Friday, April 30, 2010

My New Sweater


Assalamualaikum w.b.t

Hype. Dah lama nak cerita pasal ni, tapi tak berkesempatan. So, hari ni mau mengupdate cerita yang dah agak basi nih. hehehe.

Last weekend Mr.teddy balik Kl. So, kitorang pun mengambil kesempatan untuk 'ngedate' sepuas-puasnya. Mr.teddy siap amik saya kat office lagi. Tapi yang lucunya amik kat office by train. Hahaha. Tau jer la jalan KL, bila dah petang jammed tahap gaban. Ngedate dalam train.hehehe. Pastuh g port ngedate biasa, kitorang pun layan movie 'Date Night'. Memang lucu kaw-kaw punya movie nih. Before tengok wayang tu jenjalan dulu lepas kekenyangan makan kat Secret Recipe. Banyak sangat makan occay.hohohoh.

Sambil jenjalan tuh saya pun cakap la nak tengok wayang tak bawak sweater, mesti sejuk la. Tetiba ada someone tu teringat nak belikan saya new sweater [sebenarnya sejuk tu ayat pancing je nak bagi ingat.hahahaha]. Kitorang pon meronda la, tapi tak jumpa pon yang cun. Hampa. huhuhu. Dalam kehampaan tu jalan la nak g cinema. Malas dah nak cari. Tiba-tiba Mr.teddy masuk kedai Adidas. Pastu saya pun ternampak la satu sweater yang cun. Apa lagi sengih-sengih sikit. Dia pon belikan la saya that sweater. Finally i've got my new sweater. Pastu Mr.teddy pon tersenyum lebar coz saya takkan lagi my sweater lama tu yang telah menyakitkan mata dia.hahaha. THANX DY.



Thursday, April 29, 2010

30 Days to go...

Assalamualaikum w.b.t

Dag dig dug. Dengar tak bunyi tu. Wah makin kuat ni. Bunyi jantung berdegup kencang macam pas masuk pertandingan lumba lari. Sebenarnya saya bukan lepas berlumba lari atau berlari akibat dikejar anjing. Kesimpulannya degupan kencang ni tak ada kena mengena dengan pertandingan lumba lari dan yang sewaktu dengannya ke apa. Tapi ada kena mengena dengan 'event' penting bulan May ni.

Preparation almost done. Mana yang kena 'book' dah settle. Mana yang nak kena beli almost done. Yang major-major dah settle. Ada a few things je lagi yang belum beli. Cuma yang merisaukan sikit 'benda alah' yang berkedut-kedut kat polyform tu. Harapnya Cik Noor Azlin [kakak saya] tak buat last minute. Takut tak sempat.huhuhu. Sebab hasil pemerhatian daripada sample & video yang ambil kat kedai macam susah. Kalau serah kat saya memang gagal kerana tangan yang tak cukup seni nak membentuk 'benda alah' tuh.hohoho.

So, sekarang ni tengah counting days [30 days to go] dengan fokus untuk settle kan kemas-kemas umah, beli benda-benda untuk decoration dan yang sewaktu dengannya. Sometime feel excited sebab macam tak sabar [gatal mengeyam nyer].hahaha. Sometime feel nervous. Hari makin dekat, bila fikir ada benda yang belum settle mula mengelabah. InsyaALLAH semua berjalan lancar. Thanx to my beloved family and my love one 'mr teddy' yang banyak support me dalam menghulurkan idea & bantuan. Kalau nak buat sensorang memang tak ter'handle'. THANK YOU SO MUCH.

Monday, April 26, 2010

Mood Yang Hilang di Pagi Hari

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa hari Isnin selalu dikaitkan dengan 'Monday Blues'???Rasa tak ada mood je nak kerja. Rasa malas je nak buat kerja [oohhhhh...update blog ko tak malas pulak eh. Tu bukan kerja occay.miahahaha]. Masih dibelenggu mood cuti di hujung minggu mungkin. So, hari ni saya telah diserang virus 'Monday Blues'. Oh tidak!!!!!Terasa macam di awang-awangan je.huhuhu.

