Monday, May 31, 2010

Malas...Isk...isk...

Assalamualaikum w.b.t

Alahai...esok dah start kerja balik. Malasnya rasa. Dah seronok cuti kat rumah. Berapa hari duduk rumah dah rasa malas nak pergi kerja. 5 hari (Khamis -Isnin). Patut la pon malas semacam. Penat pun macam tak hilang lagi.huhuhu.Tapi apa pun kena rajinkan diri jugak. Tak boleh cuti lama-lama nanti kerja mesti berlambak. Before cuti haritu dah settle semua kerja. Harap-harapnya esok saya jadi seorang bersemangat macam sebelum cuti haritu.

Corat-corat my E-Day


A - Alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya kini secara rasmi bergelar tunangan orang.

~Cincin tunang di jari manis.Sangat suka cincin ni. Cantik~

B - Saya yang hias sendiri BILIK tau...Siap berlilin bagai dengan pot pourry. Wahidah siap sound macam nak malam pertama je. Ngeks la ko.hahaha. And...si kecik Irfan sangat suka naik katil. Maybe 1st tyme tengok bilik kemas kot.wahaha.

~Bilik yang dah siap hias. Quilt renyuk sket coz dilanyak anak2 buah~hehehe

C - Cupcakes from cupcakeland sangat sedap n cantik. Serious tak tipu...

~Cantik sangat...nnnnn yummmmmy~

D - Saya bagi Mr.Teddy sebanyak 17 DULANG HANTARAN berbalas 15.

~Saya bersama barang hantaran~

E - Ejoy a.k.a mr.teddy tunang kesayangan saya.

~Encik Tunang=)~

F - Berbanyak terima kasih kepada Family tersayang banyak tolong. Sayang semua.
~Orang-orang kuat Majlis tunang saya...Thanx semua~

G - Jiran-jiran n family gotong royong masak sesame untuk majlis tunang saya.

H - Hantaran yang saya bagi kepada Mr.Teddy : Camera, Cakes, Cupcakes, Sireh, Jam, Perfume, Kain baju melayu, Songkok n Sampin, Kasut n sock, Bunga rampai, Sejadah, Buah, Chocolate, Cookies made by Angah, Kuih made by K.ida, Agar-agar n Tapai.

~Antara hantaran dari saya untuk Mr.Teddy~

I - Saya dapat hand phone baru as hantaran from Mr.Teddy... I-Phone...yeah. Idaman kalbu.

J - Ni paling haru. Saya tak sangka yang tunang saya ni seorang yang cerewet bab memilih. Sebab apa...Time nak beli Jam dia pilih lagi lama saya dari saya. huhuhu. Dia kata jarang beli jam yang mahal so kena la pilih betul2.hehehe.

~Finally Mr.teddy pilih jam Guess ni~

K - K.cik tukang buat hantaran. Ramai yang puji hantaran yang dia buat ni. Saya pun suka.

L - Saya telah me'Langkah Bendul' kakak saya [K.cik]. So, untung la K.Cik coz dapat cincin n sepersalinan baju n tudung.
~Saya dengan K.cik. Nampak tak dia senyum lebar tuh...hehehe~

M - Mata tyme hari tunang ni jd sangat besar sebab pakai lense. Tu yang xsuker pakai lense. Automatic mata jd sangat bolat.huhuhu.
~Mata yang bolat~huhuhu...

N - Sekarang Mr.Teddy dah boleh g 'menembak' coz dah dapat senjata. Jaga lek lok Nikon DSLR tu k...
~Senjata 'menembak' Mr.Teddy~

O - Ada satu benda baru n 1st time saya tengok dalam mana-mana majlis bertunang. Saya kena suap gula batu oleh family Mr.Teddy. Opah yang start dulu, pastu makMr.Teddy n makcik-makcik Mr.Teddy.
~OPah suap gula batu kat saya~

P - Pelamin Mini saya pun buat sendiri tau. Simple jerk. Letak tirai + butterfly + pasu mak.
~Pelamin mini tak berapa nak pelamin la.hehehe~

Q - Quran salah satu barang hantaran untuk saya dari Mr.Teddy.

