Tuesday, June 29, 2010

Tak Pernah Terfikir...

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak mengupdate. Kebelakangan ni agak ketandusan idea. Banyak sangat bender nak pikir agaknya sampai tak mampu nak berfikir idea untuk update blog.hehehe.

Hari ni nak bercerita pasal Mr.Teddy saya [ Tolong jangan bosan coz saya asyik cerita pasal dia jer hehehe]. Haritu meronda-ronda dengan Mr. Teddy, pastu dia pon buka cerita pasal kegilaan dia yang satu iaitu gila dekat cerita perang. hehehe.

Mr.teddy suka layan documentary pasal perang n channel favorite die kat Astro adalah History Channel dan juga Discovery Channel Sangat kontra ok dengan saya. Dah cerita-cerita tu pastu dia pon buka lagi cerita, dia tanya kat saya tau tak asal usul perkataan OK. Pastu die story mory la asal usul perkataan OK siap dengan fakta sekali [ Tak boleh nak cita balik, coz saya tak ingat sangat. ]. Pastu ada lagi la a few words yang dia cerita pasal asal usul kewujudannya.

Saya pon tanya mana dia tau asal usul perkataan-perkataan tu sumer. Rupa-rupanya die menggunakan Google sebaik mungkin. Siap promote-promote lagi. Dia memang gila Google. Kalau orang lain gila FB, Twitter ker Mr.Teddy saya ni gila Google ok.hahaha.

Tak pernah terfikir pun nak guna Google untuk cari asal usul perkataan. Tapi bila dengan Mr.Teddy cerita cam best jer kan. Tapi saya ada satu masalah, memang boleh baca tapi bab nak mengingat fakta tu memang fail untuk pengetahuan semua, saya tak suka sejarah . So, biar jer la Mr.Teddy yang meng'Google' then story kt saya. hehehe. Teruk betul budak ni. Tolong jangan contohi. Ye la zaman sekolah dulu pon saya memang gagal bab mengingat fakta-fakta ni. Saya suka kira-kira so, sesuai la dengan kerja sekarang.hehehe



Thursday, June 24, 2010

Sensitif Kah???

Kenapa la hari ni sensitif terlebih?
Mungkin telah salah faham di atas gurauan yang dianggap berlebihan...
Mungkin telah acap kali di'serang' dan hari ni terus meletop...
Mungkin kesabaran telah sampai had dan tak mampu menerima sebarang bentuk gurauan terutama dari 'orang itu'...

Sedang duduk bergembira, tiba-tiba mood berubah...Kenapa sering kali menjadi bahan oleh 'orang itu'. Sangat tidak faham. Mungkin sifat ke'anak-anak'an membuatkan orang anggap diri ini masih kanak-kanak dan terus perasaan ini diabaikan. Atau mungkin 'orang itu' memang menyampah sangat dan terus menguji beberapa kali. Kalau nak disenaraikan 'ujian' apa. Memang banyak. Sampai tak tersenarai.

Maaf 'orang itu', hari ini saya telah meletop di atas cobaan 'serangan hendap' anda beberapa kali. Ucapan maaf anda pun tidak dapat diterima buat masa tadi sebab perlukan masa untuk bersendirian. Buat pengetahuan anda saya amat tidak suka situasi tadi sebab untuk hari-hari mendatang saya tetap perlu mengadap anda dan anda telah menunjukkan sisi lemah diri saya pada orang lain juga. Mesti orang akan berkata: "Airen, orang bergurau pun dah tak boleh." Tapi sebenarnya letupan saya pada hari ini telah saya kumpul untuk beberapa serangan hendap anda bukan untuk 'gurauan' pada hari ini sahaja. So, Tahniah la pada diri anda yer.


Breakfast for Today

Assalamualaikum w.b.t

Setelah mengkaji masalah ke'mengantuk'an saya beberapa hari ini, mungkinkah ada kaitan dengan kemalasan yang melanda untuk mengambil breakfast menyebabkan saya mengantuk sepanjang hari. Sebab saya pernah terbaca yang pengambilan breakfast adalah amat penting [ Sedar. Tapi tak mau dipraktikkan ]. So, hari ni [ Dari malam tadi sebenarnya ] dah plan nak pergi kerja awal, then boleh breakfast kat office.

