Friday, December 10, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 2: Bunga Korsaj

Assalamualaikum w.b.t

Ingat tak dalam entry ni saya ada story ada satu DIY project yang terperuk lama tapi saya tak update-update lagi . wahaha. Hari nak update pasal DIY tu. Finally saya dapat gak hasil mock up yang saya suka. Tu saya eh, orang lain saya tak tahu. hohoho=)

Inspirasi adalah daripada gambar di bawah ni, walaupun tak dapat hasil sebijik tapi ala-ala pun ok la eh. wahaha Ayat sedapkan hati sendiri

~ Ehsan Google~

Dan di bawah ni pulak adalah hasil yang saya buat Tengah tutup muka ni. Malu hasil yang tak berapa nak cun .

~Beberapa kuntum bunga korsaj yang berjaya disiapkan~

Bunga yang saya gunakan adalah bunga span. Beli dekat SSF. Bunga kecil tu paling susah nak cari. hohoho. Banyak kedai dah saya pergi banyak yang tak memenuhi citarasa. Last-last jumpa bunga ni kat SSF gak. Yang batang bunga korsaj tu nanti saya akan balut dengan ribbon grey seperti di bawah ni.

~Close up sikit hasilnya~

Bunga korsaj ni saya sediakan untuk dipakai oleh family saya. Untuk penanggah nanti saya buat/cari yang lain. Belum decide samada nak buat sendiri atau beli. Ilham belum datang. hehehe=)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...