Monday, October 25, 2010

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 1: Package Baju Pengantin

Assalamualaikum w.b.t

Bila meronda-ronda ke blog-blog B2B kebanyakan letak checklist yerk. Saya ada gak buat checklist, tapi memandangkan banyak sangat lagi yang belum di tick rasa segan plak nak tunjuk.wahaha=) Time jenjalan tu gak la saya tengok ramai B2B yang tunjuk hasil tangan DIY masing-masing. Memang sangat menarik n membuatkan saya pun nak try gak. Ada a few DIY ideas yang saya rasa saya boleh buat kot n nak try la nanti almaklum la kekangan orang tak berapa nak seni ni. wahaha=)

Buat masa sekarang yang saya dah settle just package baju pengantin n pelamin. Semalam baru settle bayar deposit. Butik pengantin yang saya pilih adalah Azika Collection. Memang sangat best n cantik-cantik belaka baju pengantin kat sini tau. Naik rambang mata dibuatnya.

Pilihan hati saya asalnya baju lain untuk Majlis Bersanding tau. Memandangkan ramai yang bertembung pada hari yang sama tu, so dah ada orang lain yang pilih baju tu.hohoho. Keciwa rasanya. Tapi dengan tak malunya saya tanya la ada tak nak buat baju baru dalam masa terdekat ni dan yang penting colour n design ala-ala baju yang saya berkenan tu. Tokei Kedai, Kak Z cakap ada. Dia pon tunjuk la kain n design yang nak buat tu, saya pon berkenan la walaupun tak der la sebijik macam yang saya berkenan mula-mula tu. Cuma kena tambah duit sikit. Tunjuk kat kakak-kakak saya diorang pon agree. Settle satu hal. Cuma nanti kena datang dengan Mr. Teddy sekali sebab nak amik ukuran memandangkan baju tu adalah baju baru.

Pastu pilih baju untuk Majlis Berinai pulak. Settle gaks. Kejap je pilih. Pastu Pilih baju untuk Persalinan pulak. Wahaha. Mula-mula budget tak nak tau yang persalinan ni. Macam dah jarang orang buat kan. Tapi memandangkan saya teringin, then saya pon pilih la package yang ada untuk persalinan.hehehe. Seterusnya pilih pelamin. Simple jer saya pilih yang sebahagian daripada package tu je la. Camna rupenyer baju saya tu, colour apa, biarlah rahsia.hehehe. Barula surprise kan=)

Tadi time tengok balik blog Azika Collection saya berkenan pulak dengan satu pelamin lain. Tanya Uda saya dia pon cakap cantik cuma kena sedia kosnye je la. hohoho. Pelamin tu bukan sebahagian daripada pelamin package. Lepas berfikir-fikir n buat kira-kira [chewah], call Ika, staff Kak Z then cakap la nak pelamin mana, Ika pun gitau la kena tambah berapa lagi n tak payah tambah deposit lagi. Lepas berfikir-fikir n buat kira-kira then saya pun setuju sebab dah berkenan sangat dengan pelamin tu.hohoho.

Nota Kaki: Buat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pilihan sepadan dengan peruntukan yang kita ada. Kalau rasa ada budget lebih boleh demand macam-macam. Biasanya Mak Andam akan offer aksesori-aksesori lain bergantung kepada package yang kita ambil. So, jangan nak minta macam-macam kalau rasa-rasa harga package tak sepadan nak dapatkan benda macam-macam yerk. hehehe.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...