Hari ni memang mood lari jauh [jauh sampai tak terkejar]. Sebab apa???1. Sebab diserang 'Monday Blues'. 2. Pepagi dah kena bebel dengan *** kecik.huhuhu. Pasal 'Monday Blues' tu tak mau la cerita kat sini. Tu mungkin sebab perangai 'mengada-ngada' yang melanda, pastu nak cover cakap 'Monday Blues' segala.hahaha. Tapi yang pasal NO. 2 tu nak cerita kat sini sebab telah menjejaskan mood saya di pagi hari. Memang spoil [sehingga membuatkan terpaksa membuka blog untuk meng'update'.hahaha.Baik punya alasan]

Dari rumah tadi saya dah susun sampai office nak buat apa ni. Bila sampai office terus ketik punch card dan dengan langkah bersemangat menuju ke bilik sebab rasa nak buang 'Monday Blues' jejauh and nak start buat kerja. Malangnya belom pun sempat saya buka bilik, telah disambut oleh bebelan *** kecik. Terus mood dari graf memuncak terus merosot jadi mendatar. Adoyai. Masalahnya kalau dia membebel pasal kerja boleh la saya terima [ tapi kalau cakap pasal kerja bukan membebel kan, tu teguran.hehehe] ni pasal benda merapu. Pasal almari kat bilik la. Kenapa letak sini la. Pasal Carta Organisasi la. Kusut-kusut. Saya selalu la jadi magsa bebelan *** kecik tau. Saya pun jadi musykil. Kakak-kakak kat office cakap sebab saya senyap jer bila dia bebel, sebab tu die meneruskan bebelan. Even benda yang dia bebel tu saya tak buat pun.

Contoh: Pergi sarapan kat luar. Saya bukan hari-hari pergi breakfast kat luar. Sebab saya selalu terlambat sampai office. Tak pun kadang-kadang kerja tengah banyak, malas nak pergi. Tapi selalu sangat bebel kat saya pasal breakfast kat luar. Adoyai *** kecik. Cakap la dekat mereka yang selalu buat tu. *** kecik cakap kat saya, bukan saya boleh buat apa pun. Saya bukan sesiapa nak pergi tegur diorang pulak.

*** kecik pantang kalau tutup 'blind' dalam bilik. Haritu ada beberapa kali saya tertutup tyme rehat. Pastu terlupa nak buka balik. Dia dengan baik hati tolong bukakan 'blind' untuk saya sambil membebel-bebel. Tu yang tak tahan telinga. Bukan sengaja pun.huhuhu.

Last-last saya buat keputusan, biarla *** kecik nak bebel kat saya. Anggap je la macam bebelan seorang ayah kepada anak. Tapi ayah saya tak kuat membebel.huhuhu. Mana yang baik kita dengar, mana yang rasa menyakitkan hati tak payah simpan.hehehe

Friday, April 23, 2010

Tak Puas Hati

Assalamualaikum w.b.t

Pepagi nih terasa nak nyanyi lagu bengang pulak tapi tak sesuwei occay. Sebenarnya tengah tak puas hati dengan sorang mamat ni [W bukan nama sebenar]. Mamat yang selalu buat onar, reka-reka cerita, selalu jadi punca la senang cerita. Saya pernah terkena sekali dengan dia bab reka-reka cerita. Masa mula-mula kena terasa macam "Eh, betul ke. Aku ada terlepas cakap ke. Aku ada buat ke. Tapi rasa macam tak ada". Dah la time tuh dia tuduh saya buat benda yang saya tak buat. Cakap kuat-kuat pulak tuh. Satu office dengar. Nada dia macam meyakinkan suma orang yang kita ni betul-betul buat tau. Nasib baik saya ada saksi yang kata saya tak buat. So, terbukti la yang dia mereka cerita. Abis kat situ je la kes tu. Tapi sejak tu saya tak ada la sebaik dulu dengan dia. Lebih berhati-hati. Tapi lepas-lepas tu ada lagi beberapa orang kawan saya terkena dengan dia. Ada sorang kawan saya kena pasal putar belit cerita. Yang ni memang pening gila kes dia. Mamat ni punya pandai reka cerita, siap putar belit lagi, siap berlakon lagi. Memang sah mamat ni problem. Mental kah???

