Thursday, November 11, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 3: Baju Nikah

Assalamualaikum w.b.t

Seronok rasanya tengok link kat sebelah ni makin bertambah...hehehe...Okieh hari nak mengupdate berkenaan dengan Baju Nikah pulak. Saya telahpun selamat membeli kain untuk baju nikah last week dengan Deck setelah beberapa kali plan kitorang tertangguh. huhuhu. Ni pun curi time office sebenarnya. Ssshhh. Jangan report kat bos saya erk.

Masa saya sibuk duk belek majalah Pesona Pengantin Ni adalah kawan karib saya sejak beberapa bulan ni , adalah berkenan dengan beberapa kain kan, kebanyakan dari Euro Moda. So, pada hari kejadian saya dan Deck pon memulakan misi pencarian di Euro Moda kat area Jalan TAR. Tapi tak jumpe pon yang berkenan di hati.sob...sob...Tapi adalah terlekat hati dengan satu kain ni 'Gucci Lace' kot kalau tak silap nama dia. Memang berkenan habis dah ni. Tapi tu la, tak puas hati lagi kan sebab nanti jenjalan jumpa yang lagi cantik.wahaha. Kitorang pon meneruskan misi pencarian ke Binwanis dan Jakel. Thanx sesangat ler kat Deck yang sudi teman dah la dengan dia bawak perut lagi. Nanti aku belanja ko eh Deck.hehehe.

Akhirnya hati saya terpaut dengan kain kat Jakel. Sebenarnya berkenaan dengan ada satu kain tu tapai mahal yang amat dekat RM1000 lebih-lebih dekat RM2000 kot. Tapi memang sangat cantik kain tu. Serious tak tipu. Sepadan dengan harganya.hohoho. Kalau beli gak mau kena catu makan. wahaha. Tak termampu la den nak membelinya. So, setelah menggunakan kata hati dan pertimbangan akal sewajarnya saya pun downgrade sikit la taste ni setimpal dengan kemampuan.hohoho. AKhirnya saya pun decide la kain yang saya pilih ni yang mana memenuhi citarasa n paling penting harga yang berpatutan Bagi saya la. Tapi kalau ikut Mr.Teddy dia kata mahal. huhuhu

Setelah selesai beli kain untuk baju nikah, tibalah masa untuk tempahan pulak. Semalam saya pun memulakan misi pencarian tailor untuk baju nikah dengan akak-akak office. Menurut diorang banyak ada kat Medan Mara. Kitorang pun pergila survey ke Medan Mara. Memang banyak tailor dengan harga yang bermacam-macam. Pastu saya berhajat nak survey di Amin Jauhary, Pertama Kompleks pulak. Before pergi tu saya call Deck dulu tanya kat mana Amin Jauhari n tanya harga coz Deck dulu baju sanding tempah kat Amin Jauhary. Deck pun bagi direction, Tak ada direction pun sebenarnya, Deck gtau tingkat berapa jer sebab dia pon tak ingat.huhuhu saya pun dengan gagahnya cari la dekat Pertama Kompleks ni. Selamat pun jumpa=)

Memandangkan time tu kitorang agak kesuntukan masa, saya sempat bertanya harga untuk design yang saya nak n bergantung gak dekat jenis kain nikah saya tu. Dah dapat harga n rasa berpatutan kot saya decide akan datang balik pas office hour for further discussion. Lepas office hour tu saya pun terus la serang Amin Jauhary. Bagus tau staff kat sini. Ramah n senang nak bawak berbincang. Tak sabar rasanya nak tengok hasil baju nikah saya bila dah siap. Camne rupanya. Design apa yang saya buat. Tunggggggggggggguuuu. hahaha. Poyo eh. Saya pilih design paling simple jer sebenarnya. So, ukuran telah diambil dengan itu misi mengekalkan berat badan sekarang bermula. Jangan nak mengembang banyak sangat. Sat g tak muat baju nikah baru padan. hohoho.


Nota kaki: Saya memang sengaja tak nak letak gambar kain yang saya beli tu...Suppppprise....hehehe...Akak-akak kat office nak tengok pun saya tak tunjuk tau....Sebenarnya takut nak terima kenyataan kalau diorang kutuk...miahaha...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...