Friday, December 3, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 5 : Sesi Terjahan Ke IKEA

Assalamualaikum w.b.t

Ehsan : Google

Dah lama tak mengupdate preparation Dua Hati Menjadi Satu saya kan. Tak ada progress sebenarnya yang nak diupdate.huhuhu. Nampak sangat pemalas kan nak gerakkan progress =).

Semalam saya telah melakukan sesi terjahan ke IKEA. Tak ada la terjahan sangat sebenarnya coz saya call dulu IKEA tanya produk yang saya nak tu ada stock ke tak. Ni adalah sesi terjahan yang ke-2 la kiranya. Masa 1st pergi haritu, tak ada stock. So, abang IKEA tu suh call balik nanti check stok dah ada ke lom. Abang tu cakap stok maybe ada early December. Pastu saya pun call la dah nak end of Nov tu. Nak check bila stok akan ada. Stok ada mid of December lak. Ok. Hampa lagi. Tapi ntah camne la plak kan, saya tergerak hati nak call semalam. Jawapan yang menggembirakan coz stock just came in ada 500 unit lagi. Ok tak leh terlepas ni. Kalau terlepas tak tau la nak tunggu bila plak akan ada stock lagi.huhuhu

Saya pun terus la ajak housemate saya [K.Kurin] teman g IKEA. Tapi ada satu masalah lagi kalau beli nak letak kat mana. Banyak tu nak borong. Takkan nak angkut naik tingkat 11 pastu bawak turun balik nanti nak bawa balik Klang lak. Memang naya. Kereta pun ntah muat ke tak. Saya pun call balik IKEA, tanya boleh tak kalau beli hari ni n amik esok. So, boleh. Kitorang pun terus la pecut g IKEA.

Sampai IKEA dah dekat pukul 10 mlm. Kitorang pun kelam kabut la, sebab IKEA tutup pukul 10. K. Kurin drop kan saya dulu, then dia cari parking. 1st time kot pergi IKEA, tak der bersiar-siar kat tempat lain. Terus pergi kat department yang dituju. Terima kasih la kat STAFF yang jaga Department tu. Memang mesra pelanggan. Saya tak sempat tengok lak nama dia, kalau tak boleh bagi credit kat sini. Tolong angkatkan barang. Sebab nak harap kederat kami dua orang ni memang tak terdaya la kan. Pastu tolong callkan Customer Service nak simpan barang. Pastu tolong tolakkan trolley pulak sampai ke Customer Service Office, sebab dia tengok saya tak larat nak tolak trolley. hohoho. Thank you so much.

So, selamat dah la saya membeli apa yang dihajatkan. Hari ni nak pergi pick up lak dengan Mr. Teddy. Hope muat la kereta Dy. Tak muat kena pikir solution lain plak. hohohoho. Dah beli barang ni, tak sabar lak nak start buat. hehehe. Next DIY project. Bape banyak next daa...tapi tak ada progress pun. Actually saya dah ada satu DIY project yang dah siap mock up, tapi belum update lagi sebab tak berapa nak puas hati dengan hasil mock up tu. Nanti saya update k bila dah dapat hasil yang best untuk dipertontonkan.

Nota kaki: Kalau produk yang kita nak tu tak ada stock, jangan keberatan untuk selalu call vendor/supplier untuk follow up. Terutama kalau store yang besar-besar. Kalau kita duduk diam jer, takut stock yang dah ada tu habis then kena tunggu stock lain pulak masuk=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...