Friday, July 30, 2010

Selamat Hari Jumaat...

Assalamualaikum w.b.t

Kalau dari zaman sekolah pun kita dah start didedahkan dengan kelebihan hari Jumaat ni. Dalam buku pun banyak cerita. Antaranya:

1. Doa mudah dimakbulkan ALLAH pada hari Jumaat.
2. Hari Jumaat Nabi Adam diciptakan dan hari Jumaat jugalah diturunkan daripada syurga.
3. Pada hari Jumaat kiamat akan berlaku.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi mereka yang meninggal pada hari Jumaat.
5. Hari Jumaat penghulu segala hari.

Saya suka hari Jumaat. Banyak sebabnya selain daripada keistimewaan Jumaat tu sendiri [seperti di atas]:

1. Hari Jumaat last hari berkerja dalam setiap minggu. Tak sabar nak cuti hari Sabtu and Ahad tu.
2. Hari Jumaat adalah hari saya balik umah family. So, boleh makan best-best bila balik umah family. Makan je yang diingat
3. Lunch break hari Jumaat panjang. Dari pukul 12.15 - 2.45. Lamanyer. So, selalu mengambil kesempatan pada hari Jumaat nak pergi bershopping kat Jalan TAR ke, Jakel ker, Ariani ker. Hari Jumaat gak selalu makan kat tempat yang jauh sikit dari office. Ait makan lagi
4. Kalau dulu time zaman duduk hostel, hari Jumaat mesti makan special sikit daripada hari lain. Pastu ada ice-cream. Selalu pow lebih-lebih kat abang dining tu. hehehe. Makan...makan...
5. Pastu kalau hilang hari Jumaat pas lunch selalu orang tak perasan. Saya cakap je, tak pernah buat pun
6. Semenjak dah duduk berjauhan dengan Mr.Teddy ni, hari Jumaat jadilah hari dating kitorang selalunya. Sebab dia selalu ada meeting kat HQ hari Jumaat. Petang pas kerja dia ambil kat office ataupun tunggu kat LRT station.

Ok kengkawan semua, Selamat hari Jumaat. Semoga hari Jumaat anda dipenuhi dengan perkara yang baik-baik sahaja. Ceria-ceria selalu.

Wednesday, July 28, 2010

60 sen dah ropenyer...


Tadi ada minta tolong sorang member kat office ni belikan stamp. Untuk apa???Biarlah rahsia.hahaha. Gedik Sebelum tu saya tanya dulu kat dia, "Stamp sekarang kena bape posen erk?20 sen boleh ke?". Dia jawab ikut berat. Kalau surat biasa 30 sen pun dah lepas. So, saya pun mengorder la : stamp 30 sen dengan kuantiti 10 keping = RM 3.00. Persamaan math plak kat sini.

Saya pun menanti stamp saya dengan penuh kesabaran. Chewah. Dia pun balik meeting dan pass stamp kat saya. Dia bagitau yang sekarang nak hantar surat kena stamp 60 sen. 30 sen dah tak boleh. Eh, ye ke???Naik 2 kali ganda tu. hohoho. Kira saya ni sangat ketinggalan la. Stamp 30 sen pun dah tak boleh. Apa la lagi stamp 20 sen. Tak keluar lagi dah kot.

Mahal la orang-orang yang nak post kad kawen tu. Kad raya tahun ni by email je la. Nant wedding jemput by facebook je la. Aci kan???hahaha. Sekarang pun ramai yang dah buat camtu ape. Yang penting jemput. Betul tak???Bukan apa, semua tu langkah penjimatan yang baik.hehehe


Farewell Party

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ada farewell party Majlis perpisahan lagi. Tu maknanya apa? Maknanya ada makan-makan. Makna seterusnya badan bertambah mengembang bila banyak makan. hehehe.

Rasanya tahun ni je berapa kali dah ada farewell party kat office. Diorang ni tak syok duk kat sini ke. Saya je kot yang suka. hahaha. Suka la sangat Mula-mula haritu yang buat sekali lima orang: Sharani, En. Rasmin, K.zam, Cik Esah n Wan kat The Legend. Pastu K.Jasz buat kat office. Total dah enam orang tinggalkan office. Yang masuk ada dua orang. Hari ni lak farewell untuk 2nd bos, buat kat office gak. Tak kisahla kan, janji ada makan-makan. hehehe. I like....opst...Musnah my diet plan. Poyo gila eh Bagi pelempang laju-laju kat diri sendiri.hahaha.

