Monday, December 13, 2010

Raikan Cinta : 3 Kisah



Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak mengupdate story pasal majlis kenduri kengkawan. Biasa la bila musim-musim cuti sekolah ni, ramaila jugak yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin masing-masing=) Ada tiga kisah yang saya nak share dekat sini. Tahniah kepada pasangan yang yang diraikan. Semoga berkekalan ke akhir hayat.AAMIIIIIN.

Kisah 1: Pa'an & Jue

Majlis Pa'an & Jue berlangsung pada 5 Disember 2010. Pa'an adalah classmate kat TIKL. Agak rapat dengan Pa'an so, kalau tak pergi rasanya memang tak patut la kan. hohoho. So, saya pun dengan sedaya upaya memujuk la Mr. Teddy untuk membawa saya nun ke Sungai Besar untuk pergi wedding Pa'an. Mr.Teddy memang memenuhi syarat jela kan sebagai tukang bawa bukan tukang teman. hohoho.

Masa saya sampai, pengantin tengah makan beradap. So, tak nak la kacau kan. Saya pun isi la perut dulu. Lapar la katakan. Colour tema adalah merah putih. Pa'an & Jue pakai serba putih. Jue sangat cantik almaklum la ratu sehari. hehehe. Ramai la jugak schoolmate yang datang. Acara wajib before balik adalah bergambar dengan pengantin. Kitorang bergambar di bawah pintu gerbang tu. Cayalah.


~Kedua mempelai. Sama cantik sama padan~


~Pose beramai-ramai before balik~


Kisah 2: Tika & Akmal Harith

Perjalanan ni kali agak jauh yang mana ke selatan tanah air. Agak nostalgia bila turun JB setelah hampir dua tahun tak jejak JB. Ye la after grad master. Pastu sekali turun time wedding Nazihah. Pastu dah tak turun-turun lagi. Selalu kalau ada yang kengkawan lain yang kawen mesti ada hal lain yang tak boleh nak elak. Kali ni dah tengah free tu excited pulak nak turun. Terus roger Husna nak tumpang. Husna pun on. So, jadi la kiranya turun ke JB. Kitorang gerak hari Jumaat malam after office hour. Stay kat umah Miza.

Majlis Tika berlangsung pada 11 Disember 2010 di Bandar Penawar. Tika ni adalah classmate time degree dulu. Tika, Miza & Husna adalah besties. Tiba-tiba saya pun ternyibuk sekali. wahaha. Apa ada hal kan. Time kitorang sampai Tika ngah make up lagi. So, kitorang pun isi perut dulu. Pastu masuk balik umah tunggu Tika bersiap. Lepak je la dalam bilik pengantin. Lama gak kitorang stay kat wedding Tika ni. Dah siap bersanding semua baru la kitorang balik. Acara wajib adalah bergambar dengan pengantin mesti la tak boleh miss. Colour tema adalah pink putih. Tika pakai serba putih.


~Ambil aura pengantin~


~Sila abaikan budak gumuk di sebelah kiri tu~
Kisah 3: Yanie & Pian

Yanie pun classmate time degree. Majlis Yanie berlangsung pada 12 Disember 2010 di batu Pahat. Daripada JB kitorang ke Batu Pahat pulak. Jauh perjalanan. Sampai time pengantin dah bersanding pun. Yanie nampak cantik sangat. Yang paling best theme colour Yanie sama dengan majlis saya nanti. So, saya pun amik gambar bebanyak. Mana tau boleh guna nanti. hehehe=D
Ada persembahan kanak-kanak menari zapin lagi. Jumpa ramai classmate kat wedding Yanie. Kiorang ni kalau dah berkumpul memang heboh macam majlis sendiri jer. Saya sempat la bisik-bisik kat kengkawan suh Save The Date wedding saya. hehehe=)Before balik kitorang sempat pose dulu kat pelamin dengan pengantin. Yang lawaknye kitorang dah naik pelamin, pastu pengantin turun pelamin lak sebab nak bersalam dengan keluarga pengantin lelaki. Kitorang je la pose sendiri kat pelamin dulu. wahaha.


~camwhoring~



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...