R - Tukang make - up saya Rina. Classmate time degree dulu. Thanx Rina.
~Ni la Cik Rina - tukang make up saya~

S - Mak saya suruh cari Saprah untuk buat lapik letak hantaran. Serata tempat saya cari sampai ke Jusco n Metrojaya. Tapi tak jumpa. Finally jumpa gak kat CityOne Plaza. Murah occay.hehehe. Pastu masa hari kejadian siap tabur loose flower lagi kat saprah tuh. hehehe.
~Uda berkenan dengan Saprah ni. Suh saya cari lagi. Ni pun dah last saya dapat dua~

T - Sepatutnya saya pakai tudung lain [yang kat dalam] tau. Tapi masa hari kejadian saya boleh pulak lupa saya campak kat mana tudung tu.hohoho. Sib bek K.cik ada tudung yang ala-ala colour tu. Esoknyer kemas-kemas baru jumpa. Adoyai.

U - Saya pilih colour favorite saya Ungu as colour tema majlis.

~Hantaran purple~

~Khemah purple~

V - Vanilla flavour untuk cake

W - Wedding kami insyaALLAH akan berlangsung pada bulan Mac next year. Nanti dah dekat saya jemput k.

X - Serata bilik saya x-ray cari tudung yang tak ingat campak kat mana. Puas geledah almari pun tak jumpa. Rupa-rupanya dalam bakul baju. Tu yang saya tak x-ray.Isk...isk...

Y - Yang meriah dari biasa rasanya boleh digambarkan majlis saya ni.hehehe

Z - Pasni Mr.teddy boleh zooommmmmmmm dengan Nikon barunya.

Sunday, May 30, 2010

Terima Kasih SEMUA

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh 29 Mei 2010 secara rasminya saya menjadi tunangan kepada mr. teddy. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sangat-sangat berterima kasih kepada pertolongan semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung. Yang baik datang dari ALLAH. Segala kekurangan dari diri saya sendiri[adoyai macam acknowledgment thesis pulak...hahaha].


Tapi serious la, BIG THANX untuk semua terutama my family [ayah, mak, along, angah, alang, ancik, itam, uda, uteh, k.cik n ida]. Tak lupa kepada pak lang n family dan juga jiran-jiran semua.

To my lovely family ~ Terima kasih sebab jadi orang kuat untuk kenduri tunang aien ni.BIG THANX. Sayang semua.

To K.cik ~ Thanx sebab buat hantaran yang sangat cantik. Serious boleh ambil tempahan pasni.

To Rina [click sini]~ Thanx sebab wat aku nampak cun sikit daripada hari-hari biasa...hahaha....[ perasan gila]

To Amy [click sini] ~ Thanx for the yummy chocolate...sangat sedap occay n mendapat sambutan ramai. Kengkawan yang lain silala order chocolate dengan kawan saya ni. Berbaloi-baloi.

To Aunty Sue [click sini]~ Thanx for the yummy n nice cupcakes... sangat cantik sampai sayang nak bagi...hehehe.

To Abang Fadil [click sini] - Thanx coz sudi spend tyme tangkap gambar untuk majlis saya.

To mr.Teddy ~ Terima kasih sebab jadi tunang saya...hahaha....

TERIMA KASIH SEMUA...

Wednesday, May 26, 2010

Saya yang Semangat

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni sangat bersemangat kerja [semangat la sangat kan, sampai sempat update blog] sebab....sebab...esok nak start cuti dah.Tak semangat pon kena buat-buat semangat. Kalau kerja tak siap pasti sungguh tidak aman cutiku.hohoho. Sebenarnya semangat nak cuti lebih lagi dari semangat kerja.hahaha.

So, hari ni masuk office pagi-pagi lagi dah start buat kerja. Sampai tak keluar bilik [chewah padahal saya memang jenis memerap dalam bilik je pon kalau tak ada apa-apa ]. Pasang lagu yang best-best sebab terasa office sangat sunyi. Ramai yang tak ada kat office. Dulu time office kecik terasa penuh je, bila office dah besar tak ada 2 orang pon dah rasa sunyi sangat.

Semoga orang lain pun bersemangat macam saya jugak.hehehe. Semangat dalam apa pun yang kita buat sure hasil yang kita dapat pun memuaskan hati.

