Thursday, November 11, 2010

Stress Memanjang

Assalamualaikum w.b.t
Sekarang kat office saya ni tak tau la apa masalahnya tau. Internet slow yang amaaaaaaaat sangat. Lembab macam siput. Memang sekarang dah x block lagi FB tapi bukan boleh masuk pon dah internet slow kan. Kawan-kawan office bising gak kan cakap better block jer FB, bukan leh guna pun...sampai kan nak buka page lain pun jadi slow. Die punyer tahap slow tu sampai nak buka google n yahoo pon berejam. Sedih tak agak-agak. Kadang-kadang ada gak page yang kita nak masuk kan untuk kerja such as PKK ke, CIDB ke.
Tapi terubat la sikit bila telefon office dah boleh call out. Tak terhad ke kws sekitar KL sahaja. Maybe dah terdengar keluhan saya before ni. Wah macam besar sangat je eh airen sampai orang nak prihatin. Sebenarnya kitorang buat permohonan.hehe
Dah alang-alang citer pasal office saya ni, saya nak cite la pasal hamba Allah ni. Hampir setiap minggu hamba Allah ni menepek kat office saya tanya status projek. Pastu push-push suruh cepat. Masalahnyer benda ni melibatkan banyak pihak, kalau kita memang dah speeding nak siapkan, tapi bila sampai kat pihak lain drag benda tu jadi lama, lama la jadinya kan. Saya siap buat kronologi lagi tengok siapa yang drag jadi lama. Saya dah proses awal tapi kalau dah orang lain yabg hold lama camne cerita. Bila follow up tengah semak.
Pastu kan hamba Allah ni ingat projek dia sorang je ker saya jaga. Daripada boleh nak melayan die menempek kat office sekarang rasa menyampah n rimas. Kalau jenis yang duduk sekejap takpe la gak ni sat g duk lelama, kerja kita yang lain pulak tertangguh. Pastu bila tengok kita terkejar sana sini boleh pulak tanya "busy eh"...nak jer jawab " eh xder la saya tengok bersenam kat office ni" hohoho.So apa kita patut buat dekat orang macam ni???

Oh cik Airen tolong jangan stress memanjang, jika anda stress anda akan menjadi seorang yang kuat makan. Jika anda menjadi seorang yang kuat makan, badan anda akan semakin mengembang. Jika badan anda semakin mengembang, baju nikah n kawen anda akan tidak muat... Eh ada kaitan ke... Hehehe
Sent from my iPhone



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...