Friday, October 8, 2010

25 Tahun - Melangkah ke Suku Abad

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Masih menghirup udara segar di bumi bertuah ni...Mana x bertuahnya, duduk dalam suasana aman damai, cukup makan pakai. Tak ada perang sana sini. 25 tahun dah rupanya anak Encik Othman n Pn. Hayati ni eh. Tahun ni sambut melalui birthday as tunangan orang. Next year InsyaALLAH status dah diuprade. Aamiiiin.

Tahun ni tiada sebarang sambutan pon on my birthday. Aktiviti hanya melepakkan diri di rumah. Tunangan jauh di perantauan. Tapi kitorang dah celebrate in advance a week before my birthday. Mr. Teddy belanja saya cermin mata baru. hohoho. Sebagai balasan saya pon belanja Mr.Teddy makan kat Kenny Rogers. Memandangkan tahun ni family sibuk menguruskan pemergian mak n ayah ke Mekah, so tiada sambutan birthday yang dirancang. Selalu tumpang sekaki dengan anak Alang, Faiz yang lahir bulan 10 gak.

25 Tahun...Kira dah melangkah ke suku abad tu. Selama 25 tahun hidup ni saya sentiasa bersyukur dengan kehidupan saya yang serba sederhana dan dipenuhi dengan kasih sayang. Dilingkungi oleh ahli keluarga yang bersatu hati, sentiasa tolong menolong, penuh dengan kasih sayang. Tambah-tambah lagi ada Mr.Teddy yang sentiasa ada bila saya perlukan,yang selalu jadi teman menangis, ketawa, marah dan macam-macam lagi. Kira tempat luah perasaan la ni. Thanx dear. Mempunyai karier yang Alhamdulillah terjamin. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Moga tahun yang mendatangkan akan bertambah lebih baik dan dilimpahkan rezqi, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat dan juga dijauhkan daripada hasad dengki sesama manusia. AAMIIIIIN.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...