Monday, May 24, 2010

5 Days To Go...

Assalamualaikum w.b.t

Lima hari lagi. Wah kejap nyer. Rasa cam baru semalam tulih entry 30 Days To Go. hahaha. Preparation almost done. Semalam baru settle beli bunga untuk hantaran dengan K.cik n Mak. Actually saya nak guna fresh flower. huhuhu. Tapi hajat tidak kesampaian. Sebab kalau fresh flower mestila kena last minute baru nak gubah bunga tu. Takut tak sempat memandangkan hantaran yang banyak. So, hajat di hati berubah kepada artificial flower lak. Tapi tak dapat gak. huhuhu. K.cik suggest beli bunga lain. Tak pe la. Saya follow jer [walaupun dalam hati agak keciwa.huhuhu.]Tak sabar nak tengok bila dah siap hasilnya nanti.

Bilik dah siap kemas. Barang-barang tuk decoration bilik pun siap beli dah. Tinggal nak decorate jer. Haritu pergi IKEA dengan Mr. Teddy. Pastu tak puas hati, pergi lagi sekali dengan Deck pulak.hahaha.Mentang-mentang office dekat. Tapi time balik boleh pulak sesat.ngeks. Sebab tyme pergi dengan Mr.teddy, time balik tu sekali dengan Yong [kakak mr.teddy]. Yong bawak jalan lain. Bila pergi dengan Deck, time pergi confident la. Time balik ntah ke mana-mana hala. Adoyai. Memang fail direction betul. Apa-apa pun saya dah tak sabar nak curah idea untuk decorate bilik.hehehe.

Yang untuk pelamin mini lak, wah pelamin mini bagai pulak. Tak ada la actually ni last minute punya plan. Kakak-kakak saya mencadangkan agar buat upacara sarung cincin kat luar bilik coz dalam bilik risau kalau panas yang amat dengan cuaca sekarang ni kan. So, yang ni saya serahkan kepada yang pakar. Kak cik saya akan buatkan. Tapi saya dah pesan awal-awal, saya nak yang simple one punya. Tak nak grand-grand sangat.

Hari Rabu saya akan balik umah Klang. Khamis dah start cuti sampai Isnin. Semangatnyer. Hehehe. Tak de la, kalau tak cuti sape la pulak nak tolong mak kemas umah. Sebelum kena jerit n bakal menggegarkan satu Jalan 4 tu, baik saya minta cuti siap-siap.hehehe.

Friday, May 21, 2010

Kasih Kita

Assalamualaikum w.b.t...

Tetiba terasa nak berjiwang.hahaha. Aura minggu depan yang semakin hampir kot membuatkan saya terjiwang lebey.hehehe. Sebenarnya saya baru dapat email jiwang daripada dia.Nak tau apa content nya. Tengok la kat bawah tu.


Saya sangat suka lagu ni dan ditujukan khas untuk mr.Teddy. hehehe.

Kasih Kita - Aishah

Telah lama ku lalui
Perjalanan penuh ranjau
Dan berduri
Kini tiba cahaya cinta suci
Menerangi
Diriku yang sepi

Meskipun ada yang mengeji
Memang lumrah insan di dunia ini
Hasad dengki
Usah didengarkan
Bersabarlah
Menempuhi

Pertama kali
Aku bahagia
Kau menerima diri ini
Insan biasa
Punya kelemahan
Dalam menempuhi
Cabaran

Aku juga tak mengharapkan
Intan permata
Kemewahan
Cinta yang murni
Keikhlasan hati
Semoga berkekalan
Kasih kita

Hati berkuntum harapan
Agar hidup takkan sendiri lagi
Doa restu dari yang tercinta
Fahamilah
Cinta mulia

Saturday, May 15, 2010

KERJA KERAS...CHAIYO!!!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam balik umah mak setelah seminggu tak balik. Excited sangat sebab tengok k.cik dah start buat kertas kedut-kedut kat polyform yang leceh tuh.hohoho. Gila kagum occay. Tu la kalau orang dah tangan lembut nak membentuk apa pun jadi. Kalau serah kat saya confirm tak tau jadi apa.hahaha.Tak sabar nak tengok bila dah siap semuanya.