Tuesday, July 27, 2010

Cuci The Musical 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah start Cuci The Musical kat Istana Budaya. Sape dah tengok???wah memang pantas. hehehe. Saya bakal nak tengok on 30hb ni. Harap tak menghampakan. Cuci The Musical 1 lawak gila orang kata. Orang yang kata...Saya tak kata sebab tak tengok. huhuhu. Sebab tu tak nak miss yang 2 punya. hehehe. Tak sabar nak tunggu Jumaat. 1.Sebab nak layan teater. 2. Sebab encik yang meneman tengok teater tu adalah mr.teddy. Setelah beberapa minggu tak jumpa. Tu yang extra best.hehehe

Cuci The Musical 2

Sajian 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Tadi ada meeting Sajian 1 Malaysia. Apa kejadahnya erk. Sajian 1 Malaysia segala ni. hehehe. Dah la nama pelik-pelik makanannya. Ok sebelum berceloteh lebih panjang, nak intro la sikit. My office nak organize satu event yang ada kena mengena dengan sajian 1 Malaysia. Not official yet so tak berani nak cite detail-detail. Nanti dah official akanku announce di sini.

Ok alkisahnya, kitorang dapat sajian kuih-muih. Macam-macam jenis kuih ada. Yang tak pernah dengar pun ada. Kalau yang famous tu tau la gak kan. Cubala suh buat cekodok ke, goreng pisang ke. Tau la gak nak cari kat mana.hehehe.So, time ni la perlu guna sebaik mungkin google nak cari gambar kuih yang tak pernah dengar. Kepada kengkawan yang pernah dengar tu boleh la tolong bagi idea gak k camno rupanya kuih muih tu n kat mana nak cari. Yang penting kena halal.

Kat bawah ni ada list sajian yang kitorang kena prepare:

1. Black glutinous porridge
2. Bubur gandum
3. Chicken floss bun
4. Chinese pancakes. Check kat google. Macam banyak version. Ada yang macam roti canai. confuse.
5. Chai Tah kuih. Kat google tak jumpa pun. Diorang ni biar betul. Ada ke kuih ni???
6. Fatt kueh
7. Ginger egg pudding - Banyak version jumpa kat google. Tak tau yang mana...
8. Hum Jin Pang - Yang ni la type keluar nama orang...haru...
9. Kuih Bangkit yang ni tau la. Kalau tak tau memang kena belasah
10. Kacang tumbuk
11. Kap Chung - Pun tak jumpa kat google
12. Kuih Ang koo - Rupa tau dah. Tapi mana mo cari ini kuih.
13. Kuih Bahulu yang ni pun familiar. Antara kuih favorite time raya
14. Kuih bakul
15. Kuih Bijan

Yang ber **** tu maknanya dah tau ropenyer n dah tau mana nak cari. Yang tidak ber **** tu maknanya masih confuse lagi rupa bentuknya n tak tau kat mana nak cari. Pelik betul nama. Sampai ada sekali tu saya type kat google keluar nama orang pulak. huhuhu. Camno tu.

Ni adalah hasil google:

Chicken Floss Buns
~Chicken floss bun~


~Fatt kueh~

~Kuih Bangkit~

~Kacang Tumbuk~


~Kuih Bakul~

~Kuih Bijan~

~Kuih Bahulu~






Sunday, July 25, 2010

Kemamaian Melampau

Tiba-tiba teringat kejadian tadi time Ancik hantar saya balik umah sewa Kan dah kata saya ni mengada-ngada. Dah tua bangka pun abang ambil dan hantar gaks . Biasanya kitorang balik pas maghrib. Tapi arini around pukul 3 lebey gerak dah. Ancik ada hal. Saya ni pantang naik kereta mesti nak lelap je kerjanya tau Memang gagal menjadi co-pilot Pastu saya pun terlelap la terlelap ker saja . Nak nak time tu hujan. Memang lena. hehehe.