So, saya berjaya sampai ke office awal. Around pukul 8.04 pagi dah sampai sebenarnya budget nak lagi awal . Selalu lagi seminit nak 8.30 baru sampai. Isk...isk...Bila sampai office dengan berkobar-kobar nak pergi breakfast, tiba-tiba penyakit malas nak g breakfast menyerang [ Banyak betul penyakitnya ni]. So, saya pun breakfast dengan membaca blog kengkawan.hohoho. Tapi tak per kot. Jap g ada meeting, mesti ada makan-makan. Paling tak pon kuih & air [ Harap-harap ada ]. Boleh la cover breakfast saya.hehehe.

Wednesday, June 23, 2010

Mengapa Saya Mengantuk???


Assalamualaikum w.b.t

Ni baru balik dari site visit kat IKIM, Jalan Duta. Setelah dua hari tak masuk office coz berkursus hari ni masuk office terus sort kerja yang pending. Memang menimbun la kan [Ko dah tahu menimbun, tapi ko sempat lagi update blog eh. ].

Kenapa dah lari dari tajuk asal ni???So, kembali ke tajuk asal kita pada hari ini. Mengapa saya mengantuk??? Teringat time sekolah dulu, ada sorang my classmate ada tagline [ chewah siap tagline occay. Macam masuk AF plak ] Mengapa Aku Mengantuk???Dia memang selalu tido dalam class pon. Tapi yang peliknya kalau cikgu tanya dia selalu boleh jawab walaupun dia tengah nyenyak tido. Memang kagum. Mungkin dapat ilham dalam tido.hehehe. [Paan sorry la terngumpat ko plak kat sini.hehehe]. Ni dah lari dari tajuk lagi.

Okla nak cerita...Lately ni rasa macam penat semacam jerk. Tido awal [ Bangun tetap lambat. huhuhu]. Pastu bila pergi office mengantuk gila. Tadi time site visit pon baper kali menguap. Teruk betul la. Terasa macam masa bergelar student dulu plak. Nak pergi class selalu mengantuk. Dalam class lagi la tak payah cakap. Memang sangap habis. Tapi tu sebab kita mendengar jerk. Situasi sekarang adalah berbeza sebab kita membuat kerja. Tu pon boleh mengantuk. Apala nak jadi ni. Nak kata tido tak cukup mungkin tidak berlebih adalah kot. Ye la tido awal, bangun macam biasa.

Apa yang boleh buat untuk hilangkan mengantuk erk???Rasa macam masalah besar lak. Ye la bila kita mengantuk secara tak langsung rasa tak ada mood je nak buat kerja Bukan alasan tau . Dah tu memanjang jer menguap. Otak pun jadi slow je nak pikir. Tolong bagi solution.huhuhu.



Friday, June 18, 2010

Rindu Sama Kamu...

Rindu bangat ni...[napa tetiba nak bangat-bangat lak???pengaruh BENCI BILANG CINTA kot. Mr.Teddy baca jangan suspend ok...Pasni jangan jelez dengan blog i plak selepas dgn facebook. hehehe. Rindu nak 'hupdate' blog la. 5 hari dah tak jenguk blog busyuk ni. Busy sangat la. Ni pun curik tyme lunch pada hari Jumaat. Balik awal sebab tak tau dah nak merayap ke mana. Mo shopping belum gaji + tak ada nafsuhilang nafsu shopping???pelik ni.huhuhu.Siannya saya.

Lately ni macam sedikit pelik [ Mr.teddy mesti bersyukur gila baca statement ni.hahaha]. Pelik sebab macam dah tak ada nafsu nak shopping. Pelik tak agak-agak???hehehe. Kalau dulu meroyan kejap bila turun Shopping Complex pastu ada sale. Duit mengalir macam air. Sekarang tak ada feel sangat la. Setakat "owh sale.Rasa macam tak ada barang nak beli je".

Adakah ini kesan daripada penangan sedang berada dalam 'mode orang nak kawen'. hahaha. Kalau nak beli barang tu macam fikir:"Eh. Tak boleh...tak boleh. Tak ada dalam list bulan ni. Nanti budget lari". Bagus jugak la yek. Boleh la saya menabung lebey-lebey sikit.hehehe.

Memandangkan dah lama tak update ni. So, nak update la sekali. Semalam birthday Mr.Teddy saya. Memandangkan duduk berjauhan, so wish dari jauh je la yang boleh. Nak present tunggu you balik ok dear. Special punya. hehehe. Hope you like it. =D

For The Man Who Means The World To Me...My LOVEly Mr.Teddy Bear:

"Today, I want to tell you just how grateful I have been to share this happy life with you. You've always understood me and been gentle with my heart. In all my favorite memories, you've played the biggest part. You've given me the best of you and made each year so sweet. I hope you know that every day your love complete me. HAPPY BIRTHDAY DEAR..."


