Monday, November 29, 2010

Melepas rindu....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah mak n ayah saya dah selamat sampai dari tanah suci pada hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga menjemput mak n ayah di KLIA. Pergh memang ramai orang yang menjemput ahli keluarga masing-masing. Perasaan time tu sangat teruja tau. Tak sabar nak jumpa Mak n Ayah. Ye la sebulan lebih tu Mak n Ayah pergi. Rindu gile ok.

Malam Sabtu tu gak lepas Isya' buat kenduri kesyukuran untuk Mak n Ayah. Hari ahad tu sambung dengar cerita mak n ayah. Memang seronok dengar cerita Mak n Ayah sampai saya pulak yang teruja nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci. hehehe=)

Banyak gambar n video yang sempat di capture. Malangnya semua dekat abang n kakak saya walaupun tukang amik video adalah saya. So, tak dapat la nak men'upload' kat sini. huhuhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...