Dua minggu lagi. So far preparation almost done. Balik umah minggu ni perlu kerja keras nak kemas umah. Sekarang ni curik tulang kejap berehat sebentar. Dah kepanasan + kepenatan. Baru settle kemas bilik tengah. Jap g nak sambung kemas bilik depan. Yang ni cabaran besar sikit sebab perlu 'menyahkan' banyak barang pluz K.cik suruh ubah layout perabot dalam bilik.hohoho. Tadi dah bagi hint kat mak nak tumpang letak barang atas almari baju mak yang kosong tu.hehehe. Tumpang eh mak.hehehe. Living room kemas next week kot. Kalau kemas this week nanti sure bersepah balik. Umah mak ni even budak kecik nya hanya si Irfan sorang tapi kalah umah yang macam ada 10 orang budak kecik. hehehe. Kemas pastu kejap je dah bersepah balik.hahaha.

Wokey la mau stop di sini sebelum 'siren' [laungan mak yang boleh menggegarkan seluruh jalan 4 ni] berbunyi.miahaha. Mau sambung buat kerja.Chowz.

penoff~


Thursday, May 13, 2010

Terharu...huhuhu

Assalamualaikum w.b.t

Tadi call adik saya [click here kalau nak tau siapa]. Tanya dia apa aktiviti weekend ni. Dia kata ada class kereta. Pastu saya dengan sesuka hati cakap dia: "Ko cancel la.wahaha". Kejam je bunyi nya kan. hahaha. Pastu dia cakap x boleh sebab dia ada practical hari Isnin. Hampa. Paksaan gagal. Saya pun meluahkan hajat di hati. "Sebenarnya K.In nak ajak ko tolong kemas rumah.hehehe". Jawapan dia sangat mengejutkan saya dan buat saya terharu. wahaha. "Nanti Sabtu petang tu la orang tolong. Kelas kereta sampai tengahari je. Minggu depan pun ada lagi." Saya masih berlagak macho n konon-konon tak terharu. " Betul aaa. Sabtu petang ko tolong K.in. K.in kena balik awal hari Ahad tu. Nak kena pergi Cameron Highland. Isnin ada meeting kat sana. Kalau tak sempat sambung minggu depan aaa."Jawapan dia saya paling tak boleh blah "Eh...eh...sapa yang nak tunang ni. Ye la. ye la orang tolong. Orang tau la kakak orang nak tunang."

**Lebih kurang macam tu la perbualan kitorang.hehehe.

Ieda~Terharu siot dengan ko. Ko tau la kan kakak ko ni emosional sikit. Lagipun bukan selalu ko baik hati macam tu dengan K.in kan.wahaha. Selalu nak lawan cakap orang jer.hehehe. So, jangan lupa aaa. Dah cakap kena buat. Jangan curik tulang.

Tak sabar nak balik umah minggu ni. Nak tengok progress persiapan kat umah. Yeah.

Frust Bila Orang Tak Pandai Menghargai...

~Takutnyer kalau jadi macam ni...huhuhu~


Assalamualaikum w.b.t

Ingat tak previous entry saya pasal STRESS!!!!So ni adalah kesinambungan daripada entry tu. Saya terasa macam 'zombie kampung pisang' bila kena mengadap tiga (3) tender report dalam masa 3 minggu ni. Satu tender report memang saya punya. Satu lagi TERPAKSA cover 'orang lain' [A bukan nama sebenar] punya. Lagi satu tender report my officemate [B bukan nama sebenar] yang haritu dah tolong saya cover 'orang lain' tu punya tender report. Kebetulan dia cuti this week and Big Boss nak cepat, so saya pun tolong lah dia memandangkan haritu dia dah tolong cover saya. Dua tender report ni saya juz tolong buat write-up. B tolong extract maklumat daripada tender.

Bila orang asal[A dan B] yang sepatutnya siapkan tender report ni balik ke office, saya pun ambil decision untuk kembalikan semula tender report ni kepada orang asal. Banyak sangat kerja lain yang tertangguh bila saya buat tender report ni. Penat dah kena chase dengan orang sebab tak proses-proses lagi submission documents diorang. Tapi saya bukan bagi balik bodoh-bodoh macam tuh je. Saya dah siapkan write-up sehingga ke dapatkan tandatangan urusetia [yang tu Big Boss tolong].