**Jiwang pulak. Sorry yer siapa yang tak tahan geli n nak muntah. Sila ambil baldi siap-siap.hehehe

Saturday, June 12, 2010

Sabtu...Kerja Office???

Assalamualaikum w.b.t

Lately ni kembali sibuk di office sebab dapat projek baru yang sangat urgent.huhuhu. Haritu baru macam dah lega-lega sikit sebab dah tak busy sangat. Siap rasa macam pelik sebab tray kosong.hahaha. Kadang-kadang pelik jugak, bila tengah free tu free la sangat. Suma kerja dah settle. Tapi bila tengah ada kerja tu, bertimbun-timbun kerja datang serentak. Adoyai. Memanjangkan projek baru ni extra urgent, terpaksa la bagi priority dulu berbanding yang lain.

Kerja yang urgent menyebabkan TERPAKSA uppercase lagi...apa maknanya tu???bawa balik kerja ke rumah.huhuhu. Sangat tidak best occay. Tapi kalau kerja tak siap lagi la tak best kan. Kena marah pulak nanti. Ni pun curi time sikit mau mengupdate blog kesayangan ni.

Sangat risau tak sempat nak siap, sebab banyak info yang tak cukup lagi ni. Adoyai. Poning den. Bayangkan skop dapat Khamis petang. Tu pun banyak yang tak lengkap. Hari Isnin dah nak kena submit estimate. Before ni dah kumpul info, tetiba hari Khamis tu banyak benda yang bertambah. Yang tak ada dalam cost data lak tu. Mana sempat nak kumpul quotation.huhuhu.

Takpe. Yakin boleh. Mesti boleh siap punya. Chaiyo!!!!sadisnya.Bagi semangat kat diri sendirihuhuhu.Ok la terpaksa mengundur diri, nak sambung mengadap kerja.

pen off

Wednesday, June 9, 2010

Cuba Cari Nama Anda, Ada Tak [A - Z]

Salam. Hari ni terasa nak ingat orang-orang yang pernah saya kenal dari huruf A hingga Z. Agak-agak cukup tak.ehehe.

A - Airen. eh tu diri sendiri boleh kira ke.hehehe.X aci. Azim @ Ajim. Kenal masa matrix dan berkawan sampai sekarang tapi dah tak serapat dulu. Masing-masing dah ada komitmen.

B - Balkis. Kawan zaman kanak-kanak dan sangat rapat. Tapi sekarang dah lost contact lepas dia pindah. Tak dengar dah cerita dia. Dah kawen kot.hehehe

C - Chica. Nama yang cukup unik n melekat till now. Kawan dekat matrix juga, nama dia sebenarnya Lyn. One day tu kitorang gegatal nak tukar nama masing-masing so dapatla nama Chica. Chica bila nak hangin' out together-gether ni.

D - Deck. Kenal bila dah start kerja kat office sekarang ni. Teman sejenayah. Tapi tak lama lagi Deck nak pindah dah.huhuhu.

E - Ejoy. Kawan....ewah My lovely tunang la. nak kena sembelih ke.hehehe. Dari kawan jadi kekasih n sekarang jadi tunang.Love you dear.

F - FF. Nama anak-anak buah saya. Fatin Farhah, Fatin Farisha, Faiz Farhat & Fatin Farzana.

G - Ghalib. Classmate masa TIKL. Nama dia lain. Tapi budak-budak panggil dia Ghalib.

H - Hayati. Mak kesayangan saya. Yang membesarkan kami adik beradik dengan sempuna. Alhamdulillah.

I - Irfan. Si kecik yang menjadi kesayangan dan kegeraman semua orang dengan aksi dia. Rindu kat Irfan.huhuhu.Anak kakak saya.

J - Jijah. My classmate masa TIKL. Sangat terkenal masa sekolah dengan gelaran Mama Meckers. Now Jijah dah jadi hot mama. Anak Jijah cute sangat.

K - Kinah. Kawan masa UTM. Selalu bawa keropok lekor Losong ke UTM bila dia balik Terengganu sebab saya sangat suka keropok lekor Losong. Turun rumah saya pun tak lupe bawak. Kinah turun KL next time ingat keropok lekor k.

L - Lake. One of my kenalan. Nama dia Malik sebenarnya. Tapi panggil Lake. Style.