Cerita tak puas hati saya ni macam ni. Dulu W ni staff kat office saya. Baru-baru ni dia kena transfer [malas la nak cerita kenapa dia kena transfer kan]. Lepas tu ada la orang yang nak mengganti W ni. Kebetulan orang yang nak ganti W ni classmate saya time degree dulu. Diorang dua orang ni switch tempat, yang mana W pergi tempat classmate saya ni, n classmate saya ganti tempat W kat office saya. So, classmate saya ni pergi la office lama dia nak settlekan kerja yang pending. Dia terjumpa la W ni. Tau tak apa yang W ni dah buat???Dia pergi cerita pasal keadaan office saya yang kebanyakan adalah rekaan semata-mata. Classmate saya ni pon telefon saya, tanya betul ke apa yang W cerita. Saya gelak la dengar. Dah tahu sangat dah. Saya pon explain la kat dia apa yang betul sebenarnya. Saya cakap kat dia tak payah dengar cakap W dulu, ko masuk sini ko rasa sendiri keadaannya pastu ko buat judgment sendiri.
Pastu saya teringat time dulu saya nak pindah unit sekarang ni pon, W pernah racun saya. Cakap macam-macam. Termakan juga la dengan cakap dia. Tapi bila dah masuk keadaan sebenar tak ada la sedasyat dan seteruk yang digambarkan W. Cuma yang teruknya saya time masuk dulu sebab dapat kerja kena basuh sisa-sisa n***s.

Tak tau la apa masalah si W ni sebenarnya tau. Kalau dia rasa dia tak boleh berhadapan dengan situasi yang macam dia gambarkan tu, jangan la rasa orang lain pun sama. Tak payah la nak cerita lebih-lebih. Masing-masing kan dah besar, dah pandai fikir sendiri, dah pandai buat penilaian sendiri. Apa kata baiklah dia pergi memotivasikan diri, meningkatkan daya ketahanan diri, meningkatkan tahap professionalisme. Be professional la man. Kalau rasa tak puas hati dengan bos, dengan apa yang boss buat kat dia, jangan la sampai mereka-reka cerita yang pelik-pelik. Sebenarnya terpulang kat diri sendiri macamana nak sesuaikan diri, nak catch up kerja, nak berada di track yang betul. Frankly speaking, time mula-mula masuk saya pon lost sekejap. Ye la dah hampir dua tahun tinggal skop kerja sebenar. Tiba-tiba kena buat balik. Mau tak pecah kepala study balik. Lagipun apa yang kita belajar kat uni dulu tu berapa % je daripada yang kita hadapi in real industry. Tapi alhamdulillah daripada tunjuk ajar staf yang senior, saya berjaya hadapi phase tu. Satu je la, even kita berada di level mana pun jangan malu nak bertanya walaupun dengan staf bawah kita. Diorang orang lama, mesti banyak lagi pengalaman diorang. So, janganla malu nak bertanya n share.Wallahualam.

Wednesday, April 21, 2010

Anugerah Pejabat Terbaik

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni dekat office saya ni, semua unit tengah bekerja keras untuk mencantikkan office memasing. Mula-mula unit saya macam tak ambil port sangat nak menghias, tapi bila dah kena sound dengan bos HR kena la jugak menghias kan. So, boss jangan marah ye minggu ni kurang produktiviti sikit sebab sibuk menghias office.hahaha.

Dah terasa kembali ke zaman sekolah dulu tau sebabnye main dengan kertas warna, main dengan polystyrene, main potong-potong huruf.miahaha. Saya memang suka kalau bab-bab ni[ewah...Cuba suruh siapkan kerja office cepat-cepat].hehehe. At least release sket tension buat kerja yang memerlukan kreativiti ni.hahaha. Sebab tu la kalau saya stress saya selalu buat kad untuk mr.teddy tau.

So, hasilnya tak ada la se'grand' mana coz x cukup sponsor tapi nampak la perubahan office tu. Office dah dipenuhi pokok-pokok [Tak tau la sapa yang nak jadi tukang siram], dah ada ruang menunggu untuk visitor yang datang, pastuh dah ada signage [tak ada la lagi jadi kaunter pertanyaan]. Kitorang bukan nak menang pun, tapi tak nak la jadi penyumbang kepada kekalahan cawangan.hehehe.

Saturday, April 17, 2010

Semakin Mengembang????????????OH TIDAKKKKKK!!!!!

Assalamualaikum...

Lately ni selera saya makin bertambah la. Confuse jadinya. Sangat kuat makan occay.huhuhu. Orang kata kalau kuat makan ni hati senang. Memang pun saya tengah melalui fasa happy dalam hidup saya.Alhamdulillah.[chewah ayat nak sedapkan hati.miahahaha]. Selalu lunch memang tak miss. Pastu balik keje, terus masak untuk dinner pulak. Selalu having dinner time petang. Bila dah malam perut kembali lapar minta diisi. Memang tak senonoh ini perut. Tak reti kenyang ke. Huhuhu.