Bila dah nak dekat sampai tu, Ancik pun kejutkan la saya. Sebenarnya before tu lagi saya dah terjaga, tapi lelap balik. Bila dah betul-betul sampai tu melampau la kan ko nak sambung tido balik. Bangun le gak. Time tu baru lepas hujan. Tengah renyai-renyai hujan. Saya letak barang kat seat belakang. Turun dari kereta dengan kemamaian ditambah dengan spec saya berkabus sebab air cond. Saya pun buka pintu seat belakang sekali "Gedegang" Lebih kurang macam tu la sound effect die. Nak tunjuk yang bunyinya kuat Pintu yang saya buka dengan kuat tu telah merempuh muka saya. Adoyai. Sakit giler occay. Pintu kena spec, spec tekan muka. huhuhu. Ancik boleh pulak sound "Ko kenapa?". Tengah mamai la. Nasib baik la spec plastik je. Kalau glass mau berderai.hohoho. Tapi kalau berderai, noleh tukar spec baru. Dah berapa kali uja nak tukar spec tak tukar-tukar. Tunggu green light from mr.Teddy. Tadi bagi hint dah. Mr.Teddy tanya nak present birthday ke. Birthday saya lambat lagi.huhuhu. Kalau nak bagi in advance boleh la. Nanti time birthday saya pow lain lak. hehehe.

Bergembira Bersama Keluarga

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya menghabiskan masa dengan family. Having a great day. Siangnya Ancik ambil kat rumah sewa. Plan asal nak balik sendiri naik train, tapi tinggal harapan. Ancik juga yang kena ambil. Mengada-ngada kan. Dah tua bangka pun nak berambil berhantar . Sekali tengok-tengok ada sekali dua kanak-kanak kecik. Sape...sape...Anak-anak buah saya rupa-rupanye. Kak Long [Fatin Farhah] dan Angah [Fatin Farisha]. Dua orang "Kak Nam" yang banyak celotehnya.

Singgah makan dulu kat Ayam Kampung Hj. Hassan, Cheras. Perut dah lapar minta diisi. Perut dah kenyang terus la balik la umah. Sepanjang perjalanan tu hari saya dipenuhi dengan gelak ketawa dan celoteh dua orang "Kak Nam" tadi. Asyik gelak je. Macam-macam dorang buat lawak terutama si Angah. Dia memang lawak sikit. Main-main pilih lagu la, main-main macam cerita ILUSI la [cerita yang kat TV3 tu] termasuk la dengan slumber men'sound' saya suruh belajar masak dengan Mama diorang. Adoyai terkena sebijik.Dusyum...dusyum...Si Angah ni siap cakap kat K.Long dia "Along, tak tau ke Cik In tak pandai masak". Dengan gaya yang sangat kepochi. hahaha. Angah, Cik In dah pandai masak la sikit-sikit . hehehe

Masa on the way balik tu Ancik dah janji dengan diorang nak bawa pergi JJ Bukit Tinggi bagi mengelakkan diorang kena cari kutu dengan mak saya [Diorang ni adalah penternak kutu yang berjaya. Biasa la budak-budak.] Bila dah sampai rumah, duduk-duduk kejap, diorang pun tuntut la nak pergi JJ. So, layankan pulak pergi JJ. Bawa sekali lagi sorang anak buah saya, Amin yang memang ada kat umah. Jalan-jalan kat JJ, tanya nak beli apa semua tak tau nak beli apa. Bagus betul. hehehe. Bawak pergi kedai yang ada bear pun tak nak. Kata diorang nanti simpan kat umah, berhabuk je pastu bersin. LAst-last bawa diorang main game yang ada kat situ. Dengan saya sekali excited nak main game. hehehe. Bila dah nak balik tu, Si Angah lapar pulak. Belikan diorang muffin n bun kat La Boheme sebab malam nanti nak makan besar.



Sampai umah, siap-siap pulak nak keluar balik. Nak pergi makan kat Jeram. Medan Ikan Bakar Jeram. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan al-mubarak ni family saya buat la makan-makan ramai ni. Semua ada kecuali abang saya, Uteh n adik saya, Wahidah Ida, sila jelez ya baca . Banyak gila menu yang Alang order. Ada Ketam masak Pedas, Ikan bakar, Tom Yam campur, Siakap Stim n Tiga Rasa, Udang goreng butter, Sotong goreng tepung, Kerang Bakar dan Sayur Kailan.Air pulak Fresh Orange dengan Tembikai. Pergh...Memang banyak. Macam nak meletop perut rasanya. Tapi yang tak bestnyer, saya tertinggal camera. Yang ado camera i Phone je la. huhuhu. Dah last-last tu baru banyak ambil gambar. Tu pun camera Uda. hohoho. Tak dapat gak nak upload kat sini. Merasa gak la melaram dengan DSLR baru uda. Ngeh...ngeh...ngeh....