M - Mama. Bukan my mom occay. Tapi my best friend kat matrix. Sekali dengan Chica. Kitorang berempat. Ada lagi sorang. Nanti saya story kat bawah.

N - Nad. Seseorang yang saya kenal masa matrix. Pernah rapat dan pernah juga ada krisis..Tapi sekarang dah ok balik.

O - Othman. Ayah saya. Yang mencari rezqi untuk besarkan kami adik beradik.

P - Pzah. Ni la lagi sorang my best fren kat Matrix. Susah nak dapat kawan macam diorang ni tau. Time saya demam campak, diorang siap jaga lagi. Jaga dengan sangat baik. Time kasih la kengkawan.

Q - Que Haidar. hahaha.Tetiba boleh tak. Tak ada la saper-saper nama Q yang saya kenal.

R - Rina. Kawan masa UTM yang study ambil QS. Tapi sekarang dah tukar kerjaya. Rina ni la makeup time saya tunang hari tu.

S - Shue. Kawan masa UTM. Saya selalu kagum dengan Shue ni. Nak tau kenapa. Dengan berbekalkan periuk nasi tapi dia boleh masak macam-macam dalam periuk nasi tu. hehehehe. dah macam periuk nasi ajaib pulak.

T - Teck Ing Wong. Amik ko Wong. Aku bagi nama penuh kot terus kat sini.hahaha. Wong kenal kat office sekarang. Dulu selalu gak join aktiviti jenayah sekali. Sekarang dah jarang-jarang.

U - Uda. Kakak saya. Umi kepada si kecik Irfan. Ni rajin pow jugak ni. hehehe. tapi anggap la sebagai balas budi tyme saya study dulu banyak sponsor.

V - V pun xder. Penat dah pikir=(

W - Wahidah. Adik saya yang patot digelar pengepow berjaya. Sila jauhkan diri anda daripada budak ni kalau tak nak poket anda nipis.hahaha.

X - X. Gelaran untuk orang yang tengah digosipkan n tak nak orang tu tau. Maknanya ramai la Mr. dan Miss X.hehehehe

Y - Yong.Bakal sister in law.

Z - Zam. Saya panggil k.Zam. Kenal kat office sekarang gak. Banyak bagi tunjuk ajar dalam banyak perkara. Selalu tanya k.Zam benda pelik-pelik, tapi K.Zam tetap jawab.hehehe. Even K.zam dah transfer saya still telefon K.zam kalau nak tanya apa-apa.


Tuesday, June 8, 2010

Terasa Kanak-kanak Kembali

Hari Ahad baru ni melayan Shrek 4 - Final Chapter dengan Mr.teddy. Tak tau nak melayan cerita apa sebenarnya. So, Mr.Teddy suggestkan movie ni. Yang paling lucu sekali time nak beratur masuk tu kebanyakan yang beratur adalah kanak-kanak. Kalau ada orang dewasa pun adalah parents kepada kanak-kanak tersebut.hahaha.Bila dah dekat nak masuk Mr.Teddy bagi kat saya ticket konon tak macho la kan dia nak pegang tiket movie cartoon.hahaha. Padahal dia yang nak tengok.Sampai kat dalam tak abis-abis gelakkan dia. Kitorang sekali terasa jadi kanak-kanak balik.hehehe

Monday, June 7, 2010

Hari Sabtu Yang Penuh

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas adalah hari saya yang penuh dengan makan-makan. Almaklumla musim cuti sekolah. Banyak kenduri kahwin.

Destinasi 1: Jusco Taman Maluri

Pergi Jusco Taman Maluri sebab nak cari hadiah untuk best friend Mr.Teddy yang jap lagi kitorang nak pergi majlis kahwinnya. Biasa la Mr.Teddy bab memilih memang lama kan. Nampak je simple tapi cerewet gak orangnya [ oppst...terkutuk pulak kat sini ]. Dapat juga hadiah yang dikehendaki. Hadiah 'mengenakan orang' untuk Aley + Tasha. Aley + Tasha jangan balas balik kat kitorang tau.hehehe


Destinasi 2: Dewan Besar Kompleks Belia, Cheras

Lepas dah dapat hadiah tu kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya, Dewan Besar Kompleks Belia, Cheras. Tempat majlis perkahwinan best friend Mr. Teddy berlangsung. Aley n Tasha dua-dua pun best friend Mr.Teddy so wajib la datang kan. Untuk Aley n Tasha, tahniah untuk korang berdua, Semoga berkekalan ke akhir hayat.Amin.

