Sunday, November 14, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 4 : Sesi Terjahan ke Shajaratul Design


Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya telah membuat sesi terjahan ke Shajaratul Design. Mencari sesuatu. Door gift untuk tetamu sebelah lelaki dan juga kawan-kawan office. Apakah dia? Tunggu yerk hehehe. Barang yang saya nak tak der stock. So, kena la tempah dulu. Sekejap jer dapat jumpa K. Shaja sebab saya main terjah je kan, xder sebarang appoinment K.Shaja ada food testing. K.Shaja memang sangat peramah dan ceria je. Senang berurusan dengan K. Shaja.

Kat Shajaratul Design ni banyak sangat door gift yang cantik-cantik. Kawal je la nafsu. huhuhu. Saya memang dah survey sebelum ni apa yang perlu di cari. So tak der la mengambil masa yang lama nak buat pemilihan tu. So, kengkawan bolehla melawat sendiri ke kedai Shajaratul Design. Memang serious best.=)

~Yang atas yer kedainyer bukan yang Nippon paint tu~

Nota kaki : Biasanya kedai-kedai macam ni ada website sendiri. So,sebaiknya sebelum buat sesi terjahan tu survey dulu kat website produk apa yang kita nak. Satu boleh menjimatkan masa. Kedua boleh kawal nafsu sikit daripada terbeli benda2 lain yang tak diperlukan dan sila pastikan anda bawa duit secukupnya untuk beli barang yang anda nak jer. hohoho. Tapi kat kedai Shaja boleh bank in plak.huhuhuh.


2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...