~Panjang giler meja~
~Wajah-wajah kekenyangan~
Tu je la kisah hujung minggu saya yang dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti hujung minggu next week ape pulak. Tunggu.....hehehe.

Thursday, July 22, 2010

Tak Ada Tempat Lain Ke???

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak story mory pasal sesuatu yang telah tumbuh kat muka saya pada tempat yang tak sepatutnya . Apakah bendernyer sesuatu tu???Jerawat la. Boleh pulak ko nak tumbuh kat tepi hidung ni. Sakit tau. Besar pulak tu.huhuhu. Lately makin banyak jerawat yang tumbuh melata macam cendawan tumbuh pas hujan Ok ker perumpamaan tu Dah la tangan ni sangat gatal untuk mengutil. Syoh jauh-jauh boleh tak.huhuhu.

~Katakan tidak pada jerawat~

Sunday, July 18, 2010

Penghibur Terbaek....


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya nak bercerita pasal one of my favorite penghibur selain daripada en.tunangku sendiri. Kalau jumpa pastu sekejap jer mesti dah rindu balik kat dia. Terbayang-bayang jer kekeletahan dia menghiburkan hati kita. Siapa dia???Dialah si kechik Muhammad Irfan kesayangan semua orang.hehehe.

Ok intro sikit pasal si kechik Irfan ni. Irfan ni anak my Uda. Umur dia setahun lebih tapi kalau tengok dia rasa macam dah budak besar je dengan lagak dia yang sangat macam orang tua. Kenapa hari ni nak bercerita pasal Irfan sebab...Dua hari ni berkampung kat umah dia sambil melayan kerenah n keletah dia so jadi teringat-ingat jer hari ni. Terus rasa nak update blog pasal si kechik ni. Irfan, Cik Inz already miss you la dear.huhuhu

Si Irfan ni suka sangat tiru gaya orang tau. Kita buat la apa gaya pun, suruh dia buat mesti dia buat tau. Buat muka pun suka gak. Geram je kalau dia buat muka tu. Rasa nak cubit-cubit je.hehehe. Semalam bawa la dia jenjalan dengan my K.Cik naik kereta. Pastu bila selisih dengan orang naik motor jer, saya suruh la die angkat tangan sambil sebut "Wop" [gaya orang-orang tua kalau selisih tengah jalan]. Sekali die pun buat.hahaha. Geram je. Bila nampak awek, suruh sebut "phewwit". Dia buat gak tapi bunyi slow jer "wiwit" dia tu. hehehe. Memang rasa nak cubit.hahaha. Orang menyanyi die pun menyanyi. Tapi humming je la sambil goyang-goyang. Pastu melayan dia main bola. Walaupun penat, tapi syok wooo. Mengah gak la melayan si kecik ni main bola. hehehe. Yang paling tak tahan aksi poyo dia nak tolak kereta sorong. Cam larat je la eh. hehehe.

Malam sambung melayan dia pergi makan kat Bagan Lalang. Masa mula-mula naik kereta dengan saya,my along, anchik n K.cik. Lagi la seronok melayan dia. Tengok lori, tengok bas. Excited ja dia. Sempat la gak membuatkan K.cik makan hati sebab bila K.Cik ajak Irfan 'high 5', Irfan buat tak tau je. Bila saya suruh, terus dia 'high 5'. Bila K.cik nak peluk dia sebab dia dah ngantuk dia tak nak. Bila saya ajak dia duduk atas riba then peluk dia, dia senyap je. hehehe. Memang makan hati. hehehe.

Adoyai Irfan sayang, Cik Inz dah rindu sangat kat Irfan ni. Terbayang-bayang je Irfan usik Cik Inz, geletek-geletek, poyo nak ambil gambar, main bola dengan Cik Inz.hehehe. So, kat bawah ni saya upload picture si kechik Muhammad Irfan dengan macam-macam aksi dia. hehehe.