Lauk pun best. Siap ada bubur kacang lagi.Ramai juga kawan Mr. Teddy yang datang. Tapi tak boleh nak lama-lama sangat sebab ada destinasi lain lagi lepas ni. Lepas bergambar dengan kedua mempelai kitorang pun minta diri.

Destinasi 3:Keramat

Dari Cheras kitorang ke Keramat. Dengan bantuan Garmin Mr.Teddy sampai juga kitorang ke Keramat. Mak Uteh saya [adik ayah] mengadakan perkahwinan anak sulongnya. Makan lagi.Adoyai. Makan sikit je la, sebab lepas ni ada kenduri lagi satu. Bila family saya nak minta diri, kitorang pun minta diri sekali.

Destinasi 4: Rawang

Dari Keramat ke Rawang pulak. Rumah Achu Mr.Teddy. Ada kenduri housewarming. Makan lagi. Perut dah nak meletop.huhuhu. Mula-mula makan kuih jer. Pastu, Mak Mentuakubelum lagi eh gatal... Mak Mr.Teddy suruh makan nasi. Rasa la sikit. Sempat lagi tengok gambar tunang haritu dalam album. Yang belah saya belum siap lagi.

Destinasi 5: Slim River

Yang ni tak ada dalam list. Hantar Opah Mr.Teddy ke Slim River. Sebab mak n ayah Mr.teddy lama lagi nak balik. Nak tolong Achu kemas-kemas sikit. Yang ni seperti biasa, tiap kali pergi Slim mestila Mr.Teddy ni jadi tourist guide saya kan macam 1st time saya sampai lak. hehehe. So, lepak umah Opah jap. Borak-borak dengan Opah n Atuk. Tengok gambar-gambar lama. Lucu betul tengok Mr.Teddy kecik-kecik.hahaha. Rasa nak curi je satu gambar. Saya slumber jer kutuk dia gelap berbanding adik beradik dia yang lain.hahaha.

Dari Slim River terus menuju ke Cheras. Mr.Teddy ajak layan movie lagi. Tapi saya dah tak larat. Kita sambung esok je la eh.hehehe.

Lagenda Budak Setan - Movie

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ada tulis kan yang saya akan buat review bila dah tengok cerita ni. So, selepas melayan movie ni dengan Mr.teddy hari Jumaat hari tu ni lah hasilnya:

Overall cerita ada la lari-lari daripada novel asal. Terutama part yang awal-awal tu.Frust jugak la coz Kasyah dalam movie tak cukup 'SETAN' macam Kasyah dalam novel. huhuhu. Dalam movie cepat betul dia tangkap cintan dengan Ayu. Frust lagi. Dialog dalam movie lak memang skema macam ayat dalam novel jugak. Rasanya zaman sekarang orang dah tak guna lagi kot dialog camtu.hehehe.

Pada pendapat saya juga movie ni tak cukup jiwang macam novel asal hingga boleh menyentuh perasaan walaupun dah baca buat kali ke - 10. Saya stand by juga mana tau akan meleleh-leleh ke bila tengok movie ni ke, tapi tak ada tangisan.hohohoho. Siapa yang tak pernah baca novel mungkin akan agak berpuas hati sebab tak boleh nak bayangkan apa yang berlaku dalam novel. Tapi bagi saya yang memang peminat setia novel ni so hanya boleh bagi 3/5 rating sahaja. Mr.teddy kata cerita ni boleh diterima sebab dia tak baca novel.

Rasa dalam movie ni yang paling berjaya menjiwai watak adalah Que Haidar as Azmi. Serious memang the real Azmi macam dalam novel. Saya frust sket dengan watak Kasyah yang dibawakan oleh Farid Kamil, tak tau la maybe disebabkan Kasyah dalam movie tidak digambarkan seperti dalam novel. Watak Emilia yang dibawakan oleh pelakon baru, Shiqin Kamal biasa-biasa je. Tak berapa nak feel la tengok lakonan dia.

Nasib baik juga OST movie ni best. Memang layan la.

Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Friday, June 4, 2010

Penangan i phone

Ni nak cerita penangan i phone kat diri saya walauuuupunnn baru beberapa hari pakai. Sengal tahap dewa hari ni.