Pergi tempah baju pun awal-awal dah warn kat tailor tu:"Jangan buat baju i fit-fit tau. Badan i cepat naik."Nasib baik berjaya menyedarkan diri.miahaha.Hari ni pergi ambil baju kat tailor. Tengok baju dah siap, gantung kat depan sekali lagi. Time gantung tu nampak baju macam sangat besar. Dalam hati dah terdetik "Ah sudah, takkan salah size baju kot. Abislah baju glam iiiiii.huhuhu."Pastuh cakap la kat tailor tu nampak besar baju ni. Tailor pun suruh try. Kalau besar die boleh adjust bagi fit. Bila dah try hasil sangat menggagumkan yang mana baju tuh muat-muat je kat badan saya. Takde besar mana ponnnn. Nampak sangat badan semakin mengembang.huhuhu

Ni dah jadi kontra dengan mr.teddy ni. Dia makin hilang berat badan, saya pulak makin bertambah berat badan. OHHH TIDAKKKKK!!!! Tapi punya la nak sedapkan hati boleh pulak cakap "Ye la dia boleh la kurus. Hari-hari pulun pergi gym. Pastu makan pun ada catu sana sini. Nak kurus punya pasal."

Takpa saya bagi chance kat diri sendiri nak makan puas-puas sampai bulan 5 ni. Pas bulan 5 masa untuk berjuang untuk kembali men'diet'kan diri. Berjayakah saya??????????????Yakin boleh.miahaha.Sebab apa bulan 5?Saya dah tempah baju untuk event penting bulan 5 ni. Skang baju tu cun-cun je kat badan saya. Kalau saya start diet sekarang, kemungkinan baju tu akan nampak gelebeh time bulan 5 nanti.miahaha.Lagi sekali ayat sedapkan hati. Padahal belum ready nak kurangkan nafsu makan lagi.huhuhu. Harap-harap badan tak akan mengembang lagi. Risau baju tak muat.miahaha.

~Just imagine kalau saya buruk lantak macam ni...huhuhu...Apakah hasilnya????~



Friday, April 16, 2010

Terima Kasih Cinta


Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Thanx dear...

I'm sorry




I'm sorry for what i've done =(


Thursday, April 15, 2010

Handphone oh Handphone


Assalamualaikum w.b.t

Saya berhangin betul dengan handphone 'kesayangan' ni tau. Semalam berapa kali buat hal. Memanjang la 'inactive sim' [Tak tau la problem hand phone ke problem sim card]. Tu dah satu hal, pastu kejap-kejap hang. Lepas buat call je jadi inactive sim card, pastu nak off, tak pasal-pasal hang. Mana la tak hangin. Jawapannya cabut bateri la bila dah hang tu.

Rasanya baru lagi handphone ni. Adoyai. Sabar ye handphone jangan nak merajuk awal-awal. Orang baru beli je handphone baru belum masa nak pakai lagi. Kalau time dah pakai handphone baru ko nak buat hal memang tau la nasib ko handphone.

Tuesday, April 13, 2010

Kecewanyer Raser

Assalamualaikum w.b.t

Penat rasernyer mengadap kijer office.Tender berlambak-lambak tunggu untuk di'evaluate'.huhuhu.So, curik tulang kejap singgah ker blog nih untuk meluahkan rase. Tapi bukan nak story pasal kijer office yang bertimbun-timbun ni, cuma nak share pasal karenah orang time naik train. Almaklum la kan lrt kan dah jadi transport utama saya nak g kijer n balik kijer, macam-macam ler ragam orang yang boleh kita tengok.

Saya rasa kecewa sangat la bila tengok ade lagi orang kita yang masih kurang kesedaran diri nak bagi warga tua, OKU, pregnant woman atau ibu yang tengah dukung baby duduk dalam train. Banyak kali naik train terserempak dengan orang yang macam nih. Ade sekali tuh siap berebut-rebut tempat duduk sesame sendiri. Tengok masing-masing gagah-gagah lagi, sehat-sehat belaka, belum masuk usia senja tapi....Isk kecewa la rase nyer.

Teringat dulu ader satu iklan kat tv (yang ader Adlin Aman Ramli) sama macam situation dalam lrt skang (nak tengok). Lately nih dah xder lagi iklan tu, so orang pon makin hilang kesedaran agaknyer.

Bayangkan kalau kita atau ahli keluarga kita berada di situasi mereka. Bayangkan mak ayah kita naik train yang sesak pastuh tak de orang yang nak bagi duduk. Bayangkan diri kita bawa perut naik train yang sesak pastuh takder orang nak bagi duduk. Berdiri la kita sampai ke destinasi yang dituju. Tak kesian ker. Ade sorang kawan saya kat office pernah meluahkan rasa yang sama. Dia mengandung, train penuh, tak der orang pon nak bagi duduk. Berdiri la dia sepanjang perjalanan ke office.

