Tuesday, December 14, 2010

Rimas

Lari, lari, lari
Aku lari tingalkan semua ini
Untuk mencari, cari, cari
Ketenangan diri

Pergi, pergi, pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini

Ha kan dah ternyanyi lagu Rimas - Fabulous Cats. Apa la yang saya rimaskan sangat agaknya ni kan. Saya kalau dah serabut camni tiada yang lain selain kat office. wahaha=) Rimas la dengan orang yang suka sibuk-sibuk kerja kita a.k.a busy body. Kalau sibuk-sibuk tanya tu nak tolong buat kerja ke boleh tahan la tapi ni memang jadi tukang sibuk je. Tengok meja serabut, tanya banyak kerja ke [ Eh tak ada la, aku memang suka meja sepah-sepah ni. Nampak bz sikit ]. Keluar bilik bos, tanya bos cakap apa [ Napa? Kalau kena marah ko lagi suka ke . Bos bagi pengecualian tak pergi dengar seminar sebab ada kerja nak kena settle, tanya tengah buat kerja apa. Malas la nak layan weyh.

Pastu selalu buat gaya-gaya cam ramah-ramah. Contoh muka saya tengah seceria pelangi, tak pun time tu muka tengah berkerut sebab kusyuk sangat baca blog orang, dia masuk bilik saya buat gaya ramah-ramah tanya "Apsal muka ko serabut?" La...what the...Last-last saya jawab "Ko serabut ke aku yang serabut." Ha ambik senang hati. Ye la kekadang tu saya tengok dia lagi serabut dari saya, tapi saya tak ada pun sibuk-sibuk nak tanya ko serabut ke ape ke. Semua pun paham kat office ni mana ada orang yang tak serabut. So, tak yah sibuh boleh tak. Lagi serabut bila ko menyibuk. Rimas la. Yang lagi peliknya bila si tukang sibuk ni adalah lelaki. L.E.L.A.K.I ok. Selalunya yang bz body ni orang perempuan jer kan. Ntah la. Maybe tu pulak cara dia nak hilangkan serabut diri sendiri.hehehe=)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...