Untuk B punya tu tender report, saya tak sempat nak buatkan pembetulan and print out balik tender report tu. Nasib baik dia paham sebab saya pun banyak kerja lain. Tapi untuk A punya tender report tu saya siap buat pembetulan, print out balik, buat compilation untuk satu copy then bagi dekat A, printkan flysheet untuk supporting documents. A perlu buat copy lain untuk tender report tu and photostate supporting documents sahaja then hantar ke Board. Saya dah tak larat nak tolong sebab apa haritu time saya buat tender report yang memang saya punya, saya ambil masa dua hari untuk siapkan photostate supporting documents and saya buat sorang-sorang. Saya harap A yang bertanggungjawab ni paham la kan. Lagi pulak dia ada assisstant yang boleh tolong dia.

Tapi tahu tak apa yang saya dapat??? Mula-mula saya nak bagi balik dia tak nak ambil. Dia suruh je saya siapkan. Dia kata anggap je yang tu memang tender report saya. Saya pun malas nak melawan saya pun terima je la. Tapi bila saya bercerita dengan kakak-kakak kat office diorang pun cakap, patutnya dia ambil balik la. Hari tu saya tolong siapkan write-up sebab nak kejar untuk dapatkan tandatangan urusetia je. Ni dia dah balik dari kursus patutnya dia ambil balik. Bukan tinggal apa pun. Photostate yang boleh suruh assisstant dia buat. So, semalam saya try my luck. Cakap lagi kat dia yang saya nak bagi balik tender report dia. Saya cakap banyak kerja pending sebab kena wat satu full tender report and dua write-up tender report dalam masa 3 minggu ni. So, dia pun consider la untuk ambil balik tender report tu. Pastu saya pun lega la sangat-sangat sebab tak payah nak mengadap mesin photostate berhari-hari. Nak-nak lagi kalau time mesin photostate buat hal. Memang hangin satu badan.huhuhu.Saya ingat dah settle la kan. Lepas-lepas tu boleh tak dia sound saya: "Awak memang tak nak tolong saya eh buat ni. [sambil tunjuk kat tender report yang saya bagi tu]". Terasa berdesing telinga. Abis yang selama dia tak ada kat office tu siapa yang buat write-up?Momok ker?Yang ada kat depan mata tu amenda? Bukan sejenis pertolongan ke? Kalau write-up tu tak siap agak-agak boleh proceed ke nak submit?Bukan nak ucap terima kasih, kena sound lagi ada. Tu la orang kalau tak pandai bersyukur. Tak pernah saya jawab bila dia cakap, tapi kali ni dah sampai limit. Saya pun balas balik. "Bukan tak nak tolong, kerja saya pun banyak kerja lagi yang tertangguh". Dah tiga minggu tak buat benda lain. Mengadap Tender report je. Takkan la produktiviti saya sekadar Tender Report????

Lepas ni jangan la pulak cakap orang berkira nak buat kerja bila diminta tolong. Just nak buat kerja sendiri sahaja. Tak nak tolong buat kerja orang lain. Tak kisah nak tolong buat kerja orang lain kalau saya sendiri tengah tak ada kerja time tu. Dan lagi tak kisah kalau orang tu tau menghargai pertolongan kita. Saya tak dengar ucapan terima kasih, tapi apa yang saya dapat 'ayat yang cukup manis'. Adakah saya perlu hulur bantuan lagi kepada orang yang macam ni??? Harap maaf. Bantuan saya hanya untuk orang pandai menghargai.

Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY...


Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni 9hb May. Hari ape yerk???Mother's Day la kengkawan. Mother's Day ni diraikan untuk para ibu-ibu pada setiap hari ahad minggu kedua bulan May. So. tahun ni hari ahad minggu kedua jatuh pada 9 May 2010. Dalam hidup saya ada beberapa ibu yang saya nak wish SELAMAT HARI IBU...

1)MAK KESAYANGAN SAYA

Selamat Hari ibu mak...minggu ni tak dapat balik umah pulak. So, xdapat nak celebrate sesama. Tapi Aien dah belikan something untuk mak. Nanti Aien balik umah, Aien bagi k. Pagi ni call umah, ingat nak wish kat mak. Tapi mak xda kat umah pulak. Pergi kursus haji.So, tak dapat wish. So, Aien nak wish kat sini la. "Selamat hari ibu mak. Semoga sehat-sehat selalu. Dan semoga apa yang mak hajatkan untuk tahun ni tercapai. Thanx for being such a lovely mom to me"

2)BAKAL MAK MENTUA

Happy mother's day untuk bakal mak mentua. Tak ada beli present apa-apa pon.huhuhu.Hampeh tol bakal menantu nih.hehehe.SO, juz nak wish "Happy Mother's Day. Semoga sehat-sehat selalu"