~Ni lah dia penghibur terbaek saya:Muhammad Irfan~

Friday, July 16, 2010

Perhatian...Tolong Kuruskan Diri Anda

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lunch kat Sogo. Bukan nak cerita pasal lunch walaupun tajuk entry pasal 'kurus'. Nak cerita tadi telah gagal mengawal nafsu kerana telah terjebak dengan Sale Voir Group kat Sogo. Gila murah okay kengkawan. Sempat lagi ni nak shopping. Sampai Ahad ni still ada. Apsal jadi promoter tetiba ni hahaha. Telah menyambar sehelai t-shirt dan dua helai jeans.

Saya pun dengan bestnya telah pergi fitting untuk dua helai jeans tadi. Dengan confidentnya ambil saiz macam biasa Tak boleh bagitau la kan size ape huhuhu. Sekali dah fitting tau tak apa yang telah berlaku. Saiz yang selalu saya pakai tak muat!!!!oh tidak. Tolong la sedar diri . Terpaksa la mengambil seluar yang extra 1 saiz daripada biasa. hohoho. Lately ni memang terasa badan mengembang lebih daripada biasa. Berat dah memang luar jangkaan. Saiz seluar pun dah berubah. Adoyai perlu melakukan sesuatu ni untuk menghalang pengembangan secara berleluasa terhada diri sendiri.

Macam-macam terfikir bila dah mengembang ni. Sempat ke nak kurus before bulan 3 ni. Harap-harap sempat la. Dan paling penting kena control diri ni daripada makan banyak.hahaha. Saya tak boleh mengembang secara berlebihan sebab ketinggian tidak mengizinkan. hohoho.Cik Airen tolong kawal diri anda ok.huhuhu.

Monday, July 12, 2010

Kerja ke Cuti....


Assalamualaikum w.b.t

Last weekend telah menghabiskan hujung minggu saya dengan bekerja. OH TIDAK!!! Kerja di hari Sabtu???Apa kejadahnya??? Terkeluar mode Edisi Siasat plak kat sini . Nasib baik pergi bekerja di tempat yang best. At least terubat la jugak kekeciwaan bekerja di hujung minggu. Bekerja di Cameron. Yeah Kerja ke jalan-jalan ni??Jawapan ada kat bawah.

Actually pergi Cameron dengan tujuan untuk ber'meeting' Bukan berdating kat sana pada hari Sabtu tu. Plan asal pergi dengan driver. Last minute Jasz bagitau boss dia nak pergi dengan driver tu. So, kami pun struggle cari transport. Nak tak nak terpaksa la si Jasz ni service keter die. Sian kat ko Jasz. Tak pasal-pasal budget lari.

So, hari Sabtu tu kitorang pun bertolak la ke Cameron Highland. Nak jadi cerita si Jasz ni 1st time naik Cameron, saya agak nervous gak la. Tau-tau je la jalan ke Cameron ni kalau ikut Tapah. Aritu time naik agak pening-pening ayam sikit. Tapi Jasz confident n alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi.

Kitorang singgah breakfast kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sempat la menyaksikan accident dua buah lori yang terbalik kat tengah jalan. Pastu berhenti lunch dulu kat Tanah Rata sebab time tu sampai awal lagi, around pukul 1. Meeting start pukul 2.30. Lepas dah isi perut dengan kenyang baru la boleh fokus tyme meeting Ayat tak boleh blah . Sekejap je meeting pastu site visit.

~Curik-curik pose tyme Site Visit~

Lepas meeting ingat nak berehat kat bilik je, tapi macam tak boleh tahan je duduk diam kat bilik kan. Jasz ajak pergi Strawberry Farm. Kebetulan Rumah Peranginan Persekutuan yang kitorang duduk ni betul-betul sebelah Strawberry FArm. Jalan kaki je la. Melayan ice-cream kat sini. Marvellous. Lepas tu kitorang pun terus pergi Pasar Malam kat Brinchang. Tengah-tengah jalan tu boleh pulak hujan. Adoyai sejuk gile occay. Yang paling tak boleh blah saya pun beli la payung sebab takut hujan lama lagi nak berhenti. Time tu kitorang memang dah lencun habis. Sekali baru pakai 5 minit, hujan dah berhenti.huhuhu. Aktiviti malam yang paling saya suka iaitu merehatkan diri sambil membuat tahi mata. hahaha.