Ada sekali tu saya naik train n terserempak dengan sorang nenek yang nampak cam xlarat dah. Maybe anak nenek tuh bawak jenjalan KL naik train kot. Train pulak sesak time tu. Ape yang nenek tuh buat, dah x larat nak berdiri agaknyer, nenek pun duduk bersila kat bawah. Aduhai.Tak sampai hatinyer nak tengok. Orang yang berhampiran buat tak tau jerk.Tiba-tiba ada sorang chinese boy dengan lantangnyer bersuara: "Hello kakak, boleh tak bagi nenek ni duduk".Ha...amik ko sedas dusyum-dusyum kena. Kan dah malu.

Apa yang saya selalu perhatikan apa yang 'golongan' ni akan buat kalau x nak bagi warga tua, OKU @ pregnant woman duduk diorang akan buat-buat tido [tapi mata yang terpejam duk terkedip-kedip], buat-buat tak nampak, baca novel ker, paper ker, magazine ker @ start belek-belek handphone memasing.

Kalau diri saya memang tak sampai hati nak tengok warga tua, OKU @ pregnant woman. Tapi apakan daya saya sendiri pon berdiri. Kalau dapat duduk n kadang-kadang terserempak mesti bagi duduk. Tak sampai hati nak tengok dorang berdiri. Anda bagaimana????Tepuk dada tanya selera.


Monday, April 12, 2010

Weekend yang Best Tahap Gaban

Assalamualaikum w.b.t

Hari nih nak story pasal weekend saya yang best tahap gaban[chewah...tajuk entry x nak gempak pulak kan].Sebab ape best??????????Saya berdating dengan Mr.Teddy sampai ke Melaka.hohoho.Sebab tuh la best tahap gaban. Lagi-lagi spent time dengan orang tersayang kan[chewah...jiwang karat la pulak kan].hehehe. Tapi malangnyer, camera saya yang tersayang telah betray me coz batery habis tyme-tyme best camnih.huhuhu.Gamba sumer dalam camera mr.teddy n xdapat nak share kat sini.

Tyme berjalan-jalan kat Melaka ni, tak sangka la Malaysia negara tercinta nih ade tempat-tempat yang best [confuse tetiba nih...best sebab g dengan mr.teddy @ memang best...hehehe]. Tapi satu yang xbestnyer jalan jammed n banyak traffic light hingga hampir-hampir membuatkan Mr.Teddy hilang sabar [nasib baik ader penyejuk hati kat sebelah kan....kan....]. Tapi paling x boleh luper ayat Mr.Teddy:"Untung erk I tau jalan Johor, Kedah, KL n Melaka."Saya pun buat muker=p kat dier.Tak sampai beberapa minit pastuh kitorang kesesatan, carik tempat River cruise x jumper-jumper.hahaha.Tu la x bek berlagak.Kan dah sesat.Pusing tempat yang sama pastuh tempuh jammed lagi.huhuhu.

Kat Melaka nih memang banyak tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Rasernyer sumer pon tau kan. Sebab tyme kecik-kecik dulu selalu rombongan sekolah wat g Melaka. Yang extra bestnyer saya nak share kat sini adalah kitorang naik Menara Tamingsari n Melaka Rivercruise pada waktu malam. So, memang best la dapat tengok view Melaka at night. 1st tyme nih walaupun kampung saya kat Melaka.hehehe.

Fee untuk naik Menara Tamingsari sebenarnya RM 20.00, tunjuk My Card dapat la RM 10.00. Pastu kat Entrance ader orang akan ambil gambar kita. Sesiapa yang nak sewa teropong pun boleh. Dapat la 2 for RM 5.00. Teropong memang berfungsi dengan baik. Clear habis. Sampai dalam bilik-bilik kat umah orang pon boleh nampak.Isk..isk...Pengalaman memang best biler menara berpusing naik dan berpusing turun. Boleh nampak seluruh Bandar Melaka. Cantik. Bile dah kuar ader orang yang jual gambar kita yang ditangkap tyme awal-awal tadi. Harga RM 35.00 sekeping.

