Wednesday, December 8, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Prosedur Part 2 : HIV Screening Test


Assalamualaikum w.b.t

Hari Isnin haritu saya dah pun selamat buat HIV test kat Klinik Kesihatan Pandamaran. Along yang tolong hantarkan. Sekejap je prosesnya. Mula-mula sampai cuak gak tengok ramai orang. Saya terus pergi ke kaunter untuk buat pertanyaan berkenaan prosedur untuk buat HIV Screening test. Nampaknya saya pergi ke kaunter yang betul then Akak tu pun terus bagi borang dan suruh saya ambil nombor kat bilik 12. Dah settle isi borang saya pun amik nombor n tunggu giliran.

Bila dah sampai giliran saya pun masuk la bilik rawatan, terus bagi borang kat Akak Nurse. Akak Nurse tu pun mulakan proses untuk ambil darah saya. Dia ikat lengan n suruh saya gengam tangan. Nervous dah time tu. Banyak ke nak amik darah. huhuhu. Padahal saya biasa je derma darah time study dulu, tapi tak tau nape nervous. hahaha. Saya siap tanya Akak Nurse tu banyak ke nak amik darah. Akak Nurse tu boleh pulak gelakkan saya. Tak baik tul. huhuhu. Dah siap amik darah Akak Nurse suruh saya hantar sendiri darah ke Lab then pastu kena pergi kaunter 1 pulak ambil nombor untuk jumpa doktor. Saya pun g hantar darah ke Lab. Tunggu sekejap terus dapat result. Saya pun g balik Kaunter 1 untuk amik giliran jumpa doktor. Jumpa doktor tu untuk dapatkan cop & tandatangan je pun sebenarnya. Yang ni lama gak ler tunggu. Sebab pesakit lain pun jumpa doktor yang sama. Dah dapat cop & tandatangan, doktor suruh saya pergi jumpa pulak nurse yang ada kat area belakang Klinik. Tu pun untuk dapatkan cop gak. Berapa kali tanya Nurse tu dah settle ke sebab cam terkejut la kejap je prosedurnya.hehehe. Sengal kan.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...