Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Assalamualaikum w.b.t

Esok dah raya haji. So, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam. Bercerita berkenaan Raya Haji ni, kengkawan ada pengalaman tak tengok lembu kena korban ni. Saya ada la pengalaman yang diingiati sampai la ni. Time tu kami buat korban dekat office kakak saya. So, kakak saya ajak la pergi tengok lembu. Time tu bawak anak-anak buah sekali. Anak-anak buah saya excited la kan nak tengok. Saya ni sekadar peneman jer la. Boleh tahan dekat la kitorang tengok. Masa tengok darah yang banyak xder feel aper-aper. Tapi dah lepas-lepas tu saya pening-pening. Balik umah saya tidur. Bila bangun tido semua tegur muka saya pucat. Pastu mak saya bagi saya hidu limau yang dipotong sikit. Dah hidu limau tu barula ok. Rupa-rupanya saya mabuk darah tanpa disedari. Sebelum ni rasa tak ada apa-apa pulak tengok darah. Maybe tak pernah tengok banyak macam tu kot. huhuhu. Aidiladha ni besar maknanya tau selain daripada Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail daalm memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain daripada Ibadat Korban tu sendiri yang kita laksanakan, pengorbanan dalam hidup kita juga untuk menyempurnakan rukun Islam juga adalah tanda keimanan yang mana besar maknanya.

Tahun ni raya haji sepi sikit kot. Buat pertama kali kot beraya tanpa mak ayah di sisi. Mak ayah jauh menunaikan Ibadah haji. Moga semuanya selamat dan mak n ayah dikurniakan haji yang mabrur.AAMIIIIIIN.

Nampaknya kami adik-beradik je la yang tinggal meneruskan acara tahunan iaitu masak ketupat, rendang ayam, rendang rempah n kuah kacang. Cuma tahun ni ada menu tambahan, kuah masak lodeh. Last week saya balik, kebetulan ada bacaan Yassin kat rumah kami pun dah berbincang n membahagikan tugas masing-masing. Yang pasti saya takder apa-apa tugas. hohoho. Tolong makan je la kot. hehehe. Nak kena seligi dengan abang-abang n kakak-kakak berani la ko tolong makan jer. hahaha.

Rasa besyukur sangat dapat family macam ni, even mak n ayah jauh tapi kitorang still bersatu untuk buat apa-apa. Kalau ada apa-apa yang menimpa adik-beradik yang lain mesti akan buat meeting untuk sesama selesaikan. Sehinggakan urusan hal perkahwinan saya pun banyak adik beradik support. Nak tunggu mak n ayah balik takut tak sempat, so mana yang kami boleh proceed, kami proceed dulu. Sampaikan keluar dialog dari kakak saya ko nak kawen aku nak kawen ni. wahahaha=)

Anak buah saya pernah bertanya kat kakak saya time tu kitorang tengah meeting untuk uruskan urusan mak n ayah ke Tanah Suci: "Ibu, adik beradik ibu boleh tak kumpul-kumpul macam ni, rapat macam ni bila nenek dengan atuk dah tak ada nanti." Sebab dia tengok family sebelah ayah dia tak macam kami. Jarang berkumpul sebab dah tak ada orang tua. So, baru-baru ni saya cakap pulak kat anak buah saya: "Man, soalan ko dah terjawab ke belum yang kitorang boleh berkumpul even nenek n atuk tak ada...". Kebetulan baru-baru ni sepanjang mak n ayah tak ada macam-macam yang jadi kat family saya. Ujian semua tu nak tengok kami mampu bertahan atau tak. Alhamdulillah kami tetap bersatu hati untuk sama-sama cari penyelesaian. Kira-kira soalan anak buah saya dah terjawab.

SAYA SAYANG FAMILY SAYA SANGAT-SANGAT.

~ One Happy Family~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...