Fee untuk naik Melaka Rivercruise pulak RM10.00. Perjalanan yang memakan masa hampir 45 minit naik boat. Dapat tengok pemandangan yang indah sepanjang sungai Melaka. Lampu-lampu yang cantik. Rumah-rumah kampung Melaka yang dijaga baik. Pastuh di belakang bangunan yang ada kat tepi sungai tuh ader mural yang cantik-cantik.

So, kengkawan jom cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Kita selalu nak holiday kat luar negara jek sampai terlupa yang kat negara sendiri pon ader tempat yang cantik and indah macam nih. Tyme saya pergi nih ramai gak tourist. So, dengan kitorang sekali terasa cam tourist sebab gayat sama tengok.hehehe.

Thanx a lot to Mr.teddy yang bawak saya berjalan-jalan ke Melaka. Jangan serik tau u. hehehe. Next tyme mesti kita x sesat lagi.Chewah.Mr.teddy asyik cakap jer even 4 tahun kat Melaka x pernah jenjalan kat tempat macam nih. So, dengan saya nih kira melakar sejarah la.chewah=p

**frust x dapat share picture...huhuhu=(

Thursday, April 8, 2010

Farewell Party...sob...sob...

Assalamulaikum w.b.t

Hari nih office ader buat farewell party untuk staff-staff yang dah pindah and bakal berpindah [5 orang yang diraikan]. Having lunch at The Legend Hotel.Okay la. Tapi sedih by next week dah TIADA gang nak buat aktiviti jenayah, gang nak beronggeng, gang nak buat keje sesamer, orang yang nak jadi kaunter pertanyaan, orang yang sanggup dengar my celoteh yang non-stop nih, orang yang jadi tempat luah perasaan biler tension kijer.huhuhu.K.Zam teman sekerja merangkap teman sejenayah[hehehehe, jangan pikir bukan-bukan occay] dah kena transfer ker tempat lain. Ape nak buat dah nama pun keje gomen kena la ready nak kena transfer ke mana-mana. Tapi saya masih selesa di sini, masih banyak lagi bender yang nak belajar n nak kutip. Kejer memang berlambak-lambak. Rasernyer antara Cawangan yang paling busy dalam JKR. Sebab tu ramai yang xsanggup nak masuk sini. Tak sanggup nak menghadapi ke'busy'an yang melampau.huhuhu

Okay so my wish to K.zam:-

->Good luck for your future undertakings
->Semoga sukses selalu
->Jangan luper sharing any info pasal kijer...leh tukar-tukar pendapat...hehehe=)
->Dah jadi boss jangan luper saya~wahaha=)
->Jangan luper datang kawen~wah...terlebih sudah nih=p
->Happy selalu bersama keluarga tersayang[hubby, Sumayyah & Yusof]

~me & K.zam~bye bye sis
~us~
~dak comot yang sokmo nak enterframe~

Tuesday, April 6, 2010

Finally...

pergilah air mata Cover1 copy

Assalamualaikum w.b.t...

Hype...Tajuk entry xnak suspend pulak kan. Apa yang FINALLY tu yer agak-agaknyer. Finally saya berjaya menghabiskan baca Novel "Pergilah Air Mata" by Hanni Ramsul. Best tahap gaban occay citer dier. Berkotak-kotak gak r tisu habis[eh ye ker...citer nak lebey jerk actually berhelai-helai jerk]. Tyme baca novel nih raser nak meletop je dada [sekali lagi over tau]. Feel habis r. Kawan-kawan try la baca, seyes x nyesal.

Buku nih beli tyme Pesta Buku harituh la. Baru berjaya mengkhatamkan semalam. Pergh. Mula-mula raser cam lambat-lambat jer nak baca sebab tebal sangat novelnyer [858 pages occay]. Tapi memandangkan kengkawan dah kasi bakar hati suh baca, so saya pon baca la gak. Memang best. Seyes best. Feel habis.

Thanx ler kat Syue yang suggestkan kat saya penulis nih. Harituh Syue suruh cari buku "Biarlah YM Berbicara" by Hanni Ramsul. Best katernyer. Seluruh kedai buku dah cari xjumper. Dah abis. So, tyme pergi Pesta Buku harituh jumper gak, beli la terus. Memang best "Biarlah YM berbicara". LAwak xhengat. Kebetulan penulis yang sama ader buku baru:"Pergilah Air Mata". Akak 'KakiNovel' kat booth tuh duk promote-promote buku nih. Siap cakap confirm x nyesal lah beli. Thanx la akak. Memang xnyesal beli.hehehe.




Thursday, April 1, 2010

MISS YOU...

I miss you like crazy
Even More than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...