Monday, December 27, 2010

Kita Merancang Tuhan Tentukan

Assalamualaikum w.b.t

Agak-agak ada cara-cara tajuk lagu tak tajuk entry saya?hehehe=D. Di kesempatan ini nak share satu berita yang agak menyedihkan. My ex-kawan rapat kat office [ex sebab dia dah transfer, tapi tetap kawan rapat saya sampai bila2] baru sahaja kehilangan baby tersayang. Sedih kan. Dahla dikendong sembilan bulan, hari-hari yang ditunggu membawa berita duka. Alfatihah untuk Arwah baby tersebut.

Masa melawat Deck, sangat sedih tengok keadaan dia. Tapi kami yang melawat ni tak boleh sedih-sedih, kena beri semangat kat Deck. Be strong k. Dah la 1st baby. Semua orang tunggu. Kami yang kawan-kawan ni pun excited tunggu news Deck dah bersalin ke belum. Tanggal 21 Disember, terima sms Deck. Nasib baik saya sempat habis baca, kalau tak dah nak melonjak gembira Deck selamat bersalin. Rupanya Allah lebih menyayangi baby Deck.

Patutla ada orang-orang tua berpesan jangan over excited dalam apa-apa jua yang dirancang, sebab apa yang bakal berlaku sukar kita jangka. Tapi apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tu semua ketentuan qada' n qadar. Fikir positif untuk terima sebarang kemungkinan. Kita merancang tuhan tentukan. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...