Hari Ahad tu terus check out then pergi breakfast kat Brinchang. Pastu dalam plan nak pergi strawberry farm dengan ladang teh. Tapi tak tau yang mana satu best. Sebab dua-dua orang pun buta jalan. hohoho. Then saya pun call my Alang yang kebetulan jumpa time brekfast tadi. Alang cakap kalau Strawberry Farm yang best pergi Rajuhill's kalau ladang teh pergi Barath Plantations. Kitorang pun redahkan je la. So, kitorang pergi ke Rajuhill's dulu. Sempat bershopping sakan strawberry. Pastu singgah Kea Farm. Beli sayur n jagung yang manis Bekalan untuk mak mentua . Si JAsz sempat pulak memborong pokok yang dipesan oleh encik hubbynya. Dah siap-siap beli kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu nak cerita, bila balik kereta lepas bershopping sakan kat Kea Farm tu kitorang dapat surat chenta dari encik polis. huhuhu. Tak pasal-pasal.

Dengan hati yang bengkak terus la menuju ke destinasi seterusnya: Barath Plantations. Mood teruja ok sampai sini. Serious nyaman n tenang jer tengok hijau-hijau pokok teh. Posing-posing maut sikit, shopping sikit pastu terus chowz. Around pukul 12 lebey dah turun ke bawah. Sebab ada lagi satu tempat nak pergi iatu jeng..jeng..jeng..Slim River.

~Pict jalan-jalan di Cameron~

Sempat lagi menyinggahkan diri ke rumah mak mentuaku Belum lagi gatal di Slim River. Dah otw kan. Makan tengahari kat sana. Memang sedap gile lontong n rendang daging Bukan ayat ambil hati tau ni, tapi kenyataan hehehe. BAgi la segala jenis buah tangan yang dah beli kat Cameron tadi. Kitorang balik berbekalkan durian, buah duku langsat n agar-agar. Pergh. Macam balik kampung betul eh. hehehe.

Tu je la cerita hujung minggu saya. So, kesimpulannya ni lebih kerja ke lebih bercuti???wahaha. Lu pikir lah sendiri.hehehe

Friday, July 9, 2010

100....

Assalamualaikum w.b.t....

Apa yang 100 ni? Bukan ulang tahun yang ke-100 blog ni Tak ada la tua benor saya ni kan hehehe. Ini adalah post yang ke-100. Poyonyer la erk, post ke-100 pun nak kecoh. hehehe.

Sebenarnya saya ni bukan la seorang penulis yang baik Mesti semua setuju . 1st posting kat blog ni on 23 Januari 2010. Dah berkurun rupernyer, tapi baru 100 post. Huhuhu. Mula terjebak n berminat nak menulis blog ni bila start baca blog kengkawan. Macam best je kan walaupun bukan la pandai sangat menulis. Ada satu masa tu sampai blog ni tido sekejap. Tak ada update apa-apa sebab ketandusan idea.huhuhu. Kadang-kadang ke'bz'an yang melampau menyebabkan x sempat nak mengupdate blog. Teruk betul erk. hehehe. Sekarang ni la try nak buat sehari satu post tapi still tak berjaya. ngehngehngeh....

Topic dalam blog ni random jer. Ikut saya nak update pasal apa. Tapi kebanyakan adalah berkenaan kehidupan seharian coz saya rasa agak senang n santai sikit nak cerita pasal diri kita. Story pasal family, kengkawan n my LOVE one. Kalau nak story bender yang berkenaan fakta atau topik yang berat-berat ada yang mau pecah kepala pikir kang...hehehe....Nak nak lagi saya memang failed bab mengingat fakta.

So, kira-kira saya ni masih la lagi budak baru belajar dalam dunia penulisan blog ni. Kepada yang sifu-sifu tu silalah beri tunjuk ajar yerk. hehehe. Saya pun banyak gak baca blog-blog lain. Tengok cara penulisan the bloggers. Kadang-kadang senyum sendiri je bila baca. hehehe. Bila part syahdu syahdan tu kira boleh meleleh air mata la gak. Macam-macam cerita dapat baca. Macam-macam pengetahuan dapat kumpul. Kadang-kadang stress kerja, bila baca blog-blog orang lain boleh la gak release stress tuh.

