Friday, December 31, 2010

TERHANGAT/TERINDAH 2011

Assalamualaikum w.b.t


Diam tak diam dah masuk tahun baru pun. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun 2011 ni, maknanya akan ada satu lagi perubahan yang akan berlaku dalam hidup. Kiranya boleh la dianggap satu perubahan besar. Diharap semua yang dirancang akan berjalan lancar. InsyaALLAH.

Tahun 2010 banyak meninggalkan moment manis dan juga pahit untuk dikenang di dalam hidup saya. Yang mana manis tu kita jadikanlah ia kenangan terindah. Mana yang pahit kita jadikan ia sebagai teladan. Kat sini tak nak share moment pahit tapi saya nak share kenangan terindah yang terjadi di dalam hidup saya. Kebanyakannya saya dah share kat blog ni, tapi saja nak flash back balik. hehehe=)

1. Cuti-cuti Malaysia @ Sarawak [entry penuh]
Holiday yang paling best kot telah berjaya diorganize. Walaupun tak ramai yang follow, tapi still enjoy. Bukan pertama kali ke Sarawak tapi kali ni lebih best dari 1st time sebab dengan family kot. hehehe=)

2. Majlis Merisik [entry penuh]

Alhamdulillah. 1st stage sudah selesai. Pemula langkah untuk stage yang lain=)

3. Majlis Pertunangan [entry penuh]

Alhamdulillah lepas 1st stage selesai. Tiba 2nd stage pulak. Majlis yang meriah luar biasa=)

4. Sambutan Aidilfitri [entry penuh]

Sambutan luar biasa sebab kami berpakaian sedondon satu keluarga. Termasuk yang dah kawen dengan mak n ayah=)

5. Mak n Ayah menunaikan Fardhu Haji

Yang pahit tak nak la flash back balik k=)

Selain itu banyak juga peristiwa yang menjadi sejarah buat negara dan dunia. Antaranya:

- Malaysia menang PIALA SUZUKI AFF. Terus 31 Disember diisytihar cuti umum. Dan tetiba populariti Khairul Fahmi naik mencanak. Khairul Fahmi memang terbaik pun. Tabik spring kat team Malaysia.

- Kes-kes pembunuhan/kematian yang telah menggemparkan negara. ANtaranya pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati, pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, kematian Aminulrasyid, kematian Syafia Humairah akibat dipijak teman lelaki ibunya, pembunuhan seorang Ustazah dan anaknya di Negeri Sembilan.

- Bencana alam di seluruh dunia. Tahun ni rasanya memang banyak pun bencana alam antaranya Gempa Bumi Haiti, Banjir di Pakistan dan Taiwan, Gunung Berapi di Iceland mengeluarkan debu sehingga menjejaskan jadual penerbangan ke Eropah, Gunung Merapi di Indonesia meletus. Tak ketinggalan banjir teruk di Kedah.

- Kes skandal Ariel Peterpan pon hangat gak. hehehe




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...