Wednesday, September 29, 2010

Penyakit Lepas Raya

Assalamualaikum w.b.t

Berita sedih...saya diserang penyakit lepas raya...apakah penyakitnya???Poket nipis Standard...x yah tunggu raya memang dah nipis Batuk & Sakit tekak la. Nasib baik x demam. Harituh dah ada ura-ura nak demam dan saya terus mengambil langkah pencegahan dengan drastik sekali iaitu makan panadol, tido tak pakai kipas. Bila dah keluar peluh demam pun x jadi. Alhamdulillah.

Ni diserang batuk & sakit tekak. Tak sempat nak mengambil langkah pencegahan.huhuhu. Dah dekat seminggu kot saya kena batuk. Hujung minggu haritu suara hilang terus dah macam rockers. Dan yang pastinya saya masih beloum pergi klinik lagi...Saya x suka pergi klinik la. Tapi suka dapat MC. Sakit yang boleh buat saya pergi klinik adalah kena gatal-gatal jer. Sebab tak tahan. Kalau demam ker batuk ker memang tak suka. Sebab tak suka makan ubat. huhuhu....Ada lagi eh orang dah tua bangka tak suka g klinik n takut makan ubat.

Bila dah melarat ni saya pun makan la Strepsils. Pastu kena bebel suh makan ubat batuk. Barulah beli ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Tak sedap yang amat. huhuhu. Tapi rasa syok jer bila berangin kat tekak tu. hehehe. Owh batuk tolong la baik cepat. Saya dah tak larat nak minum ubat batuk yang x sedap tu. huhuhu.


Nota kaki: Tahun ni my parents dapat menunaikan haji. Tak boleh bayang rumah tanpa bebelan mak and suara ayah suruh itu ini selama 45 hari. Mesti rindu.huhuhu. Semoga urusan mak n ayah semuanya berjalan lancar. AAMIIIIIIN.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...