Thursday, December 30, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 6 : Kad Jemputan

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak mengupdate berkenaan dengan kad jemputan pulak. Setelah buat survey dengan beberapa mantan pengantin yang terdiri daripada kawan-kawan sendiri, tengok-tengok dalam majalah n kad-kad yang dapat daripada kawan-kawan so saya buat keputusan untuk tempah dengan satu vendor ni kat area Jalan Pudu.

Banyak sangat design sampai naik rambang mata dibuatnya. Kepada para bakal-bakal pengantin yang nak tempah kad sila pastikan:

1. Tarikh Perkahwinan - Penting ni. Kalau tak ada date camno nak book kad.

2. Maklumat yang diperlukan - Jangan pergi dengan tangan kosong je. Pastikan anda ada maklumat yang lengakp seperti map, nama ibu bapa & pasangan, nombor telefon, aturcara majlis dsb.

3. Jumlah jemputan - Bila dah ada jumlah jemputan, so boleh la anggar jumlah kad yang nak ditempah bagi mengelakkan pembaziran ataupun kekurangan.

4. Pihak yang bertanggungjawab - Pastikan siapa yang tukang bayar deposit, tukang pilih design, tukang ambil kad. Bukan apa, ni semua untuk mengelakkan salah faham.

5. Budget - Kena tau range budget bape? So, tak ada la berangan nak yang vouge de vass sekali over budget pulak.

So before pergi tempah tu sila pastikan perkara di atas k. Tarikh perkahwinan saya family yang decide. Maklumat-maklumat yang diperlukan Ancik n Uteh saya tolong supply. Ancik bagi idea suruh guna jer map jiran saya. So, settle dah kat situ. Jumlah kad yang nak ditempah saya terus refer kat mak saya. Tapi rasa cam berlebihan. Malas nak argue, so follow jer la=) Kalau lebih nanti pepandai la. Dalam kes saya, saya adalah tukang bayar deposit dan tukang pilih design. Tukang ambil kad tu memang saya tapi tak sure sapa yang akan jadi transporter.hehehe. Budget saya terus terang cakap tak nak lebih dari RM1. So, saya dapat kad yang berharga RM0.80 sekeping. Tak tau le mahal ke tak tu. Rasa murah dah. hehehe. Tak sabar nak tunggu kad siap=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...