Saya buka computer hari ni pastu nak scroll ke bawah, ke atas, ke kiri, ke kanan. Tau tak apa yang telah saya buat???Saya bawak cursor kat tengah-tengah page pastu nak drag page macam saya drag kat i phone. Sengal buih. Banyak kali pulak tu. Sampai bila pun le page tu tak berganjak. Siap hangin lagi tuh. Apsal xleh nak scroll ni.hahahaha. Memang la tak boleh computer anda bukan touch screen occay. Adoyai. Ni semua gara-gara penangan i phone abis semua benda saya nak drag.Wahaha.Lucu betul. So, hari ini adalah hari SENGAL saya.

Nota kaki: Malam ni nak pergi layan Lagenda Budak Setan dengan Mr.Teddy [ sempat selit lagi tu . Harap tidak menghampakan.

Thursday, June 3, 2010

Jakun Seketika...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya tiada sebarang produktiviti di office. Isk...isk...Apa la nak jadi. Nak tau kenapa???Sebabnya adalah sibuk mengexplore I-Phone yang baru dapat from Mr. Teddy as hantaran. Jakun seketika.wahaha.

Serious memang jahil lagi bab pengunaan. Baru belajar yang basic-basic jer. Taip SMS pun terkial-kial lagi. Asyik salah taip je. Jari gemuk sangat kot. Nak tekan huruf lain keluar huruf lain. Adoyai. Orang baru nak berjinak-jinak dengan hand phone touch screen. Orang lain ntah dah sampai mana dah.hehehe.

Semalam merayap ke Low Yat pergi pasang screen protector dengan beli casing I-phone. Casing corak butterfly. I Like!!!Melayang RM 50 untuk dua benda tu. Hampir meroyan seketika bila sampai Low Yat ni, tengok gadget terkini macam apa dan dah murah berbanding dolu-dolu. Adoyai nasib baik kuat iman lagi so, tidak terpengaruh sama sekali [padahal dalam hati saya nak beli huhuhu].

Malam sibuk pilih lagu through i tunes plak. Nak masukkan dalam i phone. Mula-mula terkial-kial gak. Apa kejadah i tunes ni. Siap study-study lagi la.hahaha [ko bab-bab tu memang rajin sampai nak study bagai, bab kerja malas eh ]. Tapi aci redah je la. Cuba try test. Kalau tak cuba tak tahu. Ok la nak sambung study [ study apa ke bendanya. Study i phone adalah.]. pen off

Wednesday, June 2, 2010

Legenda Budak Setan yang Legend

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni sangat teringin nak tengok movie Lagenda Budak Setan. Esok baru start tayang kat panggung di seluruh negara. Ingat lagi time muda belia dulu [ adakah anda sudah kertu sekarang???oh tidak!!!meningkat usia sahaja.] sakan la baca novel Ahadiat Akashah. I'm a big fan of him k. Kebanyakan novel by him memang feel habis dan menyentuh perasaan tau. Tapi rasanya yang paling menjadi sebutan ramai dan diingati adalah novel Lagenda Budak Setan. Serious memang legend.

~Gambar ehsan from google~

Dulu tyme baca selalu terdetik dalam hati, novel ni kalau buat filem mesti best. Mesti takkan miss nak tengok. Sekali sekarang ni betul-betul ada movie. Mesti la tak nak miss kan tengok. Nak-nak lagi hero Farid Kamil n heroin Lisa Surihani. Couple dalam movie paling favorite tuh. Hehehe.

Everytime kuar preview iklan @ lagu movie ni kat TV, tiap kali tu la saya akan call Mr.Teddy n ingatkan dia nak tengok movie ni. Macamana pun nak tengok gak. So, Dy please layankan jer k karenah tunang u ni.hehehe.

Isk sangat tak sabar nak tengok. Tengok preview pun macam dah nak meroyan sikit, kalau tengok full movie jadi apa pun tak tau la kan. Nak-nak lagi baca paper bila ntah ramai puji cerita ni time pra-tonton. Siap ada yang meleleh air mata lagi. Apa maknanya tu???So, saya kena standby tisu siap-siap. Dy, u jangan gelakkan i tau kalau nangis.huhuhu. Baca gak yang cerita dia tak la 100% sama macam novel. Diorang ada ubah sikit-sikit. Hope tak banyak yang diubah. Kalau ubah tapi maintain best tak apalah.

~Gambar ehsan from google~

OK la, nanti kalau saya dah tengok saya review cerita ni k.Nak bagi berapa star. Tapi saya sangat pasti yang cerita ni takkan menghampakan para penonton terutama peminat setia novel Lagenda Budak Setan.pen off.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...