami ni bergilir bercuti sebab nak kena ada orang kat office. Saya pilih la Selasa sebab orang lain tak nak. Ada la lagi 2 orang kot yang kerja gak. Pastu Rabu cuti balik sampai la Isnin. Ha ambik. Tak bagi saya cuti kan tengah-tengah raya. Saya cuti sampai Isnin. Puas hati.hehehe.

Okla dah kontang idea. Time tak ada internet macam-macam nak cerita, bila dah internet idea beku pulak. huhuhu. Kay la undur diri dulu yerk. Nak menjalankan misi 'blogwalking'. Lama dah tak singgah blog kengkawan lain.

~pen off~

Sunday, August 22, 2010

Aktiviti Hujung Minggu di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari sabtu yang penuh. Banyak betul persinggahan saya dan mr.teddy...

1st destination: Berjaya Times Square

Mr.teddy plan nk tgk wyg. Tak pernah saya buat keje tengok wayang bulan puasa rasanya.hehehe. Tapi sebab lama sangat dah tak layan, layankan je la.Tanya idea nk tengok kat mana, saya suggestkan la tengok kat TS. Kitorang layan 'The Expendables'. Terbaik la gak action dia. Berjaya buat saya terkujat gak. Hohoho

2nd destination: Muzium Negara

Ni lagi tak pernah buat kerja. Seingat saya la, last pergi muzium dulu zaman tadika kot. Hahaha. Mr. Teddy ni kan pencinta sejarah. Layan kan je la hobi dia yang satu ni. Dia bercadang nak pergi Galeri Perdana. Tapi tak tau jalan, yang tau muzium negara la. Sakan gak berposing kat muzium. Tapi kat luar je la. Sebab saya ni ada penyakit sikit masuk muzium, penakut. Terutama yang zaman-zaman kesultanan tu. Pergi la muzium mana-mana, mesti x boleh jenjalan sorang-sorang. Saya bayangkan bila ambil gambar tetiba ada orang kat sebelah ke. Tapi kan bulan puasa. Tak kira nak takut gak.

3rd destination: Office terchenta

Singgah jap kat office saya nak ambil barang. Dah alang-alang tu, bawak la balik sekali barang-barang yang dah berkurun x bawa balik. Penuh kereta mr. Teddy. Last-last bende yang saya nak ambil tu tertinggal. Adoyai...

4th destination: Taman tasik titiwangsa

Memandangkan masa awal lagi, mr. Teddy ajak lepak kat tasik. Kitorang port kat tempat yang ramai orang. Seronok tengok keletah orang. Ada yang jogging, ada yang berbasikal. Ada yang bawa anak jalan-jalan. Ramai gak orang. Dah dekar 6.30 baru la gerak ke next destination: Hotel Quality, ada majlis buka puasa. Mr. Teddy ingat majlis tu buat kat Istana Budaya. Tu yang dia ajak lepak kat tasik titiwangsa tu. Orang cakap dah ubah tempat, dia tak perasan. Apala.

5th destination: Hotel Quality

Ada majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan kelas degree. Ramai gak la yang datang. Boleh tahan la meriah. Sebab sambil berbuka sambil ada show. Thanz la tu Encik Organizer, Acap atas usaha anda. Masing-masing dah lain. Dah bawak anak, dah bawak perut. Hehehe.

Wednesday, August 18, 2010

Takutnyer Baca....Sedih pun ya....


Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ni dapat email from my fren, Nana. Terpanggil untuk upload kat sini. Betapa makin terbukanya orang zaman sekarang.




Wednesday, August 11, 2010

Lunch Hour Bila Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Apa nak buat yer kengkawan time lunch hour bila bulan puasa ni. Nak makan dah tentu-tentu la tak boleh. Even kalau awak tu tak dibenarkan berpuasa [red flag - untuk orang perempuan sahaja yerk] tak kan la nak makan di khalayak. Segan wooo. Nak shopping penat. Malas nak jalan. Apa nak buat eh. Cadangan terbaek adalah tidur. Zzzzz. Duduk dalam bilik diam-diam, kunci pintu. Tido. Jangan berdengkur sampai kat luar dah. K la, nak tido. Nite. Eh silap.hahaha.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t




~Gambar ehsan:Google~

Puasa semua ya kawan-kawan. Termasuk lidah dan telinga. =)

Cerita Basi - Part 1


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak la mengupdate cerita yang agak basi. Siap ada part-part lagi. Nampak sangat kesibukan melanda + line internet yang sengal buih tak sempat nak hupdate.huhuhu. Ada dua cerita basi yang nak story morey. Tapi ni baru sempat update satu story dulu. Yang lagi satu nanti free update lagi k...

Ingat tak hari tu saya ada tulis entry ni: Cuci The Musical 2 [click sini]. So, saya pun dah selamat la menonton on 30hb lepas. Memang terbaek dari ladang la. Siap dapat standing ovation lagi from crowd.

