Sunday, October 3, 2010

Counting Days...

Assalamualaikum w.b.t

Jeng...jeng...jeng...counting days ape ni erk agak-agaknyer. My Big Day lagi 5 bulan. Tak cukup jari lagi nak kira. Sebenarnya tengah menghitung hari Ayah + Mak kesayangan saya akan berangkat meninggalkan tanah air bagi menunaikan Fardhu Haji. Sob...sob...

Lagi berapa hari jer. InsyaALLAH mereka akan berangkat pada 11 Oktober 2010. Balik pada 26 November 2010. Wah kira-kira dalam tempoh 45 hari juga la mak n ayah tak ada kat umah. Semalam baru settle kenduri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ramai juga saudara, jiran-jiran n kenalan family yang datang.

Sepanjang ketiadaan mak n ayah kat umah ni mesti akan merindui sangat-sangat. huhuhu. Gonna miss masakan n bebelan mak. huhuhu. Gonna miss ayah yang suka suruh buat itu ini. Tu la time diorang ada kat umah asyik merungut jer bila kena suruh. hehehe.

Besar harapan saya semoga urusan mak n ayah di sana berjalan lancar, semoga memperolehi kesejahteraan dan kesihatan yang baik di sana dan semoga memperolehi haji yang Mabrur. Aamiiiiiiin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...