Sunday, October 31, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Prosedur Part 1:Kursus Nikah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ni n semalam, saya dan Mr.Teddy selamat pergi ke kursus pra-perkahwinan. Yeah boleh kahwin. gatal eh ko airen...lempang laju-laju . Banyak lagi la prosedur sebenarnya yang perlu saya dan Mr.Teddy settlekan. Kira kursus kahwin ni baru berapa % jer tau.

Kami pergi kursus kat Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Nak jadi cerita time hari Sabtu tu, kitorang berdua berkobar-kobar la kan nak pergi kursus. Before tu saya dah tanya kat K.Cik kursus kahwin kat mana. K.cik dengan confidentnya bagitau kat Pejabat Agama yang dekat dengan Mahkamah Syariah. Saya pun ok la. Kalau kat situ tau la kan. So, pada hari kejadian saya dengan Mr.Teddy dengan semangat yang berkobar-kobar nak dengar ceramah ni pon pergi la ke 'pejabat agama' yang K.cik maksudkan. Time kitorang sampai 'pejabat agama' tu lengang je. Ait biar betul kan. Kitorang pusing lagi sekali takut terlepas pintu ker. Tapi memang betul pintu tutup. Pusing kot belakang pulak. Sama jugak. Mr. Teddy dah dekat-dekat nak berasap. hohoho. Dalam kekalutan tu, tetiba Mr.Teddy boleh pulak perasan satu banner yang tergantung "Pejabat Agama Islam Daerah Klang telah berpindah ke sekian-sekian tempat". La pulak. Kat mana arah pulak tempat tu. Terus call K.cik tanya kat mana. K.cik pon bagi direction, Alhamdulillah kitorang pun selamat sampai dan dapat la jugak berkursus.Macam-macam hal.hehehe.

Overall seronok la juga. Bayaran yang dikenakan RM80. Berbaloi-baloi. Setiap peserta dibekalkan dengan bag yang berisi sebatang pen, buku nota kecil Tak puas buku nota kecil ni dan buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' Sebenarnya sekarang ni tengah hangin dengan i Phone kesayangan ni...Nak upload pict x boleh pon . Makan pun disediakan. Lauk-lauk best woo.
~Inilah buku yang saya dapat~

Alhamdulillah, banyak pengetahuan yang saya dapat n hope boleh praktikkan di alam rumah tangga nanti. InsyaALLAH. Para penceramah yang bagi lecture pon best-best yang mana diorang tak kedekut untuk share tips-tips untuk bakal pengantin. Selain daripada tips-tips penceramah explain juga prosedur permohonan pernikahan which is saya memang sangat-sangat penting. So, clear la sikit kan apa yang patut dibuat. Nak share kat sini pon banyak kan so, kengkawan silalah lapang-lapangkan masa tu n pergi berkursus ok. Yang belum sampai seru pon boleh tau nak pergi coz ada tips memilih pasangan.hehehe. Ha mesti teruja dah kan nak pergi. hehehe.

Nota kaki: Prosedur yang melibatkan permohonan dan kelulusan sebaiknya dirancang dengan betul bagi mengelakkan kelam kabut terutama bagi pasangan yang macam saya dan Mr.Teddy. Duduk berjauhan. Tapi jangan start awal sangat pulak sebab sah laku kelulusan/kebenaran hanya 3 bulan. Sebaiknya, pihak lelaki serahkan kelulusan/kebenaran kepada pihak perempuan 1-2 bulan sebelum majlis akad nikah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...