Thursday, December 2, 2010

Berkira La Sangat!!!

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni suasana di office agak kepanasan gara-gara dapat projek baru lagi. hohoho. Projek yang sedia ada pun tak terhandle dapat lagi dah projek baru. Sekarang ni tengah ada dua kemungkinan samada orang nampak yang saya ni terlalu free sangat atau buat kerja cepat sampai duk la kena tambah kerja baru. Tapi rasanya sebab yang pertama kot sebab saya tak de la cepat sangat pun buat kerja. Berangan gak time buat kerja tu Pengakuan ikhlas ni Orang cuti seminggu saya kena cover gak kerja orang tu. Tapi apa boleh buat SYMP, buat je la kan. Tak kisah. Dah nama pun makan gaji. Dibayar gaji untuk apa lagi selain daripada berkhidmat untuk negara. chewah. Saya tak de pon nak merungut sampai kecoh satu dunia yang saya buat kerja banyak. Yang citer kat sini tak kecoh ke ha???wahaha.

Tapi ada la sorang hamba ALLAH ni, uiii punya la kecoh dia punya kerja berlambak. Sampai kekadang naik rimas lak dengar rungutan tu. Dah nama pun awak tu duk kat bawah orang yang bercuti tu, kira standard la kan boss pass kat awak kerja orang tu kan. So, apa yang nak kecohnyer. Yang orang tak der kena mengena macam saya ni tapi kena buat gak kerja tu apa cer???Tapi macam yang saya cakap kitakan SYMP, buat je la. Takkan nak cakap boss xnak buat. Memang boss sound sekarang juga awak letak surat resign. Ni sampai ke tahap hal yang kecik-kecik pun nak kecoh apa ke halnya la kan. Yang paling tak boleh blah dengan nama-nama saya sabit sekali dia kena buat kerja saya. Ape hal???Tak tau la kerja apanya yang saya suruh tu. Berkira sangat la buat kerja. Tau la kerja Departmen QS. Kira duit dah la. Tak yah la nak kira beban kerja sekali. Adoyai. Serabut dengan orang macam ni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...