Saya sangat seronok especially bila tengok Mr.Teddy enjoy the show. Risau gak kalau-kalau tak memenuhi citarasa ke. Masa mula-mula before start, ada la jugak mr.Teddy tanya saya apa feel layan teater ni. Coz dia kata last dia tengok teater beberapa belas tahun yang dulu. Saya pun tak boleh nak describe feel apa tapi yang pasti puas rasanya bila dapat tengok secara live. Pastu saya duk la tanya dia, selesa ke tak. Harusla kan menjaga kebajikan tukang teman ni, next time senang nak ajak teman lagi.hehehe.

Kitorang duduk agak depan n sangat berpuashati la kan coz dapat tengok clear habis. Padan la dengan harga tiket yang dibayar. Saya tak bercadang pun nak buat review kat sini. Bukan pandai sangat pun.huhuhuhu. Overall memang kelakar habis. Especially scene Nabil dan Awie. Memang pecah IB dengan gelak. KAdang-kadang diorang sendiri pun tak boleh control. hahaha.

Kesimpulannya memang sangat best n puas hati. Malas nak story pepanjang. Juz enjoy the picts ok.

~Tiba-tiba tersesat lagi sorang dengan muka excited~

~Tiket:Tak boleh masuk ni kalau hilang~

~Us~

~Barisan Pelakon~

Saturday, August 7, 2010

Ramainya Orang

Assalamualaikum w.b.t

Semalam dan hari ni Sogo telah 'diserang' orang ramai gara-gara ada sale for members. Ramainya orang kerumun sale macam semut tengah kerumun gula. Memang ramai tahap luar biasa. Orang ambil kesempatan shopping for hari raya kot.

Sale memang gila tahap tak ingat. Siap sale sampai 70%+20% off. Mana la tak ramai kan. Departmen yang ramai kena serbu departmen kanak-kanak. Parents ambil kesempatan shopping for hari raya sekali kot. Ingat nak gak shopping baju untuk anak-anak buah. Tapi tak boleh nak masuk coz terlalu ramai orang.

Semalam dan hari ni saya dah menyibuk kat Sogo. Semalam dan hari ni dah banyak 'melabur' kat Sogo. hohoho

Hasil serbuan semalam saya dah sambar single quilt cover+fitted sheet set n bantal kecil tuk letak kat office[persediaan bulan poser] hehehe....

Tak cukup hasil semalam, hari ni meneruskan misi lagi. Hari ni lagi banyak yang disambar. Saya beli seluar kerja untuk diri sendiri, t-shirt n kemeja untuk mr.teddy, kemeja untuk my dad, king quilt cover + fitted sheet set untuk diri sendiri, comforter set untuk uda. Memang penuh tangan. Ni tengah menunggu housemate saya. Nak g redeem voucher tapi barang banyak sangat tak ada orang nak jaga.

Apa-apapun dalam sibuk shopping jangan lupa jaga barang berharga n also kepada ibu bapa jangan leka sangat shopping sampai terlepas pandang anak masing-masing. Ni pun saya baru lepas dengar announcement ada kanak-kanak yang hilang ibu bapa.

Thursday, August 5, 2010

Lembab macam siput

Assalamualaikum w.b.t

Hajat di hati nak mengupdate la entry kat blog tapi yang tak bestnya internet slow macam siput. Banyak sebenarnya yang nak share. Pasal teater Cuci the Musical, pasal working trip to KK.

Saje sabotaj tau. Broadband tinggal kat umah Klang plak. Huhuhu...tu tandanya nak suruh saya fokus wat kerja. Time idea banyak time tu la nak buat hal eh. Memang sabotaj.

Nanti la saya update bila internet dah kembali ok. Ni pun update through i Phone.

~pen off~

Sunday, August 1, 2010

Working Trip to KK

Assalamualaikum wbt

Tengah orang sedap beradu lagi saya dah terpacak kat airport ni. Almaklum la kan hari ni hari Ahad. Kakak saya hantar awal sebab dia tak familiar sangat jalan, takut sesat.

Ni baru ada announcement flight to KK delay pulak. Lagi lama la terpacak kat sini. Actually ni 1st time nak g KK. Ni pun sebab ada meeting. Kalau tak, tak tau la bila nak sampai. Hohoho.

Memandangkan saya 1st time, haruslah memerlukan pemandu pelancong kan. Sat g sesak plak. Takut kena kelentong pun ya. Luckily saya ada sorang kawan kat Sabah, Anneline. Semalam dah message dia minta tolong teman g shopping.

Rasanya hari ni yang ada free sikit kalau nak shopping. Esok dah nak pergi Lahat Datu. I guess this working trip will be such a long journey. KK-Lahat Datu-Kg Pulau Sakar. Site yang saya nak pergi kena naik bot segala. Kg Pulau Sakar. Mesti tak pernah dengar kan. Hehehe.

Doakan keselamatan saya k kengkawan. Nanti saya Update lak my 1st experience @ KK.

~ pen off~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...