Sempena post yang ke-100 ni saya berharap dapat le lagi mengupdate banyak-banyak lagi story. Hope tak ketandusan idea untuk terus mencurah kat sini. Rasa dah jatuh cinta...Jatuh Cinta dengan dunia blog.hehehe. POYOS!!!!


Wednesday, July 7, 2010

Alasan...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tengah menaip-naip surat tu, baru perasan banyak betul perkataan alasan dalam surat saya ni. Tetiba teringat masa sekolah menengah (Form 1) dulu, saya ada seorang Cikgu Bahasa Melayu yang sangat suka guna perkataan ALASAN!!!Cikgu Tuminah namanya. Tone 'alasan' Cikgu Tuminah masih terngiang-ngiang kat telinga ni.hehehe

Tertinggal buku, tak siap homework, tak boleh nak jawab soalan. Semua memang kena ALASAN. Dah la nyaring gila suara cikgu Tuminah ni. Confirm boleh cair tahi telinga kalau kena jerit.Hehehe. Lucu pulak rasa bila ingat-ingat balik. Gara-gara takut dengan Cikgu Tuminah la kot saya agak 'teror' BM. Pergh....Perasan tak hengat .

Okla mau menyambung karangan surat yang panjang berjela ni. Tadi stop sekejap coz tak jumpa ayat menarik. Ni dah dapat ilham.Chowz

pen off~

Tuesday, July 6, 2010

Mengaku Buat Salah

~Gambar ehsan Google[edit sesikit]~
Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya telah buat satu kesilapan besar [isk...isk...teruk betul]. Kisahnya saya telah ter'reply' SMS 'someone' ni yang sangat dilarang keras oleh Mr.Teddy untuk saya me'reply' SMS dia lagi.huhuhu. I'm really sorry Dy. Dengan jujurnya saya telah mengaku saya dah buat salah kat Mr.Teddy. Tak boleh la simpan rahsia dengan Mr.Teddy. Mesti nak share gak.huhuhu. Better berterus terang kan daripada tau dari mulut orang lain. Lalu menyebabkan Mr.Teddy telah naik angin Padan muka saya. Orang dah tak bagi nak buat gak. Amik habuan. Tapi hari Mr.Teddy dah cool balik. Alhamdulillah.

Apapun, saya dah buat salah dan saya dahpun mengaku salah saya tu, keterlanjuran me'reply' SMS from 'someone'. Cerita yang betul jer. Tak perlu nak reka-reka cerita untuk selamatkan diri sendiri. Kalau kena marah ker, merajuk ker, mogok ker biasa la tu. Dah ditegah buat juga, kena la terima dendanya. Cuma saya perlu ingatkan diri sendiri jangan ulang lagi kesalahan yang sama. Saya akan lebih berhati-hati lagi n sangat berharap that 'someone' takkan SMS saya lagi so, saya tak perlu la lagi reply SMS dia.

Monday, July 5, 2010

Kanak-Kanak Sekarang....

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni anak buah saya call rumah nak bercakap dengan neneknya. Kebetulan saya pun ada kat rumah, dia pun nak la bercakap sekali dengan saya. Ni antara kitorang punya perbualan la.

Ifa : Cik In, nama tunang Cik In saper?

Saya: Kenapa kakak tanya...[gelak-gelak]

Ifa : [Tanya lagi] Nama tunang Cik In saper?

Saya: Napa ni? F****l A**i la.

Ifa : Owh...Cik In panggil Cik In, tunang Cik In nak panggil apa?

Saya : [terus tergelak] Panggil ape eh...panggil Uncle la...

Ifa: UNCLE???[dengan nada sangat terkejut]hehehe

Sebenarnya saya tak decide pun lagi nak suh anak-anak buah panggil apa kat Mr.Teddy . My Uda suggestkan panggil Uncle Roy stand for boroi hehehe. K.Cik suggestkan panggil panggil Cik Teddy Mana leh. Only me can call him Teddy hehehe. Kalau saya Cik In maybe Mr.Teddy sesuwei dipanggil Cik Joy kot.hehehe. Dy, u suka yang mana???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...