3)KAKAK-KAKAK N KAKAK-KAKAK IPAR SAYA

To uda [umi kepada Muhammad Irfan, Angah [ibu kepada Nadhirah & Luqman Hakim], K.ika [mama kepada Fatin Farhah, Fatin Farisha, Faiz Farhat & Fatin Farzana], K.ida [ibu kepada Hadif Izham & Amin Imran] dan K.ina [ibu kepada Putri Alifah Ilyana & Alif Ikhwan]:"Selamat hari ibu kakak-kakakku. Be a good mom especially tu Uda. Jangan garang-garang sangat dengan Irfan tau.hehehe."

4)KAWAN-KAWAN KU

To K.zam,K.Ida, Anis, Jijah: Selamat hari ibu. Semoga anak-anak menjadi insan soleh & solehah.

To Deck: Jaga kandungan leklok. Tak sabar nak tengok ko bawak perut besar.Sure mak buyong habis.wahaha...

Sekian wish saya untuk para-para ibu di sekeliling hidup saya. Kepada semua ibu di dunia"Happy Mother's Day"

Wednesday, May 5, 2010

Stress!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Lamernyer tidak mengupdate. Sangat sibuk la skang ni.uhuk uhuk uhuk. Kerja office berlambak-lambak. Baru settle satu Tender Report, kena prepare lagi satu Tender Report lain. Projek lain pulak. Adoi poning. Dah la memerlukan tahap kefokusan yang tinggi bila buat tender report ni. Sampai dah tak boleh nak buat kerja lain. Stress nya saya.huhuhu.Abis la naik jerawat kat muka. [ada kaitan ker???]

Paling angin sebab asalnya job orang lain kena buat Tender Report ni, tapi tak pasal-pasal saya pulak yang kena buat. Sedangkan 'orang itu' boleh pulak berkursus berhari-hari. Saya sanggup tak pergi kursus sebab nak settlekan kerja office yang bertimbun n pending akibat mengadap tender report. Tiba-tiba kena cover orang lain punya tender report...Kengkawan rasa patot ke tidak hangin...Menambahkan kehanginan bila buka tender aja tengok macam tak berusik apa. Juz document yang dah siap di asingkan n 'cut off' jer dah settle. Yang lain-lain haram. Yang lagi bestnyer tanya boss nak bila, Boss jawab nak minggu depan. Tak ke haru???Adoyai. Bila tanya boss status tender report. Boss pun tak tau sebab 'orang itu' tak tunjuk apa-apa. 'Orang itu' bagitau boss semua ada atas meja. Apa kejadahnya atas meja. Tak ada apa-apa pun.huhuhu.

'Orang itu' mungkin terlalu bz menjaga hal-hal lain sampai terleka dan terlupa untuk menyiapkan tender report ni. Padahal bukan baru 'orang itu' tau dia kena pergi kursus. Bukan short notice pon. Dari awal lagi dah tau nak pergi. Kenapa la tak siapkan before pergi. Saya dari awal-awal lagi pulun siapkan tender report awal-awal sebab tau nak pergi kursus. At last tak pergi gak kursus sebab ingat nak settle kerja office yang pending tapi rupa-rupanya kena cover sekali tender report 'orang itu'.

Mungkin boss memahami kekusutan saya yang mana sengsorang diri nak mengadap kerja office tanpa ada seorang assistant pon [TA pulak mc sebab accident, kalau dia ada at least dia boleh tolong cover sikit wat kerja lain. Tiba-tiba time nih rasa sangat memerlukan TA untuk membantu] boss pun suggestkan minta tolong kat my officemate yang baru masuk. Saya pun ape lagi, minta la tolong secepat mungkin. hehehe. "Sorry bro, terpaksa menggunakan khidmat ko. Serious aku dah tak terhandle kerja yang berlambak nih. Aku la tukang fikir, tukang menaip, tukang photostate, tukang despatch.Segala tukang la kan ".Nasib baik la officemate nih boleh consider n sudi membantu saya. Thanx a lot bro. Ringan sikit beban kerja tu. Thanx jugak dekat officemate yang lain. Sanggup dengar keluh kesah ketensionan yang melampau. Menghulurkan bantuan bila saya tengah kekusutan. Thanx semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...