Monday, November 15, 2010

Kalau Berpacaran

~sumber ehsan: Google image~
Assalamualaikum w.b.t

Di kala kepala tengah serabut ni, petang-petang ni dah ok sikit layan lagu pon best kan. So, kengkawan sekarang ni lagu apa yang paling melekat di kotak fikiran korang? Kalau pergi mandi pun nak nyanyi lagu tu. Orang di sekeliling pun ramai yang nyanyi lagu yang sama menyebabkan makin melekat di kotak fikiran.

Bagi saya lagu KALAU BERPACARAN - Suhaimi Mior Hassan ft Ana Rafali & Altimet. Serious lagu ni memang catchy. Lirik pun sempoi senang nak ingat terutama bagi orang kuat pelupa cam saya.hahaha. Kat office ramai yang nyanyi lagu ni tau. Memang melekat la.

Dah lama tak dengar lagu best camni. Selain daripada lagu tu sendiri yang best, lirik lagu ni sarat dengan message. Sangat sesuai la dengan peredaran zaman sekarang yang banyak isu sosial sana sini. Tabik spring kat lyricist. [toink...toink...]. Tak ramai yang mampu menyampaikan message dengan berkesan dalam hiburan. Sebab kadang-kadang lirik penuh nasihat, tapi lagu lak tak catchy. Susah nak melekat. Tapi lagu ni package la kiranya. Sedap didengar dan nasihat yang disampaiakn boleh juga dijadikan peringatan untuk diri sendiri.


Kat bawah ni ada lirik lagu Kalau Berpacaran. Hayati la k. Memang penuh nasihat.

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang


Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


(Ana Raffali)


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama


Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


* Ulang korus


(Altimet)


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga


Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa


Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


* Ulang korus 2x

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...